Monday, December 27, 2010

Tahun dukacita.

Lima hari lagi kalendar akan bertukar wajah menandakan bermulanya era tahun 2011. Berat rasanya nak tinggalkan tahun 2010 ni. Banyak cerita suka dan duka bertamu dalam kamus hidup. Tahun 2010 merupakan ‘tahun dukacita’ buat ahli keluarga aku sendiri dan juga saudara mara. Dalam tahun ni je, Opah Nek (Mak Abah aku) hilang dua orang menantu sekaligus. Dua buah keluarga hilang Mak. Hilang tempat mengadu. Opah Me’ hilang anak perempuan sulung. Memang sedih dan perit kehilangan ni. Mudah-mudahan Allah memudahkan perjalanan Mak Ende dan Mak tersayang di alam sana. Hanya doa yang dapat diutuskan dan bermohon agar dipertemukan kembali kami sekeluarga di hari kebangkitan kelak. InshaAllah..

mak ende

Mak Ende
(03 Julai 2010, Sabtu)

 

mak

Mak tersayang
(06 November 2010, Sabtu)

 

Kadang-kadang rasa sebak bila terkenangkan bagaimana pula nasib diri ni saat mengadap Ilahi kelak. Adakah akan setenang saat Mak dijemput Ilahi?. Wallahua’lam.

Mengingati mati itu sunat.

Al-fatihah.

Saturday, December 25, 2010

The Untold Stories: Asar ‘terakhir’.

Baru balik dari ziarah rumah Pakcik Din dan Makcik Chom kat Gelong Pepuyu. Makcik Chom ni merupakan rakan sebilik arwah Mak mase kat Mekah dan Madinah. Syukur, banyak cerita yang aku dan adik-beradik dapat dengar dari mulut Makcik Chom sendiri – insan yang ada di sisi Mak di saat-saat akhir Mak mengadap Ilahi.

 pak din, makcik chom

Pakcik Din & Makcik Chom

Menurut Makcik Chom, Mak pergi dalam keadaan yang cukup tenang. Tiada tanda-tanda bahawa Mak akan pergi pada petang 6 November tersebut. Rakan-rakan sebilik Mak (5 orang yang lain) pun langsung tak menyangka Mak akan pergi buat selama-lamanya pada petang tu. Mak hanya mengadu sedikit penat dan lantas berbaring atas katil di bilik.

Kami ingatkan penat biasa”.

Mak sempat bangun dan menunaikan solat Asar sebelum dijemput Ilahi ketika berbaring atas katil usai selesai solat. Mak ade beritahu kat Makcik Chom yang Mak rasa puas sangat dapat tawaf dan buat Sai’e haji bersama Abah. Mak sempat khatam Al-Quran bersama Makcik Chom mase kat sana. Al-Hamdulillah.

Bersyukurlah Mak kamu disembahyangkan berjuta-juta jemaah di Masjidil Haram. Bukan senang nak dapat tu. Ade jemaah yang sakit bertongkat mintak kat Tuhan nak meninggal kat sane pun tak dapat”.

Terima kasih yang tak terhingga buat kesemua rakan-rakan sebilik Mak – Makcik Chom, Cikgu Rohaya, Makcik Rohayati dan Makcik Kiah yang sentiasa berada di sisi Mak tak kira waktu susah dan senang Mak kat sana. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka berlima. Di doakan agar mereka sentiasa dirahmati dan diberkati Allah di dunia dan akhirat. Juga buat rakan-rakan sebilik Abah yang banyak membantu Abah di kala Abah terkapai-kapai keseorangan di sana setelah pemergian Mak. Amiiin.

Esok pagi dah nak kena balik Puchong. Lusa ada mesyuarat guru kali 1/2011. Berat rasa sebenarnya nak balik ni. Berat hati nak tinggalkan Abah di rumah.

Ya Allah, please take care of him.

Wednesday, December 22, 2010

The 26th Birthday.


