Gambar yang diambil dari handphone abah. Lokasi menunjukkan pusara Mak tersayang disemadikan di perkuburan Ash Sharaya, Kota Suci Mekah.
Hari ni dah masuk hari ke-24 arwah Mak tersayang kembali ke pangkuan Ilahi. Sayu hati masih terasa, ibarat baru semalam menerima panggilan dari abah dari Kota Suci Mekah mengkhabarkan berita pemergian Mak. Kala ini hanya gambar-gambar terakhir arwah Mak di sana menjadi pengubat rindu. Syukur Ya Allah, cinta Mak dan Abah kekal ke akhir hayat. Setelah 33 tahun bersama, hanya ajal yang memisahkan Mak dan abah. Terima kasih Ya Allah atas pinjamanMu, seorang Mak yang penyayang dan terbaik di mata serta hati ini.
InsyaAllah Mak, satu hari nanti Ajam berazam mahu ke bumi suci Mekah. Nak ‘lawat’ Mak di sana. Hati meronta-ronta mahu ke sana. Nak bawa abah, Kakyong, Lope, Amir, Apar dan Pirah pergi sekali. Mak tunggu Ajam, ya!. Ajam rindu.
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat arwah mak kamu
ReplyDeleteterimakaseh bro krn sudi jenguk2 singgah2 komen2 blog me yg xde aper2 ittewww.. kehh
ReplyDelete@en_me: Syukran jzk, en_me.. InsyaAllah.. Diri ini redha, walaupun ianya amat perit. Salam ukhuwah fillah.
ReplyDeletesalam dari Makkah
ReplyDeleteinsyallah..moga impian cikgu akanterlaksana....
wasalm
@CL: Amiiin.. InshaAllah. Mudah-mudahan impian ini dipermudahkan olehNya.. Usaha + tawakkal, InshaAllah.. Terima kasih CL..
ReplyDelete