“Labbaik Allah humma labbaik.. Labbaik la sharika laka labbaik.. Innal hamda, Wan-ni'mata Laka walmulk.. Laa sharika lak”
Gemaan talbiah yang dialunkan oleh sejumlah 29 orang peserta kumpulan Umrah termasuk diri ini mengundang rasa sayu sewaktu bas yang dinaiki mula memasuki ke Kota Makkah. Rasa sayu tersebut semakin kuat membungkam tatkala diri lengkap diselubungi pakaian ihram – putih dan suci. Syukur padaMu Ya Allah, diri ini telah terpilih dan berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama ahli keluarga yang lain pada 30 Mei sehingga 11 Jun 2012 baru-baru ini. Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci, terutama dalam usia muda sudah pasti menggamit seribu macam memori indah yang bakal dibingkiskan kelak. Tambahan pula, kembara julung saya dan ahli keluarga ke Tanah Suci kali ini turut membawa misi nan satu – menziarahi pusara bonda tercinta yang telah selamat bersemadi sejak 1 tahun 6 bulan yang lalu di bumi Makkah Al-Mukarramah. Keberangkatan kami ke Tanah Suci diiringi oleh sanak saudara dan sahabat handai pada petang 30 Mei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Setelah menjamakkan solat Maghrib dan Isyak, kami berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi dengan menaiki pesawat Etihad Airways. Di sana, kami transit hampir 2 jam. Masa yang ada ini digunakan untuk menyalin pakaian ihram dan melakukan solat sunat Ihram. Setelah itu, dengan bimbingan mutawwif dari Tiram Travels & Tours, kami berniat ihram semasa di dalam perut kapal terbang sewaktu kapal terbang menghampiri bumi Jeddah. Maka, dengan itu, termaktublah segala 13 perkara pantang larang sewaktu berihram ke atas kami.
Menyalin pakaian Ihram di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi
Sewaktu di Jeddah, kami ditempatkan di Terminal Haji, Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Kawalan keselamatan dan imigresen di sana agak ketat, namun tetap berjalan lancar. Di situlah juga buat pertama kali saya merasai keenakan air jus buah-buahan negara Arab bagi menghilangkan dahaga. Di situ jugalah kali pertama saya melakukan transaksi bayaran menggunakan matawang Saudi Arabia Riyal (SAR). Tepat pada jam 5.30 pagi, kami bertolak ke Makkah dengan menaiki bas. Sewaktu dalam perjalanan, saya hanya melayan perasaan dan menikmati pemandangan melalui tingkap bas. Indahnya bumi suci ini, walaupun bangunan-bangunannya tidaklah begitu moden seperti yang ada di negara kita, namun tetap terbit ketenangan yang tersendiri pada pandangan sudut mata. Paling mencuit hati apabila melihat kereta Toyota Camry dan Innova digunakan sebagai teksi di sini. Subhanallah. Bunyi hon kereta seolah-olah seperti alunan muzik yang sudah sebati dengan kehidupan para pengguna jalan rayanya.
Al-Hamdulillah, dah sampai Mekah!
Kami tiba di Makkah tepat jam 9.30 pagi. Pengalaman pertama memijakkan kedua-dua tapak kaki ini di atas tanah bumi Makkah dari mulut pintu bas mengungkap kenangan manis peribadi yang tersendiri. AlHamdulillah. Cuaca di Makkah pada ketika itu amat panas. Deretan-deretan kedai yang menghiasi pinggir bahu jalan memeriahkan suasana. Para peniaga Arab yang ramah sentiasa memanggil-manggil para pelanggan. Ada juga yang berbahasa Melayu. Walaupun tidak begitu fasih, namun masing-masing mempunyai cara tersendiri memancing pelanggan - “Haji.. Haji... Laykhat dholu! (Haji, haji.. Lihat dulu!!)”.
Deretan kedai-kedai di laluan sepanjang dari hotel ke Haram
Setelah mendaftar masuk bilik di Hotel Barakah Al-Mawaddah dan bersarapan pagi, kami bersiap sedia untuk melakukan Umrah. Dari lobi hotel, kami bertalbiah sehinggalah tiba ke pintu bernombor 10 di Masjidil Haram – pintu Ismail (Bab Ismail). Di pintu tersebut, kami diarahkan oleh mutawwif untuk memasukkan selipar ke dalam beg plastik sebelum melangkah masuk ke Masjidil Haram. Seorang anggota polis dan seorang penjaga ditempatkan di setiap pintu masuk Masjidil Haram. Jutaan manusia telah memenuhi kawasan dataran Haram pada ketika itu. Masing-masing berpusu-pusu untuk berpesta ibadah di Masjidil Haram. Dari celah-celah penjuru pintu tersebut, tersergam indah sebuah binaan yang menjadi idaman kedua-dua anak mata ini untuk melihatnya sendiri – Kaabah. AlHamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Pandangan pertama melihat Kaabah cukup menginsafkan dan mengujakan. Jika dahulu diri ini hanya melihatnya di atas sejadah dan di televisyen, namun sekarang – nah, di depan mata!. Syukur.
Suasana Haram di waktu pagi
Indahnya Kaabah!
saya menginap di hotel al rashideen...kalau tak silap saya penah terjumpa ahli2 jemaah tiram travel...agaknya chegu salah seorang dalam tue.
ReplyDeleteseronok baca kisah2 org di sana...insyaAllah ada rezki saya teringin nak buat haji pulak.
Ye ke? Mungkinlah kot.. Jemaah Tiram mase tu mostly memang menginap kat Hotel Barakah ni.. Tu la, saya pun teringin nak tunaikan Haji lepas ni.. Biarlah dalam usia muda, InshaAllah.. Lepas dah buat tawaf dan sai'e hari tu, memang baru tau rupanya banyak kena guna kekuatan fizikal..
DeleteAsssalamualaikum,
ReplyDeleteNak tanya, berapa jauhnya hotel ni ke Masid Haram. Jauh ke dekat.....bagaimana dengan bilik dia OK ke...
Sos tiram
ReplyDeleteMasya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.
ReplyDeleteAnway, bagi jemaah wanita saya suka sarankan untuk menggunakan Tudung Werda SOLAT-READY . Tudung ni sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.
Semoga ibadah kita dapat dilakukan sebaik--baiknya...Insya Allah
Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?