Saturday, December 11, 2010

‘Semangat’ yang hilang.

DSCF0519

Taman Seri Semangat, Titi Gantong, Bota, Perak

Pagi tadi aku saje lepak-lepak kat area depan rumah aku ni. Sambil menikmati kedinginan angin yang dibawa hujan, aku termenung sejenak. Kalau nak diikutkan dan dihitung kira, lebih daripada 5 orang juga penduduk-penduduk di taman perumahan aku ni yang telah pergi menyahut seruan Ilahi. Jika dulu perasaan seronok dan semangat untuk pulang ke taman perumahan ni tak tergambar riangnya dek kerna keriuhan dan keceriaan yang dihulurkan oleh penduduk-penduduk di sini. Lebih-lebih lagi jika tiba musim Hari Raya. Namun kini, kemeriahan tersebut seolah-olah lesap dan sunyi usai pemergian ramai ‘otai-otai’ lama yang juga bertindak sebagai penceria keadaan. Betapa rindunya aku saat itu. Itu belum lagi dikira dengan beberapa orang penduduk yang kini sedang sakit dan sedang diuji Allah. Mudah-mudahan mereka ini cepat sembuh. InshaAllah.

Al-Fatihah buat semua penduduk Taman Seri Semangat, Titi Gantong, Bota, Perak yang telah kembali ke rahmatullah:

Arwah Cikgu Usop, Pakcik Arbi, Makcik Zan, Pak Pian, Tok Asan, Makcik Ramlah dan Makcik Nab (bondaku tercinta).

2 comments:

  1. Al-Fatihah utk semua Arwah..
    Kosong dan kelam ajakan kehidupan.. kak gee faham sgt. Tapi jangan banyak bersedih... tak baik ok.. ;-) isi kan masa dgn kawan2.. jln2.. Btw, your FB untuk family sahaja ke..? Kak gee is Fauziah Harun

    ReplyDelete
  2. @Kak Gee: InshaAllah :) Terima kasih kak Gee. AlHamdulillah, rasenye makin hari makin kuat.. Kekadang tu biase la, bile rase rindu tu datang, tak boleh nak control.. Mak kite sendiri kan yang pergi ni.. :) Kak Gee pun kena kuat juge ye, walaupun dah bertahun Mak Kak Gee pergi saye yakin rasa sedih tu takkan pernah pudar.. Saye dah add FB Kak Gee.. Mission done :)

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.