Saturday, January 1, 2011

Back to School.

Pagi tadi pergi sekolah. Ade orientasi murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan Program ‘Naik Kelas’ untuk murid-murid senior; Tahun 2 – 6. Syok gak tadi sebab dapat jumpe balik anak-anak murid yang dah hampir sebulan lebih tak jumpe. Sambil tu, sempat gak menyelit beramah-mesra dengan mak bapak diorang yang datang sekali tadi.

2011

Pagi tahun baru di perkarangan sekolah

Untuk tahun 2011 ni, aku akan ajar Sains Tahap 2. No more English, sebab mulai tahun ni semua guru mesti mengajar opsyen utama terlebih dahulu sebelum opsyen minor. Jawatan di luar bilik darjah lebih kurang sama je dengan tahun lepas. Cuma ade la beberapa tu yang di add-on and size-up kan :)

Ni la antara jawatan-jawatan luar bilik darjah yang aku dapat untuk tahun baru ni:

Unit Pentadbiran

Setiausaha Projek ICT Sekolah
Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan Sekolah
Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Sekolah
Pegawai Pemeriksa Aset
Jawatankuasa SKPM

Unit Hal Ehwal Murid

Guru Data
Jawatankuasa Badan Disiplin Murid
Jawatankuasa Program Pencegahan Dadah (PPDa)

Unit Kokurikulum

Setiausaha Induk Kokurikulum
Jurulatih Pasukan Ping Pong Sekolah
Penasihat Kelab Komputer
Guru Rumah Kuning

Tak sabar rasanya nak masuk kelas hari Isnin ni. Tak sabar nak dengar hiruk-pikuk bunyi suara bebudak. Tak sabar nak bagi homework kat bebudak. Hehe.. Welcome back to school!

4 comments:

  1. sya juga tak sabar nak bagi homework kat bebudak...huahuahuahua..rasekan mereka setelah puas bercuti

    cekgu muzem nampak sgt bersemangat..selamat kembali ke sekolah

    ReplyDelete
  2. salamm taun baru cekgu muzem ittewww.. ihiks

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali mengajar Cikgu Muazam.Semoga terus bertabah hati.Banggakan arwah mak cikgu yang dah tiada tu dengan berbakti dengan penuh semangat kepada anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab.Saya sentiasa mendoakan cikgu dan keluarga supaya sentiasa kuat.

    ReplyDelete
  4. @Ilya: Hoho.. Welcome back to school to you too :) Mission done -dah bagi keroje sekolah kat bebudak tu.. Puasss.. Hehe!

    @en_me: Selamat Tahun Baru juger buat en_me yang ganteng ituuu :)

    @Mustapha: Syukran jzk. InshaAllah.

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.