Saturday, August 21, 2010

Post-Mortem: My Kids’ Exam Results.

Salam,

Baru lepas buat final touch-up tentang analisis keputusan peperiksaan bagi kertas-kertas memurid kelas aku dalam peperiksaan Penilaian Kurikulum Berasaskan Sekolah (PKBS 2) bebaru ni. Hmmm.. Cakap banyak pun tak guna, so here are the results:

4g

English, Year 4 Gemilang

 

5c

English, Year 5 Cemerlang

 

SVK4G

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Tahun 4 Gemilang

As expected, kelas 4 Gemilang perform well dalam subjek English kali ni. To my surprise, none of them failed. Mungkin ini salah satu hasil dari usaha keras diorang yang rajin buat latih tubi secara individu mahupun in group samada mase kelas berjalan ataupun di luar waktu English. Lagipun sejak result yang kurang memberangsangkan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Jun yang lalu, aku ade perkenalkan program mentor-mentee untuk English kelas ni. Mentor yang dilantik terdiri dari kalangan mereka yang dapat gred bagus (A: 80-100 dan B tinggi: 70-79). Mentor-mentor ni akan membimbing mentee (those who got gred B rendah ke bawah) setiap kali waktu kelas English aku. Syukur, usaha ni tampak berhasil. InsyaAllah akan diteruskan for the upcoming lessons.

Bagi English 5 Cemerlang lak, prestasi kali ni meningkat sedikit berbanding peperiksaan pertengahan tahun Jun lalu. Kalau dulu cuma 11 orang je yang lulus untuk subjek English, kali ni tambah 4 orang lagi = 15 orang. Kelas ni memang kalau boleh aku berharap akan lebih ramai lagi lulus. Kalau nak dapat A tu, aku tak berani nak jamin lagi setakat ni sebab aku tau potensi bebudak kelas ni. Kelas ni bukanlah kelas ‘top’ seperti kelas-kelas yang mempunyai nama Gemilang di hujung setiap tahun kat sekolah ni. Apepun, insyaAllah aku akan terus berusaha supaya lebih banyak lagi berlian-berlian yang bakal digali dari kelas ni untuk peperiksaan akan datang. Dah nampak dah ada perubahan dalam cara menjawab mereka dalam kertas 2 kali ni. Cuma perlu digilap lagi dengan banyak. Penguasaan vocabulary memurid kelas ni pun masih agak lemah. Tapi aku yakin mereka ni mampu buat perubahan sebelum menjengah ke dewan peperiksaan UPSR tahun hadapan.

Bagi kertas Pendidikan Sivik pula, seperti biasa aku memang sudah jangka akan ramai yang dapat A. Kertas Sivik ni merupakan antara kertas yang 'rugi' kalau tak dapat A. Hehe. 6 orang yang dapat B tu pun aku tengok semuanya cuai dalam menjawab soalan objektif yang banyak memerlukan mereka memilih jawapan yang ada perkataan "...kecuali".

Mudah-mudahan semua urusan anak-anak muridku ini dipermudahkan oleh-Mu, Ya Rabbi.. Di dunia dan akhirat. Amiiin.

Friday, August 20, 2010

Sesekali teringat: Ustazah Rogayah.

Hari ni tadi merupakan hari terakhir buat 4 orang ustazah dari Institut Perguruan Kampus Islam, Bangi (IPIS) yang datang untuk berpraktikal kat sekolah aku ni sejak 2 bulan yang lalu. Terase kejap je mase ni.. Rasenye baru je hari tu diorang berempat ni melapor diri. Tup tup.., dah tamat.

Macam biase, most of my pupils rase sedih hari ni. Nampak sangat wajah-wajah kecil itu bermuram. Ye lah, their beloved ustazah akan 'pergi' hari ini; dan entah bila lagi mereka-mereka ini akan bertemu.

46140_426210004525_563029525_4690388_5225421_n

My Year 4 boys and their beloved Ustazah

Bercerita tentang my pupils and their ustazah praktikal ni, tetibe fikiran ni teringat akan ustazah praktikal yang pernah mengajar kelas aku - darjah 2 Kenanga, Sekolah Kebangsaan Bota Kiri, Perak di tahun 1998. Nama ustazah tu Ustazah Rogayah. Lulusan Maktab Perguruan Ipoh, Ulu Kinta. Mase tu aku dan kawan-kawan sekelas memang sayang sangat dekat Ustazah Rogayah ni. Orangnya lemah lembut, berkaca mata. Pandai berjenaka. Semua aktiviti yang dibuat dalam kelas oleh Ustazah Rogayah ni semuanya best. Rasa seronok sangat belajar subjek Pendidikan Islam mase ustazah ni datang. Macam-macam aktiviti kami buat. Sambil ‘main’ kami belajar – semuanya best!.

