Thursday, December 16, 2010

Missed them.

Hari ni dah masuk hari Khamis. Lagi 17 hari sesi persekolahan 2011 akan dibuka. Tapi bagi cikgu-cikgu macam aku, tinggal lebih kurang seminggu lebih je nak merasa rileks-rileks macam ni. Ahad next week dah nak kena menempek kat sekolah balik. Banyak benda kena uruskan sebelum pintu pagar sekolah boleh dibuka – urusan pendaftaran kelas, pembelian buku murid-murid, pengemaskinian rekod mengajar dan lain-lain. Berdebar juga rasanya menanti keputusan kabinet pentadbiran sekolah tentang tugas-tugas yang bakal dijawat untuk tahun depan ni. Yang pasti, jawatan ‘tetap dan berpencen’ tu sudah sahih termaktub – Guru Data. Hehe..

Taktau kenapa pepagi ni aku rase rindu dengan keletah anak-anak murid. Rindu dengan suara hingar-bingar anak-anak murid dalam kelas. Mengajar murid-murid sekolah rendah ni seronok. Walaupun kekadang tu mereka ni nakal, tapi nakal mereka tu merupakan nakal-nakal manja. Hehe. Tak dinafikan aksi-aksi spontan mereka juga merupakan terapi semulajadi buat aku bila masa aku rase tak bersemangat. Teringat ada satu hari tu aku masuk kelas dengan muka yang agak sedih sebab ade benda yang buatkan aku rasa down mase tu. Melihatkan itu, ade memurid ni yang concerned lantas menyapa aku di meja: “Sir kenapa nampak sedih ni? Jangan lah sedih-sedih, kami kan ada”, sambil buat muka comel. LOL!.

1

My Year 4 boys

2

The Girls

Mudah-mudahan berjaya di dunia dan di akhirat. Cikgu doakan.

4 comments:

  1. 17 hari???Lama lagi tu...Yang ni tinggal 3 ari je lg ni before kembali ke kehidupan normal...huhu...Apapun kerja adalah ibadah.Gaji tetap masuk...Jadi kerja perlu seikhlas hati.Jadi pendidik nampak mudah,tapi yang merasanya akan tahu tanggungjawab yang digalas amat berat.Good luck for next year and also for the position as Guru Data...salah satu jawatan yang meletop gitu...hihi...chaiyok3...

    ReplyDelete
  2. Qilah: Hoho.. Same to you :) Lillahita'ala..

    ReplyDelete
  3. Cikgu Sue: Memang best :)) GTS.. Great Teacher Sue :P

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.