Wednesday, May 25, 2011

e-GTukar: September masih ada.

Mak,

Ajam tak dapat tukar. Tak dapat balik Perak. Abah dah tahu. Kakyong & Amir pun dah tahu. Takpelah Mak, hujung tahun ni Ajam cuba lagi. Mungkin Allah dah plan yang terbaik buat kite sekeluarga. Mase check lepas Subuh tadi Ajam rase tenang je walaupun keluar result cakap permohonan gagal. Tapi bile call Abah tadi hati jadi sebak bile dengar suare Abah.

egtukar

Ustaz pernah cakap: “Kita akan diuji dengan cabaran dan dugaan yang hebat sebelum berangkat ke tanah suci”. InshaAllah. Ini hanya ujian kecil je Mak. Ujian yang lebih besar dan lebih perit – kehilangan Mak ni pun Ajam dah lalui. Dan sedang lalui.

Ok lah Mak, Ajam nak bersiap ke kelas. Wassalam.

Bilik Guru,
09:23 am.

Tuesday, May 24, 2011

Days without her.

Esok genap 200 hari.

Taktau kenape aku masih gagah membilang hari-hari yang berlalu, walaupun aku tahu yang aku takkan jumpe Mak dah buat selama-lamanya. Yang penting, perasaan aku kala menghitung hari-hari yang berlalu tersebut sama seperti seolah-olah semakin dekat hari yang menjelma untuk aku menemui dirinya.

Tengah malam tadi sekali lagi buat kali yang ke-4 aku mimpi Mak.

Mak baring atas katil berpakaian ihram.

mak

Mak, days without you are like:

Moanday
Tearsday
Wasteday
Thirstday
Frightday
Shatterday
Sadday

Al~Fatihah.

Friday, May 20, 2011

Sambutan Hari Guru @ Sekolah.

Hari ni tadi tak masuk kelas. Sepanjang hari enjoy. Dari pagi sampai tengah hari. Ade sambutan Hari Guru kat sekolah. Memang rase best dan ceria je. Release la jugak urat-urat yang dah tersimpul tu.. Hehe. Anak-anak murid pun semangat nak tengok cecikgunye buat persembahan dan main sukaneka. Part paling tersentuh semestinya mase menyanyikan lagu ‘Kami Guru Malaysia’ tu secara koir bersama dengan semua guru yang lain. Lagu ni unik - bukan sekadar lagu, tapi itu janji. Besar amanahnya.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Tahun ni dah 3 tahun berturut-turut aku merayakan Hari Guru di sekolah yang sama. Syukur. Aku bersyukur sebab punya rakan-rakan guru yang sporting dan caring. Baik lelaki mahupun perempuan.

Oh ya, kalau nak tau kat sekolah ni aku yang paling bongsu. Hehe.. 

Hari ni tadi for once in a year dapat la dilihat guru-guru sarat mengusung hadiah. Ade tu yang tak cukup tangan nak bawak. Hehe. Kalau selama ni dok usung buku-buku latihan memurid, so hari ni dapat ‘cuti’. Al-Hamdulillah. Bercakap soal hadiah ni, paling tak tahan tadi aku dapat anugerah Guru Paling Popular. Undian oleh murid-murid sekolah. Rase kelakar, namun syukur. :)

hadiah hari guru

Hadiah hari guru oleh anak-anak murid tahun ni. Terima kasih.

Selamat Hari Guru!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011.

Syukur, tahun ni tahun ke-3 aku dapat menyambut hari kebesaran ni sebagai seorang ‘Cikgu’ kat sekolah. Walaupun sekolah aku hanye akan sambut Hari Guru pade hari Jumaat ni, namun tadi tetap terase kemeriahannye tatkala menerima ucapan-ucapan ‘Selamat Hari Guru, Sir’ daripada mulut anak-anak murid sewaktu melangkah keluar dari kereta, ke bilik guru mahupun di kelas.

selamat-hari-guru

16 Mei - hari ni kelas-kelas aku dipenuhi dengan aktiviti mengulangkaji. Aku agak risau sebenarnya memandangkan peperiksaan pertengahan tahun adalah next Monday. Esok dah cuti Wesak. Rabu dan Khamis aku akan ke Kanchong Darat, Banting untuk bengkel data EMIS. Jumaat – Sambutan Hari Guru.

Isnin dah exam. GULPPP..

Kali ni soalan peperiksaan pertengahan tahun untuk subjek-subjek teras UPSR bagi tahap 2 selaras satu daerah Sepang. Itu menambahkan lagi darjah kecuakan. Tambah bile diberitahu target kelulusan bagi semua subjek kali ni ialah 75%. Bagi aku, Science aku tak risau sangat, InshaAllah. English yang bikin tak senang duduk.

