Tuesday, December 7, 2010

Mak ‘datang’.

Semalam mimpi Mak. Setelah genap sebulan Mak pergi ke pangkuan Ilahi, baru semalam berpeluang ‘bertemu kembali’ dengan Mak tersayang menerusi mimpi. Walaupun tahu bahawa mimpi itu hanyalah mainan tidur, namun yang pasti ia sedikit-sebanyak dapat mengubat rindu terhadap arwah Mak. Yang nyata, hanya rasa sayu menjadi peneman setia setelah terjaga dari lena tersebut. Kerna diri ini tahu bahawa Mak telah pergi… buat selama-lamanya. Akan ku rindui celoteh Mak yang penuh bersahaja dalam mimpi tersebut.

Mak

Foto terakhir arwah Mak yang dicapture oleh Abah di hari-hari terakhir hayat Mak di Kota Suci Makkah Al-Mukarramah. Rindu. Al-fatihah..

Selamat Tahun Baru Hijrah. Doaku untuk tahun ini hanya agar diri ini dan keluarga akan lebih kuat dalam mengharungi hari-hari mendatang tanpa Mak di sisi. Tiada apa lagi yang aku mahukan melainkan yang terbaik buat Abah dan adik-beradik. InshaAllah.

Salam Maal Hijrah.

2 comments:

  1. salam dari Makkah...


    alhamdulilah...'pengubat' rindu saudara pada arwah mak...jgn lupa doakan surah alfatihah selalu pada arwah mak....

    salam maal hijrah 1432..


    waslam

    ReplyDelete
  2. @CL: Syukran jzk. Semoga tahun baru ni membawa rahmat buat kita semua. Sampaikan salam saya buat Masjidl Haram.

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.