Ziarah kami ke pusara Mak pada petang selepas Asar hari pertama kami tiba di Makkah tersebut cukup menyentuh kalbu. Pintu gerbang di kawasan perkuburan Ash Sharaya yang terbuka luas seolah-olah menggamit kedatangan kami. Untuk pengetahuan para pembaca, Mak saya telah meninggal dunia semasa masih dalam ihram Haji pada tanggal 6 November 2010 yang lalu. Saat itu, hanya Allah yang tahu bagaimana peritnya rasa menerima perkhabaran dari Makkah yang menyatakan Mak tersayang telah pun pergi buat selama-lamanya. Perkuburan Ash Sharaya ini terletak lebih kurang 15 kilometer dari Masjidil Haram, namun ia masih dalam Tanah Haram. Setakat ini ia menempatkan hampir 40 blok perkuburan dan Ibu saya ditempatkan di blok perkuburan ke-35. Di Arab Saudi, hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan. Perempuan adalah dilarang sama sekali untuk masuk, apatahlagi untuk memijak tanah di kawasan perkuburan. Perempuan hanya dibenarkan duduk menunggu di dalam van.
Pintu gerbang di Perkuburan Ash Sharaya terbuka luas seolah-olah Mak sedang melambai-lambai kat dalam tu menanti kedatangan kami.. Allahuakbar..
Semakin menghampiri blok kubur Mak
Kubur-kubur di sini tidak seperti di Malaysia. Ia hanya bertandakan batu putih tanpa nama. Namun, mereka mempunyai sistem berkomputer yang sistematik dan membolehkan waris mengenalpasti lokasi kubur dengan memasukkan nama dan tarikh kematian si mati. Lebih meyakinkan apabila Abah saya memang mengingati lokasi liang lahad Mak saya memandangkan Abah berpeluang mengikut jenazah Mak semasa pengebumian dijalankan di sini. Syukur!
Dah sampai – Blok 35, Perkuburan Ash Sharaya, Makkah
“Assalammualaikum Mak, kami datang ni Mak… Firah pun datang, tapi Firah tak boleh masuk.. Firah ade kat luar tu”
AlHamdulillah, Allah permudahkan urusan kami ke sini menjejaki kubur Mak
Ziarah ke kubur Mak kali ke-2: Dibantu oleh Kak Gee Harun & Abang Nazrall yang sangat baik hati. Syukur! Mak kepada Kak Gee Harun pun meninggal dunia di Mekah 11 tahun yang lalu. Kak Gee lah tempat saya selalu berkongsi rasa sebelum saya mampu menjejakkan kaki ke sini. Allah pertemukan kami buat kali pertama di Makkah Al-Mukarramah. Walaupun boleh bertemu di Malaysia, tapi inilah yang dinamakan kuasa Allah.
Abah, abang, adik dan ‘Mak’
Abah dan ‘Mak’
Ziarah terakhir (kali ke-4) untuk sesi Umrah kali ini – Saya dapat mencucurkan air ke pusara Mak tersayang. AlHamdulillah, puas rasa. Dapat baca Yaasin dan Tahlil di tepi kubur Mak sendiri. Selama hampir 1 tahun 6 bulan ni hanya ‘ziarah’ melalui Google Maps dan wikimapia sahaja dengan bantuan talian internet dan laptop
Syukur padaMu Ya Allah, akhirnya saya dan adik-beradik beserta Abah dapat menziarahi pusara Mak tercinta. Al-Hamdulillah. Sepanjang kami di Tanah Suci, Allah telah memudahkan kami menziarahi kubur Mak kami sebanyak 4 kali. Syukur. InshaAllah, ada rezeki pasti kami akan bertandang lagi. Rindu yang tak terubat. Al-Fatihah.
“Selamat tinggal Mak.. InshaAllah ada rezeki kami akan datang lagi…”
salam cikgu muzem tuu.. syukur ke hadrat illahi krn smpi juga hajat menziarah makam bonda cikgu tuuu.. muger rohnye dicucuri rahmat senantiasa.. aminn ya robbal alamin..
ReplyDeleteme pon rindu sesangat kat kaabah tuu.. uhhuuu
AlHamdulillah.. Terima kasih hj_me sentiasa mendoakan.. Moge kite berpeluang ke sana lagi.. Doakan saye dapat buat Haji macam hj_me.. InshaAllah..
Deletesalam muzem..seronok bace..tentu sgt gembira kan..Alhamdulillah.. :D
ReplyDeleteAlHamdulillah.. Memang seronok dan gembira pi sana, Ilya.. Rasa memang nak ke sana je lepas ni.. Tapi macam biasa sedih mase nak balik dah.. Nak tinggalkan Kaabah, Masjidil Haram, Masjidil Nabawi, Tanah Suci.. dan arwah Mak kat sane.. InshaAllah, semoga kita sentiasa ade peluang untuk ke sana :)
DeleteSalam my friend...sayunya aku baca...moga dikuatkan semangat...Alhamdulillah hang dah sampai sana...
ReplyDeleteSyukran sahabat.. :)
DeleteSalam my friend...sayunya aku baca...moga dikuatkan semangat...Alhamdulillah hang dah sampai sana......
ReplyDeleteSyukran sahabat.. InshaAllah :)
DeleteMenangis sy baca entries INI.sambar byk2.
ReplyDeleteTerima kasih.. InshaAllah..
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteArwah bonda saya pun meninggal di Tanah Suci Makkah pada April 2011 dan dikebumikan di Sharaya. Blok 34 Kubur 110. Alhamdulillah syukran, dapat melawati kubur arwah pada Mac 2012. Saya fahami perasaan anda.
Waalaikumussalam,
DeleteSubhanallah.. Semoga saudara terus kuat.. Alhamdulillah, Allah pertemukan kita di sini... Semoga kita terus bertabah hati.. Ibu-ibu kita terpilih.. They are the chosen ones.. Al-Fatihah..
Sayu membaca entri ini.. Moga ada peluang utk saudara menziarahi pusara ibu tersayang sekali lagi.
ReplyDeleteInshaAllah.. Mudah-mudahan dipermudahkan.. Terima kasih sudi singgah sini.. Ramadhan Kareem
Delete