Friday, December 3, 2010

Pagi yang hening.

Baru lepas selesai breakfast bersama Abah, Kakyong, Amir dan Pirah. Sepi. Ketiadaan Mak benar-benar terasa. Seringkali terbayang-bayang kelibat arwah Mak sedang asyik membasuh pinggan dan memasak di dapur. Masa tengah breakfast tadi, Abah ade tunjuk kat kami adik-beradik cebisan biskut terakhir yang di jamah oleh arwah Mak di petang terakhir Mak dijemput Ilahi. Sayu rase bile tengok biskut tu tak habis pun dijamah oleh arwah Mak.

150314_470401574525_563029525_5458991_3213306_n

Arwah Mak + Abah: Gambar malam terakhir sebelum berangkat ke Kelana Jaya

Hari ni dah masuk hari ke-27 Mak kat sana. Mudah-mudahan roh Mak dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amiiin. Ajam doakan!.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bagasi arwah Mak

4 comments:

  1. salam dari Makkah...

    doa cl Moga roh mak cikgu di cucuri rahmat dan di tempat kan bersama orang orang yang beriman...amennn...insyallah


    wasalm

    ReplyDelete
  2. Sunyi sgt bila memasak kat dapur sekarang ni tanpa Mak.. Dah takde teman nak sembang-sembang, nak tanya itu ini sambil memasak :'( terasa sgt kehilangannye.

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu

    Ya Allah, sedihnya kak gee baca 2 entries yg lepas di bawah ni... airmata kak gee keluar tanpa henti..sgt2 memahaminya . Semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm dikalangan insan yg solehah. Kuatkan semangat, bykkan al-fatihah jika teringat akan arwah mak... kena kuat dan tabah.

    It's really reminded me of the past; at least you dapat juga gambar2 last minute ini , ada juga kenangan suasana di tanah pekuburan, walaupun berat tangan Abah cikgu utk snap the picture kan. MashaAllah... semua itu utk pengubat rindu cikgu dan adik beradik serta Abahnya.

    Mcm kak gee.. dulu Abang, ada shoot video sebelum pergi... tapi sampai waktu arwah mak meninggal kita nak tgk balik that recording tiba2 gone.. kami terasa kekesalannya hingga sekarang... tertanya2 kenapa boleh recording tu tiba2 blank. Allah maha mengetahuinya... mungkin jika ada recording tu kami adik beradik akan lebih meratapi pemergiannya.. who knows rite... so gambar2 di kelana jaya tu la yg menjadi kenangan terakhir utk kak gee dan keluarga...

    Kak gee betul2 tersentuh dgn coretan2 tersebut... sabar byk2.. Kak gee doakan semoga cikgu dan adik beradik akan sampai ke Mekah sedikit masa lagi. Amin.. Just infrom us at anytime... InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. @CL: Amiiin.. InshaAllah, mudah-mudahan roh ibu saya dan ibu CL dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah.. Semoga kita sentiasa bertabah hati, CL..

    @Kakyong: :-(. Rindu sangat kat Mak.. Lepas ni akan rindu dengan panggilan 'Mak'.. Sampai bile-bile pun takkan ade dah peluang untuk memanggil panggilan tu.. Nothing on earth could ever replaced that ultimate position. Al-Fatihah..

    @Kak Gee: Ketentuan kite same, Kak Gee.. Mak pergi menghadap Ilahi ketika masih dalam ibadat. Syukur, dengan adenya perkongsian cerita dan pengalaman orang-orang macam Kak Gee ni banyak membantu untuk bina balik semangat yang kian luntur. InshaAllah Kak Gee, kite akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat keluarga kite, juge keluarga-keluarga jemaah haji yang mengalami takdir yang sama dengan apa yang kite sedang lalui. Kak Gee dan CL akan menjadi orang pertama yang akan saya hubungi sekiranya ada rezeki saya dan family ke Mekah kelak. InshaAllah.. Take care and be strong too Kak Gee.

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.