Setelah hampir 6 hari di bumi Makkah, kini tibalah masa untuk kami bertolak ke bumi Madinah bagi melengkapkan ziarah kami. Ketibaan kami di Madinah disambut dengan keindahan Masjidil Nabawi pada jam 11 malam. Sebaik tiba di Masjidil Nabawi, kami melakukan solat Isyak. Setelah itu, kami terus bergerak di hadapan kubah Hijau dan memberi salam kepada Rasulullah SAW. “Assalammualaika Ya Rasulullah..”. Cukup sayu dan hiba apabila memikirkan bahawa salam kami itu dijawab terus oleh Rasulullah. Syukur. Setelah itu, mutawwif membawa kami ke kawasan Raudhah – taman syurga di dalam Masjidil Nabawi. Dengan izin Allah, kami dapat bersembahyang dan berdoa di dalam kawasan Raudhah dengan mudah. Cukup tenang dan damai di kawasan Raudhah. Karpet hijau menghiasi kawasan Raudhah membangkitkan rasa keterujaan dalam setiap diri umat Muhammad SAW. Seperti di Makkah, setiap kali selesai solat fardhu lazimnya akan disusuli dengan solat jenazah. Inilah uniknya di bumi suci – fardhu kifayah yang jarang-jarang berlaku di Malaysia, tapi berlaku saban hari di bumi suci!. Alangkah beruntungnya anak-anak kecil di tanah Arab apabila berpeluang melakukan solat jenazah seawal usia kecil lagi. Setiap saat, segenap pelosok Masjidil Nabawi tidak pernah sunyi. Pasti ada yang sedang berzikir, membaca Al-Quran, berusrah dan beriktikaf. Indahnya momen itu!.
Pertama kali tiba di perkarangan Masjidil Nabawi, Madinah (6 Jun 2012, 11 PM)
“Assalammualaika Ya Rasulullah..” AlHamdulillah, teruja rasa apabila dapat mengucapkan salam secara langsung kepada Rasulullah SAW. Untuk pengetahuan, Rasul kita berada di bawah kubah yang berwarna hijau. Cukup puas, sebab selama ni hanya mengirimkan salam kepada Rasulullah melalui orang-orang yang ke Madinah. Kini diri sendiri berpeluang memberi salam dan menyampaikan salam rakan-rakan kepada Rasulullah. Syukur Ya Allah!
Antara aktiviti biasa selepas solat di Masjidil Nabawi – Usrah
Suasana pagi di Masjidil Nabawi – Kelopak payung telah mekar dengan cantik!
‘Melontar’ membeli kurma dan coklat di Toko No. 95: Makasih ya pak!
Suasana di Raudhah – Taman Syurga. Indah dan tenang
Pintu-pintu masuk di Masjidil Nabawi. Masjidil Nabawi sejuk sepanjang masa, memandangkan di setiap tiang-tiang terdapat penghawa dingin. Nyaman.
AlHamdulillah, Al-Quran yang telah diwakafkan di Masjidil Nabawi
Ziarah kami di Madinah turut diserikan dengan ziarah ke Masjid Quba dan Jabal Uhud. Pelbagai sirah Nabi junjungan dapat disingkap dan diambil iktibar apabila berkunjung ke bumi kekasihNya ini. Seperti perasaan sayu dan sebak semasa melakukan tawaf wida’ di Makkah, begitulah juga rasanya ketika diri ini melakukan ziarah wida’ sebagai simbolik mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah di Subuh terakhir di Madinah. Mudah-mudahan ziarah kali ini bukanlah ziarah terakhir kami. InshaAllah. Kepada muda-mudi sekalian, ayuh segera ke Tanah Suci!. Penduduk Makkah dan Madinah menanti kedatangan kita!.
Bergambar di kawasan Masjid Quba – tempat di mana arwah Mak pernah mengambil gambar di hari-hari terakhir hayatnya. Kakyong (kakak) juga pernah mengambil gambar di sini semasa Umrahnya April 2011
Recap: Arwah Mak (2010) & Kakyong (April 2011) di Masjid Quba
Bergambar kenangan bersama kumpulan Umrah serta mutawwif di Jabal Uhud
Selamat tinggal bumi suci! Mudah-mudahan ini bukan ziarah terakhir kami,
Ya Allah
subhanallah...membaca tulisan chegu, hati masih rasa sayu teringat kenangan di sana.
ReplyDeleteMemang masih rindu + sayu + sebak tiap kali ternampak Tanah Suci kat TV, gambar dan lain-lain.. InshaAllah, mudah-mudahan kita semua yang pernah pergi ni akan terus kembali ke sana lagi.. Dan, yang belum pernah pergi, akan ke sana juga satu hari nanti :)
Deleteada gambar lama ditempat yg sama tu yg benar2 klasik
ReplyDelete@Zuraida Ali: Alhamdulillah.. Setiap gambar membingkis 1001 cerita..
ReplyDeleteRindu kenangan waktu di Tanah Suci..Hanya gambar jadi kenangan.. Al-Fatihah untuk arwah ibu saudara.
ReplyDeleteYup.. Memang benar.. Pengalaman yang tidak ternilai dengan wang ringgit.. Amiiin
Delete