Wednesday, December 22, 2010

The 26th Birthday.


Mak apa khabar di alam sana? Mak sihat? Ajam rindu kat Mak. Harap Mak sihat ye. Hari ni hari jadi Ajam. Rasa sunyi Mak dah takde. ;-(

Petikan SMS yang kalau boleh aku nak taipkan di skrin handphone pagi ni dan tekan butang ‘send’. Nasib baik diri ini cepat-cepat beristighfar.. Masih waras. Begitu emosi rasanya pagi ni. Hari ini hari ulangtahun kelahiran yang ke-26. Syukur, aku masih diberi peluang oleh Allah bernafas hingga ke saat ini. Namun, ketiadaan Mak tersayang menjadikan hari ni tersangat hambar. Dan tawar. Jika dulu, setiap kali tarikh 22 Disember ni datang pasti akan dapat ucapan atau SMS daripada Mak. Namun mulai tahun ni, tiada lagi..
Selamat Jalan, Mak..”
( 10.10.1952 – 06.11.2010 )

Terima kasih Mak sebab lahirkan Ajam. Kalau boleh, biarlah Ajam yang pergi dahulu. Ajam nak tengok Mak terus hidup, boleh terus temankan Abah yang tampak kesunyian sejak Mak takde ni. Kesian Abah, Mak. Kami anak-anak Mak pun amat rindukan Mak. Tapi, Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Dalam 7 orang ahli keluarga kita, Mak yang pergi dahulu ke pangkuanNya. Hanya Al-Fatihah yang dapat Ajam kirimkan buat Mak sebagai pengganti SMS di hari lahir Ajam hari ini. 

Ya Allah, di hari lahir hambaMu ini, aku berdoa agar Engkau tempatkanlah Ibu ku, Allahyarhamah Zainab binti Mahyuddin di SyurgaMu”.

Al-Fatihah..
Selamat Hari Jadi. 

Hari ke-46 Mak takde.

Semoga diri lebih tabah. Setabah Mak.

“HambaMu sedih sangat hari ni, Ya Allah.”

7 comments:

  1. selamat hari lahir encik muzem..
    semoga terus kuat :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cikgu Muazam,

    Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur dlm iman, beroleh kesejahteraan & berjaya dunia akhirat. Alfatihah untuk bonda tercinta Allahyarham Zainab bt Mahyuddin. Usah bersedih Cikgu, Allah telah memilih bonda sewaktu mengerjakan haji. Kak Zie doakan agar cikgu dapat ke tanah suci bagi mengubat kesedihan ini, rasa dekat dengan Allah dan mak ye... cikgu perlu kuat semangat ye... nanti baru sampai ke Tanah Suci Makkah. Wassalam.

    ReplyDelete
  3. tambah lagi sket ye encik muzem..kalu ade mase carilah majalah solusi isu 19 tajuknye Hikmah Musibah..serba sket dapat menambah semangat :D

    -ilya ismail-

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir buat cikgu...nama saya Mustapha, silent reader blog cikgu..memang sedih kan mak dah tak ada..saya pun kehilangan ibu..teruskan menangis cikgu, tapi cikgu kena bangun lepas menangis tu..orang lain yang belum rasa tak pernah akan tahu rasanya macamana hilang ibu ni...sedih,pedih..mak saya sudah pergi...sedihnya tak terkira sampai harini..sampai saat saya komen blog cikgu ni..alfatihah..cikgu tabahkan hati...mak cikgu disana disisi Allah..cikgu kuat cikgu...menangis saya baca entry kalini...memnag sedih terutama hari lahir dan hari raya nanti...itu cabaran paling besar cikgu...doa banyak2.inshaAllah..

    ReplyDelete
  5. @Ilya: Terima kasih Ilya.. Terima kasih sebab ingat kat aku walaupun dah lame tak bersua.. Memang perit dugaan ni, tapi nak tak nak kene redha'.. Sebab satu hari nanti kite pun dijemput Ilahi.. Mungkin ade hikmahnye Mak aku dijemput dulu.. Supaya Mak aku tak bersedih bila aku yang pergi dulu darinya.. InshaAllah. Thanks atas suggestion Solusi tu.. Akan ku cari hingga ke lubang cacing :)

    @Kak Zie: Syukran Kak Zie.. InshaAllah, memang hari-hari cuba untuk kuat.. Tapi tu la Kak Zie, kite cuma insan biasa.. Rasulullah pun bersedih masa kehilangan Siti Khadijah.. Saya sedih tapi tak sampai meratap.. Cuma menzahirkan rasa sedih tu melalui penulisan blog ni.. Sebagai bahan bacaan saya masa akan datang, mungkin juga sebagai panduan dan peringatan buat semua.. Syukran Kak Zie atas nasihat dan dorongan.. Saya amat hargai :)

    @Mustapha: Al-Fatihah buat ibu saudara. Ya, memang benar, memang sedih tak tergambar rasanya hilang ibu buat selama-lamanya. InshaAllah dengan adanya orang macam Mustapha, diri ni akan lebih kuat sebab saya tahu bukan saya sorang je yang sedang melaluinya.. InshaAllah.. Semoga kita dipertemukan kembali dengan ibunda tercinta di hari kebangkitan kelak.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    selamat hari lahir.
    Kehilangan memang perit untuk di hadapi. Jika mati yang memisahkan, itu adalah lebih sakit.
    Semoga cikgu bertemu ketenangan dan banyakkan istigfar dan redha dengan satu hilangan yang tiada kembali.

    salam kenal.

    ReplyDelete
  7. @sI tEDI: Terima kasih Cik Tedi.. Memang perit, namun hanya doa yang mampu menangkis rasa sedih ni. InshaAllah.. Terima kasih atas sokongan dan dorongan.. Salam ukhuwahfillah.

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.