Saturday, September 3, 2011

Sebening Aidilfitri.

Baru lepas ziarah kubur Mak. Via wikimapia je pun. Hari ni dah masuk hari ke-301 Mak disemadikan di Mekah nun. Walaupun hanye dapat ziarah gune komputer dan berbantukan internet ni, tapi sekurang-kurangnya rase dekat dengan Mak. Yang membezakannya, tak dapat nak duduk dan sentuh tanah kat tempat kubur Mak tu. Apepun, aku percaya doa dari tempat mana-mana pun akan sampai. Sebab Allah Maha Mendengar.

Persemadian Mak: Pemakaman Ash Sharaya, Mekah

Raya kali ni agak meriah la jugak. Semua saudara-mara balik. Walaupun macam biase - semua suara ade, cuma suara riuh Mak je yang takkan pernah kedengaran lagi. Rindu!. Tak dinafikan pagi 1 Syawal tu memang rase sebak tu datang menusuk-nusuk kalbu ni. Tambah bile part salam dengan Abah. Lain rasenye bile tahun ni tengok Abah sensorang je dok kat kerusi panjang tu. Tanpa Mak di sebelah. Masih terngiang-ngiang kata-kata dari bibir Mak untuk setiap anak-anaknye tiap kali sesi salam bersalam ni pada pagi Syawal. Al-Fatihah.

Raya di Rumah Opah Me (Mak arwah Mak)

Raya Rumah Opah Nek (Mak Abah)

Ziarah saudara-mara ke rumah aku

Le Tour De' Raya 2011 (Raya ke-2)
Raya Gala Gathering Kelas Tingkatan 3M '99 (SMK Raja Permaisuri Bainun)
di rumah Teacher Hanida - our class teacher

4 comments:

  1. tudung merah tu yani kan? mana die skrg? roomate aku ni

    ReplyDelete
  2. eL_kz: Yup, Yani.. Weh dia roommate hang kat mane? Yani la ni dok pursue Masters kat Newcastle Ausie. Setahun kat sane. Selamat Hari Raye, Maaf Zahir + Batin :)

    ReplyDelete
  3. yani roomate aku kat bainun le.

    ReplyDelete
  4. @eL_kz: Oic :) Dormmate.. Kalau roommate ingat kat kolej ke.. Hehe

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.