Monday, July 2, 2012

Menjejaki Hotel Burj Ghandura @ Makkah: Tempat Arwah Mak dijemput Ilahi.

Mase pi Umrah bulan Jun baru ni, Abah sempat bawak kami adik-beradik pi jenguk tempat arwah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di Mekah waktu musim Haji dulu. Mak dijemput Ilahi selepas menunaikan solat Asar terakhir pada tanggal 6 November 2010 di Hotel Burj Ghandura, Makkah. (Rujuk entry - The Untold Story: Asar Terakhir). Hotel ni terletak dekat dengan terowong yang membolehkan jemaah terus tembus ke Haram.

20120601_083048

Hotel Burj Ghandura, Makkah Al-Mukarramah

Tapi kami semua tak boleh masuk. Abah cakap hotel ni hanye dibuka masa musim Haji je dan memang hotel Tabung Haji. Tu sebab ade bendera Malaysia lagi melekat kat dinding tu. Mase kami nak cuba masuk, ada pekerja kat situ tunjuk isyarat tangan tak boleh masuk. Takpelah, yang penting dapat tengok tempat ni pun dah kira syukur. Walaupun hanya dari luar..

20120601_083518

Bilik tempat Mak menghembuskan nafas terakhirnya – anak panah berwarna merah. Mase dok tengok tingkap bilik tu, terbayang macam-macam pasal Mak

Hari ni dah masuk hari ke-605 arwah Mak pergi. Kejap masa berlalu. Apepun, aku tetap rasa puas sebab dah dapat pi Tanah Suci dan dapat ziarah pusara Mak. AlHamdulillah. Harap akan ada banyak peluang lagi aku ke sana lepas ni. Tanah Haram, aku merinduimu!.

Mak 59th

No matter how old we are, losing a mother is one of the deepest sorrows a heart can know, but her goodness, her caring and her wisdom lives on - like a legacy of love that will always be with us.

Al-Fatihah.