Mak apa khabar di alam sana? Mak sihat? Ajam rindu kat Mak. Harap Mak sihat ye. Hari ni hari jadi Ajam. Rasa sunyi Mak dah takde. ;-(

Petikan SMS yang kalau boleh aku nak taipkan di skrin handphone pagi ni dan tekan butang ‘send’. Nasib baik diri ini cepat-cepat beristighfar.. Masih waras. Begitu emosi rasanya pagi ni. Hari ini hari ulangtahun kelahiran yang ke-26. Syukur, aku masih diberi peluang oleh Allah bernafas hingga ke saat ini. Namun, ketiadaan Mak tersayang menjadikan hari ni tersangat hambar. Dan tawar. Jika dulu, setiap kali tarikh 22 Disember ni datang pasti akan dapat ucapan atau SMS daripada Mak. Namun mulai tahun ni, tiada lagi..
Selamat Jalan, Mak..”
( 10.10.1952 – 06.11.2010 )

Terima kasih Mak sebab lahirkan Ajam. Kalau boleh, biarlah Ajam yang pergi dahulu. Ajam nak tengok Mak terus hidup, boleh terus temankan Abah yang tampak kesunyian sejak Mak takde ni. Kesian Abah, Mak. Kami anak-anak Mak pun amat rindukan Mak. Tapi, Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Dalam 7 orang ahli keluarga kita, Mak yang pergi dahulu ke pangkuanNya. Hanya Al-Fatihah yang dapat Ajam kirimkan buat Mak sebagai pengganti SMS di hari lahir Ajam hari ini. 

Ya Allah, di hari lahir hambaMu ini, aku berdoa agar Engkau tempatkanlah Ibu ku, Allahyarhamah Zainab binti Mahyuddin di SyurgaMu”.

Al-Fatihah..
Selamat Hari Jadi. 

Hari ke-46 Mak takde.

Semoga diri lebih tabah. Setabah Mak.

“HambaMu sedih sangat hari ni, Ya Allah.”

Monday, December 20, 2010

Belasungkawa: Makcik Aziah.

Seorang lagi penduduk taman perumahan tempat aku tinggal ni dijemput Ilahi jam 5.30 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Makcik Aziah. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehah. Didoakan agar semua ahli keluarga Pakcik Ramly kuat dan tabah menerima dugaan Yang Maha Esa ini.

"Selamat jalan, Makcik Aziah.. Kirim salam pada Mak ajam kat sane ya"

Tadi sempat mengiringi arwah ke tanah perkuburan. Masa imam tengah baca tahlil tu rase sayu menyelubungi diri. Masa jenazah disorongkan ke dalam van jenazah tu, lagilaa.. Tak dapat nak control. Terkenangkan arwah Mak. Beruntunglah siapa-siapa yang dapat mengadap, mencium, menyembahyangkan dan mengebumikan Mak tersayang.. Aku dan adik-beradik di sini hanya mampu berimiginasi..


Sunday, December 19, 2010

Missed her.

Hati masih sayu. Tak dapat nak tipu diri sendiri. Dah puas pujuk, namun makin kuat. Betapa hebatnya dugaanMu ini, Ya Rahman.. Today marked the 43rd day. I just missed her. So much. Al-Fatihah..

stokin mak

Stokin peneman setia kaki arwah Mak sepanjang Mak di Mekah

:: Syurga terletak di bawah kaki ibu ::

Thursday, December 16, 2010

Missed them.

Hari ni dah masuk hari Khamis. Lagi 17 hari sesi persekolahan 2011 akan dibuka. Tapi bagi cikgu-cikgu macam aku, tinggal lebih kurang seminggu lebih je nak merasa rileks-rileks macam ni. Ahad next week dah nak kena menempek kat sekolah balik. Banyak benda kena uruskan sebelum pintu pagar sekolah boleh dibuka – urusan pendaftaran kelas, pembelian buku murid-murid, pengemaskinian rekod mengajar dan lain-lain. Berdebar juga rasanya menanti keputusan kabinet pentadbiran sekolah tentang tugas-tugas yang bakal dijawat untuk tahun depan ni. Yang pasti, jawatan ‘tetap dan berpencen’ tu sudah sahih termaktub – Guru Data. Hehe..

