Thursday, December 9, 2010

Destinasi Agung.

Baru lepas log-out Facebook. Musim cuti sekolah ni aku tengok meriah rakan-rakan cikgu pergi melawat serata tempat kat merata dunia ni. Syok tengok gambar-gambar yang diorang khabarkan dari Australia, China, Jerman, Indonesia dan beberapa tempat lain lagi. Inilah untungnya jadi Cikgu. Ada kelebihan cuti di sini. Bukan bermaksud dapat bersenang-lenang dan hanya goyang kaki, tapi lebih kepada terapi untuk merehatkan minda setelah berhempas-pulas memerah keringat di dalam bilik darjah. Syukur kepadaMu Ya Allah atas kurniaan ini.

Jika ditanya aku sekiranya berpeluang melancong ke luar negara, sudah pasti hanya satu negara ini yang akan aku pilih dan utamakan – Arab Saudi.

mecca

Kami datang, Ya Allah.

Lebih spesifik, Kota Suci Mekah dan Madinah. InshaAllah, mudah-mudahan ada peluang untuk ke sana satu hari nanti. Teringin nak merasai sendiri pengalaman berkelana dan beribadat di sana. Turut tidak dilupakan, mahu menziarahi pusara bonda tercinta. InshaAllah.

5 comments:

  1. Akan jadi destinasi UTAMA utk kita sekeluarga ke sana, insyaAllah =) Engkau permudahkanlah ya Allah..

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH niat yang baik ALLAH akan permudahkan. Yang penting doakan yang terbaik dalam segala yang dilakukan.Ingat ALLAH akan sentiasa disisi mereka yang tidak jemu2 meminta kepadaNYA.

    ReplyDelete
  3. @Kakyong: InshaAllah, satu hari nanti.. Amiiin.

    @Qilah: Doakan same ye wak :)

    ReplyDelete
  4. @ShahRiLL RaMLi: InshaAllah. Semoga kita semua berkesempatan ke sana. Niat yang baik InshaAllah akan dipermudahkanNya. Amiiin.

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.