Monday, December 6, 2010

Genap Sebulan. الفاتحة

06 Disember 2010.

Hari ini genap 30 hari jasad arwah Mak bersemadi di tanah bumi para anbiya’. Masih segar di ingatan kala arwah Mak melambai-lambai sebelum Mak dan Abah masuk untuk check-in di Kelana Jaya. Alunan “Labbaikallahummalabbaik..” yang dipasang di corong-corong pembesar suara menambahkan kesayuan suasana di pagi Isnin yang khudus itu. Tak pernah terdetik di hati bahawa lambaian tersebut merupakan lambaian terakhir dari arwah Mak buat selama-lamanya terhadap kami adik-beradik.

 lambaian terakhir bonda

Lambaian terakhir: Kelana Jaya, 25 Oktober 2010.

“Ya Allah, Engkau terima lah segala amal ibadat Mak hambaMu ini sepanjang hayatnya. Engkau lapangkanlah perjalanan Mak hambaMu ini di alam sana. Sesungguhnya Mak merupakan insan mulia dan terbaik yang pernah Engkau anugerahkan buat diri ini. Terima kasih, Ya Allah.”

Nun jauh di sudut hati, diri ini teringin untuk membacakan Al-Fatihah dan Yaasin di tepi pusara Mak. Namun, abah lebih berhak untuk bersama Mak di saat-saat terakhir Mak menghadap Ilahi. Hanya bingkisan doa dan ayat-ayat suci mengiringi pemergian Mak dari kami di sini. Semoga Mak tenang di sana, dan ditempatkan di Syurga. InshaAllah.

Dari Rasulullah SAW:

Mandikanlah ia dengan daun bidara, kafanilah ia dengan dua pakaiannya, dan janganlah engkau tutup kepalanya, sebab sesungguhnya Allah akan membangkitkannya kembali pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiah” - (Hadis riwayat Ibnu Abbas ra mengenai ketentuan bagi jemaah yang meninggal dunia ketika Ihram haji. Syukur Ya Allah, Mak tergolong dalam golongan ini. Syukur!).

Kadang-kadang terbit juga harapan bahawa semua ini adalah mimpi. Yang pasti, Mak pergi takkan pernah kembali lagi. Hidup ini akan tetap diteruskan, walaupun ianya tidak semanis dulu..

Biar bagaimanapun hujan adalah berkat, banjir mengandungi hikmah dan kematian membawa nasihat. Takziah buat semua yang sedang diuji. Semoga kita sentiasa bertabah hati. Al-fatihah..

3 comments:

  1. Salam Dari Makkah..


    Al Fatihah.....



    waslam

    ReplyDelete
  2. salam takziah utk cikgu sekeluarga...bergenang air mata bila baca entry2 kat sini...tabahkan hati ye...kalau tak keberatan arwah mak meninggal sebab sakit ke?

    alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  3. @CL: Amiiin.. Syukran jzk.

    @Anonymous: Terima kasih. Hanya itu yang mampu saya ucapkan.. Bukan niat untuk bersedih, cuma apa yang saya tintakan di sini merupakan luahan hati saya sendiri. Untuk bacaan saya sendiri juga buat masa-masa akan datang.. Arwah Mak meninggal dunia selepas mengadu penat sedikit lepas selesai tawaf. Sebelum berangkat ke Mekah arwah sihat. Pemergian Mak ini sangat mengejut, namun kami redha' kerana daripada Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali.. Terima kasih sebab sudi singgah blog saya yang tak seberapa ini. Salam ukhuwahfillah.

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.