Taktau kenapa pepagi ni aku rase rindu dengan keletah anak-anak murid. Rindu dengan suara hingar-bingar anak-anak murid dalam kelas. Mengajar murid-murid sekolah rendah ni seronok. Walaupun kekadang tu mereka ni nakal, tapi nakal mereka tu merupakan nakal-nakal manja. Hehe. Tak dinafikan aksi-aksi spontan mereka juga merupakan terapi semulajadi buat aku bila masa aku rase tak bersemangat. Teringat ada satu hari tu aku masuk kelas dengan muka yang agak sedih sebab ade benda yang buatkan aku rasa down mase tu. Melihatkan itu, ade memurid ni yang concerned lantas menyapa aku di meja: “Sir kenapa nampak sedih ni? Jangan lah sedih-sedih, kami kan ada”, sambil buat muka comel. LOL!.

1

My Year 4 boys

2

The Girls

Mudah-mudahan berjaya di dunia dan di akhirat. Cikgu doakan.

Saturday, December 11, 2010

‘Semangat’ yang hilang.

DSCF0519

Taman Seri Semangat, Titi Gantong, Bota, Perak

Pagi tadi aku saje lepak-lepak kat area depan rumah aku ni. Sambil menikmati kedinginan angin yang dibawa hujan, aku termenung sejenak. Kalau nak diikutkan dan dihitung kira, lebih daripada 5 orang juga penduduk-penduduk di taman perumahan aku ni yang telah pergi menyahut seruan Ilahi. Jika dulu perasaan seronok dan semangat untuk pulang ke taman perumahan ni tak tergambar riangnya dek kerna keriuhan dan keceriaan yang dihulurkan oleh penduduk-penduduk di sini. Lebih-lebih lagi jika tiba musim Hari Raya. Namun kini, kemeriahan tersebut seolah-olah lesap dan sunyi usai pemergian ramai ‘otai-otai’ lama yang juga bertindak sebagai penceria keadaan. Betapa rindunya aku saat itu. Itu belum lagi dikira dengan beberapa orang penduduk yang kini sedang sakit dan sedang diuji Allah. Mudah-mudahan mereka ini cepat sembuh. InshaAllah.

Al-Fatihah buat semua penduduk Taman Seri Semangat, Titi Gantong, Bota, Perak yang telah kembali ke rahmatullah:

Arwah Cikgu Usop, Pakcik Arbi, Makcik Zan, Pak Pian, Tok Asan, Makcik Ramlah dan Makcik Nab (bondaku tercinta).

Thursday, December 9, 2010

Destinasi Agung.

Baru lepas log-out Facebook. Musim cuti sekolah ni aku tengok meriah rakan-rakan cikgu pergi melawat serata tempat kat merata dunia ni. Syok tengok gambar-gambar yang diorang khabarkan dari Australia, China, Jerman, Indonesia dan beberapa tempat lain lagi. Inilah untungnya jadi Cikgu. Ada kelebihan cuti di sini. Bukan bermaksud dapat bersenang-lenang dan hanya goyang kaki, tapi lebih kepada terapi untuk merehatkan minda setelah berhempas-pulas memerah keringat di dalam bilik darjah. Syukur kepadaMu Ya Allah atas kurniaan ini.

Jika ditanya aku sekiranya berpeluang melancong ke luar negara, sudah pasti hanya satu negara ini yang akan aku pilih dan utamakan – Arab Saudi.

mecca

Kami datang, Ya Allah.

Lebih spesifik, Kota Suci Mekah dan Madinah. InshaAllah, mudah-mudahan ada peluang untuk ke sana satu hari nanti. Teringin nak merasai sendiri pengalaman berkelana dan beribadat di sana. Turut tidak dilupakan, mahu menziarahi pusara bonda tercinta. InshaAllah.

Tuesday, December 7, 2010

Mak ‘datang’.

Semalam mimpi Mak. Setelah genap sebulan Mak pergi ke pangkuan Ilahi, baru semalam berpeluang ‘bertemu kembali’ dengan Mak tersayang menerusi mimpi. Walaupun tahu bahawa mimpi itu hanyalah mainan tidur, namun yang pasti ia sedikit-sebanyak dapat mengubat rindu terhadap arwah Mak. Yang nyata, hanya rasa sayu menjadi peneman setia setelah terjaga dari lena tersebut. Kerna diri ini tahu bahawa Mak telah pergi… buat selama-lamanya. Akan ku rindui celoteh Mak yang penuh bersahaja dalam mimpi tersebut.

