Hari ni tadi merupakan hari terakhir buat 4 orang ustazah dari Institut Perguruan Kampus Islam, Bangi (IPIS) yang datang untuk berpraktikal kat sekolah aku ni sejak 2 bulan yang lalu. Terase kejap je mase ni.. Rasenye baru je hari tu diorang berempat ni melapor diri. Tup tup.., dah tamat.
Macam biase, most of my pupils rase sedih hari ni. Nampak sangat wajah-wajah kecil itu bermuram. Ye lah, their beloved ustazah akan 'pergi' hari ini; dan entah bila lagi mereka-mereka ini akan bertemu.
My Year 4 boys and their beloved Ustazah
Bercerita tentang my pupils and their ustazah praktikal ni, tetibe fikiran ni teringat akan ustazah praktikal yang pernah mengajar kelas aku - darjah 2 Kenanga, Sekolah Kebangsaan Bota Kiri, Perak di tahun 1998. Nama ustazah tu Ustazah Rogayah. Lulusan Maktab Perguruan Ipoh, Ulu Kinta. Mase tu aku dan kawan-kawan sekelas memang sayang sangat dekat Ustazah Rogayah ni. Orangnya lemah lembut, berkaca mata. Pandai berjenaka. Semua aktiviti yang dibuat dalam kelas oleh Ustazah Rogayah ni semuanya best. Rasa seronok sangat belajar subjek Pendidikan Islam mase ustazah ni datang. Macam-macam aktiviti kami buat. Sambil ‘main’ kami belajar – semuanya best!.
Tapi kegembiraan tu tak panjang. Ustazah Rogayah terpaksa pergi kembali ke maktab lepas habis tempoh praktikal. Mase hari terakhir tu aku ingat lagi semua bebudak kelas aku peluk ustazah dan nangis. Habis basah tudung ustazah dengan linangan air mata kami. Ustazah tak nangis, cuma jelas tampak ustazah sebak disebalik kaca mata yang dipakainya tu. Kami iring ustazah dari kelas ke bilik guru. Beg kulit ustazah kami bawa. Rasa macam tak nak lepaskan ustazah kesayangan kami masa hari terakhir tu.
Sekarang dah masuk tahun 2010. Dah 12 tahun aku tak dengar khabar berita tentang ustazah Rogayah. Entah apalah khabar Ustazah Rogayah. Sepanjang sesi persekolahan, Ustazah Rogayah merupakan cikgu praktikal yang terbaik buat aku. Walaupun sepanjang tempoh aku bersekolah ade la dalam 4-5 orang cikgu praktikal ‘hadir’ depan mata aku ni.
Buat Ustazah Rogayah, anak muridmu ini amat merinduimu.
Ya Allah, Engkau lindungilah Ustazah Rogayah walau dimana jua beliau berada.
Syukran ya Ustazah.
No comments:
Post a Comment
Syukran jzk for your comments, readers!.