Wednesday, August 11, 2010

1st day of Ramadhan at School.

Bercerita tentang keletah anak-anak murid pada hari pertama Ramadhan tadi memang sangat mengujakan. Ada antaranya yang mengundang lucu bila diingat kembali. Seperti yang diduga, kebanyakan daripada mereka jelas mempamerkan wajah-wajah keletihan yang teramat sangat. Tambahan pula waktu mengajar pada hari ni kebetulan di masa terakhir; 12.35 – 1.35 tengah hari. Masuk-masuk kelas je semua berkelakuan agak pasif dan tidak hyperaktif seperti selalu. Sampaikan ada yang tertidur berbantalkan lengan dalam kelas tadi. Alahai..

untitled

My Lovely Kids.

Apatahlagi bila bercerita tentang gelagat murid-murid Tahun 1 yang sememangnya diakui rata-rata majoritii berpuasa 'yang-yok'. Pelbagai botol air yang mengandungi air pelbagai warna menghiasi sudut belakang kelas murid-murid Tahun 1. Ada warna purple, oren, coklat dan sebagainya. Tercabar juga iman dan pandangan mata ni tadi. Slurppp.. ops* Hehe..

Esok sudah pastinya menjanjikan pelbagai lagi ragam serta 1001 cerita. Mudah-mudahan urusan puasa diri ini dan juga anak-anak murid dipermudahkan oleh-Nya. Amiiin.

"Sir, berbuka ni saya nak makan ayam percik, murtabak daging, nasi tomato, ayam masak merah, sambal udang dan ketam. Air saya nak teh ais dan air pepsi KFC. Emmm, sedapnyer!" ~ A Year 4 pupil. ..terus terpelanting*

Salam Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Syukran jzk for your comments, readers!.