Mak

Foto terakhir arwah Mak yang dicapture oleh Abah di hari-hari terakhir hayat Mak di Kota Suci Makkah Al-Mukarramah. Rindu. Al-fatihah..

Selamat Tahun Baru Hijrah. Doaku untuk tahun ini hanya agar diri ini dan keluarga akan lebih kuat dalam mengharungi hari-hari mendatang tanpa Mak di sisi. Tiada apa lagi yang aku mahukan melainkan yang terbaik buat Abah dan adik-beradik. InshaAllah.

Salam Maal Hijrah.

Monday, December 6, 2010

Genap Sebulan. الفاتحة

06 Disember 2010.

Hari ini genap 30 hari jasad arwah Mak bersemadi di tanah bumi para anbiya’. Masih segar di ingatan kala arwah Mak melambai-lambai sebelum Mak dan Abah masuk untuk check-in di Kelana Jaya. Alunan “Labbaikallahummalabbaik..” yang dipasang di corong-corong pembesar suara menambahkan kesayuan suasana di pagi Isnin yang khudus itu. Tak pernah terdetik di hati bahawa lambaian tersebut merupakan lambaian terakhir dari arwah Mak buat selama-lamanya terhadap kami adik-beradik.

 lambaian terakhir bonda

Lambaian terakhir: Kelana Jaya, 25 Oktober 2010.

“Ya Allah, Engkau terima lah segala amal ibadat Mak hambaMu ini sepanjang hayatnya. Engkau lapangkanlah perjalanan Mak hambaMu ini di alam sana. Sesungguhnya Mak merupakan insan mulia dan terbaik yang pernah Engkau anugerahkan buat diri ini. Terima kasih, Ya Allah.”

Nun jauh di sudut hati, diri ini teringin untuk membacakan Al-Fatihah dan Yaasin di tepi pusara Mak. Namun, abah lebih berhak untuk bersama Mak di saat-saat terakhir Mak menghadap Ilahi. Hanya bingkisan doa dan ayat-ayat suci mengiringi pemergian Mak dari kami di sini. Semoga Mak tenang di sana, dan ditempatkan di Syurga. InshaAllah.

Dari Rasulullah SAW:

Mandikanlah ia dengan daun bidara, kafanilah ia dengan dua pakaiannya, dan janganlah engkau tutup kepalanya, sebab sesungguhnya Allah akan membangkitkannya kembali pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiah” - (Hadis riwayat Ibnu Abbas ra mengenai ketentuan bagi jemaah yang meninggal dunia ketika Ihram haji. Syukur Ya Allah, Mak tergolong dalam golongan ini. Syukur!).

Kadang-kadang terbit juga harapan bahawa semua ini adalah mimpi. Yang pasti, Mak pergi takkan pernah kembali lagi. Hidup ini akan tetap diteruskan, walaupun ianya tidak semanis dulu..

Biar bagaimanapun hujan adalah berkat, banjir mengandungi hikmah dan kematian membawa nasihat. Takziah buat semua yang sedang diuji. Semoga kita sentiasa bertabah hati. Al-fatihah..

Friday, December 3, 2010

Pagi yang hening.

Baru lepas selesai breakfast bersama Abah, Kakyong, Amir dan Pirah. Sepi. Ketiadaan Mak benar-benar terasa. Seringkali terbayang-bayang kelibat arwah Mak sedang asyik membasuh pinggan dan memasak di dapur. Masa tengah breakfast tadi, Abah ade tunjuk kat kami adik-beradik cebisan biskut terakhir yang di jamah oleh arwah Mak di petang terakhir Mak dijemput Ilahi. Sayu rase bile tengok biskut tu tak habis pun dijamah oleh arwah Mak.

150314_470401574525_563029525_5458991_3213306_n

Arwah Mak + Abah: Gambar malam terakhir sebelum berangkat ke Kelana Jaya

Hari ni dah masuk hari ke-27 Mak kat sana. Mudah-mudahan roh Mak dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amiiin. Ajam doakan!.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bagasi arwah Mak