Monday, December 20, 2010

Belasungkawa: Makcik Aziah.

Seorang lagi penduduk taman perumahan tempat aku tinggal ni dijemput Ilahi jam 5.30 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Makcik Aziah. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehah. Didoakan agar semua ahli keluarga Pakcik Ramly kuat dan tabah menerima dugaan Yang Maha Esa ini.

"Selamat jalan, Makcik Aziah.. Kirim salam pada Mak ajam kat sane ya"

Tadi sempat mengiringi arwah ke tanah perkuburan. Masa imam tengah baca tahlil tu rase sayu menyelubungi diri. Masa jenazah disorongkan ke dalam van jenazah tu, lagilaa.. Tak dapat nak control. Terkenangkan arwah Mak. Beruntunglah siapa-siapa yang dapat mengadap, mencium, menyembahyangkan dan mengebumikan Mak tersayang.. Aku dan adik-beradik di sini hanya mampu berimiginasi..


2 comments:

  1. Al-Fatihah. Salah sorang kawan sekolah Mak telah menyusul pergi.. Muramnye suasana di TSS :(
    Kite gantikan rase terkilan tak dpt tgk jenazah Mak tu dgn rase syukur sbb Abah kuat hadapi semua tu sorang2 kat sane. Abah lebih berhak dpt kenangan momen2 terakhir tu..

    ReplyDelete
  2. @Kakyong: Allah dah start panggil orang-orang yang dia sayang.. Tiada lagi kemeriahan dan keriuhan di TSS.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.