24 November 2010.
Taman Universiti, Skudai.
04:03 petang.
Sedang agak sibuk berhempas-pulas dengan timbunan data-data Sistem Maklumat Murid (SMM) bagi murid-murid Tahun 1 2011. Namun, fikiran ni tetap melayang kepada wajah abah; insan yang disayangi.
Jika sebelum ni, tarikh-tarikh di kalendar dihitung untuk menantikan tarikh kepulangan Mak + Abah dari Kota Suci Mekah, namun bermula tanggal 6 November 2010, tarikh-tarikh tersebut dihitung dengan cara yang berbeza - menandakan bilangan hari Mak tersayang menjadi tetamu Allah di alam barzakh.
Lambaian terakhir arwah Mak di Kelana Jaya.. buat selama-lamanya.
Maaf ya kawan-kawan, kerana sejak akhir-akhir ini status di Facebook sering bernada sedih dan sayu. Seperti yang ditintakan oleh kakakku dalam blognya; mana mungkin mahu bernada seronok dek kehilangan insan yang paling tersayang di muka bumi ini.
Tak tau mengapa, tangan ini lantas mencapai keyboard laptop seraya menitipkan bingkisan nota ini. Rasa rindu terhadap Mak sudah pastinya membungkam dari hari ke hari. Akan ku rindui sekuntum senyuman arwah Mak - terapi kepada semua masalah yang dihadapi; baik di rumah mahupun di tempat kerja.
Syukur Ya Allah, dugaan ini memang perit. Diri ini redha'. Walaupun tak pernah terlintas bahawa kehilangan Mak tersayang akan berlaku sepantas ini. Tipu lah kalau aku katakan aku ini sudah tenang dan kuat untuk hadapi semua ini. Rajuk dan sayu dalam hati hanya Allah yang tahu.
Apepun, misi ketika ini sudah nyata. Hanya bingkisan Al-Fatihah & ayat-ayat suci Al-Quran mengiringi pemergian Mak tersayang di bumi Kota Suci Mekah. Terukir senyuman kecil dibibir tatkala mengingati jenazah Mak tersayang disembahyangkan di Masjidil Haram dikala hening solat Subuh. Yang pasti - berdepanan Kaabah. Syukur Ya Allah.. Aku pasrah.
Syukur Ya Allah atas pinjaman-Mu selama 26 tahun ini - seorang Mak yang penyayang, baik dan segala-galanya yang terbaik buatnya.
... Mak, ajam rindu kat Mak.
Al-Fatihah buat arwah Mak tersayang,
Allahyarhamah Zainab bt. Mahyuddin,
kembali ke pangkuan Ilahi pada 06 November 2010 (Sabtu),
jam 06:00 petang (waktu Makkah).
Salam Cikgu, saya baru je visit your blog.. sabar byk2, kuatkan semangat untuk teruskan hari2 seperti biasa, asal you teringat aja sedekahkan al fatihah utk arwah, InshaAllah you akan tenang. Selalu call your father ya, ambil berat akan dia... dia yang paling teruk menerimanya kerana menjalani ibadah haji di dlm kesedihan yang amat. Mmg susah utk kita terima, mcm saya dulu saya merasakan arwah masih belum balik.., tapi lama kelamaan saya boleh terima yang arwh emak kak gee mmg dah selamanya pergi. Kuatkan diri, sesungguhnya arwah disemadikan di tempat yang sangat baik. Alhamdullilah. I am speechless now..
ReplyDeleteHarap reply dari kak gee thru my blog sedikit sebanyak is help u and family...ada apa2 lagi boleh tanya.. pasal kubur ke apa.. Wasalam.
Terima kasih Kak Gee. InsyaAllah satu hari nanti saya memang berhasrat nak bawah abah dan adik-beradik ke bumi tempat ibu dijemput Ilahi. Hati rasa meronta-ronta nak pergi buat ibadat dan menziarah pusara ibu di sana setiap kali terlihat gambar Kaabah dan Masjidil Haram. Doakan saya setabah Kak Gee. Yang penting Kak Gee, ibu kita dah selamat dan tenang di sisiNya.. Paling manis disembahyangkan di hadapan Kaabah oleh berjuta Jemaah... Syukur... Kongsian cerita oleh orang-orang macam Kak Gee lah yang sangat banyak membantu dalam membina kekuatan diri ini. Terima kasih Ya Allah atas pertemuan dan ukhuwah maya ini.
ReplyDeleteAl-Fatihah buat bonda Kak Gee dan bonda saya.. Semoga mak tenang di sana...