Wednesday, August 18, 2010

Memo dihening Subuh: As a teacher, and an examiner.

Aku baru settle menanda kertas 2 English bagi kelas darjah 4 yang aku ajar. Out of 75 scripts of essays yang aku perlu tanda, 35 scripts datang dari kelas ni. Yang bakinye tu bakal datang dari kelas darjah 5 yang aku pegang. Kelas darjah 4 yang aku ajar ni merupakan kelas 'top' atau kelas yang cemerlang, manakala kelas darjah 5 tu merupakan kelas yang berpotensi. Aku tak mau menggunakan istilah kelas yang pandai dan lemah kat sini. Sebab ustaz aku pernah pesan, kata-kata itu merupakan doa. Tetambah lagi dari mulut guru.

Tiap kali musim peperiksaan, sudah pasti setiap guru akan teruja nak tengok hasil persembahan karya memuridnya. Ibarat macam chef - telur, bawang, kubis, mayonis dan garam telah pun diberi. Cuma mahu melihat telur dadarnya sahaja samada enak ataupun sebaliknya.

DSCN0847

My Year 4 pupils in action @ the exam room

Bagi kelas darjah 4 tu as expected, memang most of them perform better kali ni. Telur dadar yang dihasilkan mereka agak enak. Syukur. Tapi bagi kelas darjah 5 tu, masih banyak lagi lompang-lompang yang perlu dijahit kembali. Walaupun banyak, tapi aku agak lega sebab kali ni kebanyakan dari mereka ikut apa yang aku ajar dalam kelas dan hasilnya termaktub dalam skrip jawapan mereka. Meskipun ade salah, but deep in my heart I know that they had tried their best to impress me; as their teacher and as their examiner.

Bagi kelas darjah 4, aku expect akan ade care menjawab yang extra-ordinary dari mereka. Seperti yang diduga memang ada. Paling aku terharu bila aku terjumpa penggunaan idioms oleh salah seorang murid dari kelas darjah 4 ni - "the fare is low and it does not burn a hole in my pocket". Sebab apa aku terharu?. Sebab jawapan ni datang dari salah seorang murid GROUP C dari kelas ni. Bukan dari Group A ataupun B. It's unexpected.

Bagi kelas darjah 5 pula, aku ada menaruh harapan yang tinggi juga, mana tau dalam timbunan skrip jawapan mereka tu ada butir-butir berlian yang boleh digali. Aku tak meletak harapan akan ramai dapat A, sebab aku tau potensi memurid kelas darjah 5 ni. Melihatkan mereka dapat menggunakan fungsi 'is' dan 'are' serta 'was' dan 'were' dengan betul dalam ayat tu pun merupakan satu detik indah dan bermakna buat diri ini.

Oklah, jam dah pun menunjukkan jam 06:45 pagi.. Nak mandi. Nak siap pergi sekolah. Pagi ni satu lagi paper bawah seliaan aku akan berjalan - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan.

Wish the pupils the best of luck.

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment

Syukran jzk for your comments, readers!.