Science Year 4 masuk sampai topik Measurement. English Year 5?.

Bile buat revision dengan anak-anak murid tadi, terase bagai nak pitam. Risau bile tengok jawapan-jawapan yang diberikan ketika soal jawab. Apepun, aku doakan yang terbaik untuk hati-hati mereka supaya dipermudahkan mase nak jawab nanti. InshaAllah.

16 Mei tiap tahun mulai tahun 2009 terase macam hari jadi.

Ceria je rase sepanjang hari.

Terima kasih buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar diri ini dari tadika hinggalah aku kini mampu memegang kapur dan meneruskan legasi tugas mereka. Al-Fatihah buat 2 orang cikguku - Cikgu Zahril Aiza dan Cikgu Moon yang telah pergi buat selama-lamanya.

Terima kasih cikgu!.

Juga buat arwah Mak, ‘guru’ serba-serbi dalam mencorakkan diri ini.

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu.

Esok 08 Mei 2011.

Hari Ibu. Mother’s Day.

Kat Malaysia ni, Hari Ibu jatuh pada hari Ahad minggu ke-2 dalam bulan Mei.

Hari ni ke, esok ke, lusa ke atau tulat ke.. Same je bagi aku. Tahun ni aku buat jugak kad khas Hari Ibu untuk Mak. Walaupun aku tahu yang kad ni takkan akan pernah sampai di tangan Mak lagi.

Kepada:

Allahyarhamah Hjh. Zainab bt. Hj. Mahyuddin,
Blok 35, Tanah Perkuburan Ash Sharaya,
Makkah Al-Mukarramah.

Hari Ibu

Ku titipkan doa’ buat mu

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِي مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلاَ تَزِدْ الظَّالِمِينَ إِلاَّ تَبَارًا

Semalam 06 Mei 2011.

Genap 6 bulan dah. Setengah tahun.

Kejap je kan?.

Wednesday, May 4, 2011

Coretan rindu di ambang Hari Ibu.

Pernah tak korang rase

..bile balik rumah kat kampung lepas penat drive kereta - dah takde lagi dah susuk tubuh Mak yang menyambut mesra kat depan pintu rumah?

..bile tibenye waktu makan, dah takde dengar lagi dah suara Mak yang memanggil-manggil name korang supaye datang makan kat dapur?

..bile rase nak makan sedap-sedap, request je kat Mak and then gerenti boleh rase masakan yang diidamkan nanti?

..bile rase nak sakit atau demam, dah takde lagi dah leteran Mak yang setia berkongsi petua dan mengingatkan diri supaye jangan lupe makan ubat?

..bile rase rindu, dah takde lagi dah nombor telefon Mak yang nak korang telefon atau SMS untuk lepaskan rindu?

Tapi yang ni bukan untuk kes Mak yang takde untuk takat 10 minit sebab ke pasar, 1 jam ke shopping mall atau yang takde seminggu sebab Mak balik kampung.

Yang ni untuk yang dah takde buat selama-lamanya... 

Aku mase dulu pernah juge diajukan soalan-soalan tu. Mase dengar slot muhasabah diri kat radio. Takdelah sejibik same macam kat atas tu, ade la yang lebih kurang. Mase tu bile dapat soalan ni memang rase sedih bile bayangkan ape akan jadi kalau kesemua soalan yang kat atas tu terjadi kat aku. Tapi, rase sedih mase tu cume kejap je, sebab lepas dah bayangkan tu, aku masih mampu tersenyum sebab mase tu aku masih ade Mak. Masih boleh berhubung, bercakap dan berjumpa dengan Mak lepas dah bayangkan kalau semua soalan kat atas tu benar-benar terjadi.

Tapi saat ni, detik ni, waktu ni - dah lain.

Takde dah senyum tu lepas aku cube bayangkan, walau telah dicuba untuk berulang-kali.

 

InshaAllah, satu hari nanti mudah-mudahan impian aku dan adik-beradik yang lain untuk mengunjungi pusara Mak tersayang yang telah wafat di Mekah akan terlaksana.

 

Sangat perit hilang Mak ni, kawan..

Selamat Hari Ibu - 08 Mei 2011.

Al-Fatihah.
.. buat Mak aku.
.. buat ibu-ibu kamu yang mungkin juga telah pergi.

Coretan rindu,
Muazam bin Zainab binti Zainiah.
08:11 pm.