Monday, December 27, 2010

Tahun dukacita.

Lima hari lagi kalendar akan bertukar wajah menandakan bermulanya era tahun 2011. Berat rasanya nak tinggalkan tahun 2010 ni. Banyak cerita suka dan duka bertamu dalam kamus hidup. Tahun 2010 merupakan ‘tahun dukacita’ buat ahli keluarga aku sendiri dan juga saudara mara. Dalam tahun ni je, Opah Nek (Mak Abah aku) hilang dua orang menantu sekaligus. Dua buah keluarga hilang Mak. Hilang tempat mengadu. Opah Me’ hilang anak perempuan sulung. Memang sedih dan perit kehilangan ni. Mudah-mudahan Allah memudahkan perjalanan Mak Ende dan Mak tersayang di alam sana. Hanya doa yang dapat diutuskan dan bermohon agar dipertemukan kembali kami sekeluarga di hari kebangkitan kelak. InshaAllah..

mak ende

Mak Ende
(03 Julai 2010, Sabtu)

 

mak

Mak tersayang
(06 November 2010, Sabtu)

 

Kadang-kadang rasa sebak bila terkenangkan bagaimana pula nasib diri ni saat mengadap Ilahi kelak. Adakah akan setenang saat Mak dijemput Ilahi?. Wallahua’lam.

Mengingati mati itu sunat.

Al-fatihah.

2 comments:

  1. mesti ade hikmah smue ni.. smoge kte 1fmly trus redha. smoge mak n mak we bahagie kat 'sana'..amin.

    ReplyDelete
  2. @Ika: InshaAllah, mudah-mudahan kita semua redha' dan sentiasa bertabah hati atas dugaan berhikmah ni. Sampai saat ni pun perasaan sedih tu masih bersarang. Rindu kat Mak. Taktau nak luah macamane rase rindu ni. Rindu yang takkan terubat sampai bila-bila. Al-Fatihah..

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.