Tapi kegembiraan tu tak panjang. Ustazah Rogayah terpaksa pergi kembali ke maktab lepas habis tempoh praktikal. Mase hari terakhir tu aku ingat lagi semua bebudak kelas aku peluk ustazah dan nangis. Habis basah tudung ustazah dengan linangan air mata kami. Ustazah tak nangis, cuma jelas tampak ustazah sebak disebalik kaca mata yang dipakainya tu. Kami iring ustazah dari kelas ke bilik guru. Beg kulit ustazah kami bawa. Rasa macam tak nak lepaskan ustazah kesayangan kami masa hari terakhir tu.

Sekarang dah masuk tahun 2010. Dah 12 tahun aku tak dengar khabar berita tentang ustazah Rogayah. Entah apalah khabar Ustazah Rogayah. Sepanjang sesi persekolahan, Ustazah Rogayah merupakan cikgu praktikal yang terbaik buat aku. Walaupun sepanjang tempoh aku bersekolah ade la dalam 4-5 orang cikgu praktikal ‘hadir’ depan mata aku ni.

Buat Ustazah Rogayah, anak muridmu ini amat merinduimu.

Ya Allah, Engkau lindungilah Ustazah Rogayah walau dimana jua beliau berada.

Syukran ya Ustazah.

Wednesday, August 18, 2010

Memo dihening Subuh: As a teacher, and an examiner.

Aku baru settle menanda kertas 2 English bagi kelas darjah 4 yang aku ajar. Out of 75 scripts of essays yang aku perlu tanda, 35 scripts datang dari kelas ni. Yang bakinye tu bakal datang dari kelas darjah 5 yang aku pegang. Kelas darjah 4 yang aku ajar ni merupakan kelas 'top' atau kelas yang cemerlang, manakala kelas darjah 5 tu merupakan kelas yang berpotensi. Aku tak mau menggunakan istilah kelas yang pandai dan lemah kat sini. Sebab ustaz aku pernah pesan, kata-kata itu merupakan doa. Tetambah lagi dari mulut guru.

Tiap kali musim peperiksaan, sudah pasti setiap guru akan teruja nak tengok hasil persembahan karya memuridnya. Ibarat macam chef - telur, bawang, kubis, mayonis dan garam telah pun diberi. Cuma mahu melihat telur dadarnya sahaja samada enak ataupun sebaliknya.

DSCN0847

My Year 4 pupils in action @ the exam room

Bagi kelas darjah 4 tu as expected, memang most of them perform better kali ni. Telur dadar yang dihasilkan mereka agak enak. Syukur. Tapi bagi kelas darjah 5 tu, masih banyak lagi lompang-lompang yang perlu dijahit kembali. Walaupun banyak, tapi aku agak lega sebab kali ni kebanyakan dari mereka ikut apa yang aku ajar dalam kelas dan hasilnya termaktub dalam skrip jawapan mereka. Meskipun ade salah, but deep in my heart I know that they had tried their best to impress me; as their teacher and as their examiner.

Bagi kelas darjah 4, aku expect akan ade care menjawab yang extra-ordinary dari mereka. Seperti yang diduga memang ada. Paling aku terharu bila aku terjumpa penggunaan idioms oleh salah seorang murid dari kelas darjah 4 ni - "the fare is low and it does not burn a hole in my pocket". Sebab apa aku terharu?. Sebab jawapan ni datang dari salah seorang murid GROUP C dari kelas ni. Bukan dari Group A ataupun B. It's unexpected.

Bagi kelas darjah 5 pula, aku ada menaruh harapan yang tinggi juga, mana tau dalam timbunan skrip jawapan mereka tu ada butir-butir berlian yang boleh digali. Aku tak meletak harapan akan ramai dapat A, sebab aku tau potensi memurid kelas darjah 5 ni. Melihatkan mereka dapat menggunakan fungsi 'is' dan 'are' serta 'was' dan 'were' dengan betul dalam ayat tu pun merupakan satu detik indah dan bermakna buat diri ini.

Oklah, jam dah pun menunjukkan jam 06:45 pagi.. Nak mandi. Nak siap pergi sekolah. Pagi ni satu lagi paper bawah seliaan aku akan berjalan - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan.

Wish the pupils the best of luck.

Wassalam. 

Friday, August 13, 2010

Home Sweet Home @ Bota, Perak.


Al-Hamdulillah, dah selamat sampai kat Bota jam 5.30 petang tadi.. Hujan lebat sepanjang perjalanan.. Sempat singgah kat Bazar Ramadan Seri Iskandar.. Beli ayam percik, murtabak, kuih-muih, roti john dan air tembikai.. Tak sabar nak berbuka dengan family..


Salam dari Bota, Perak.


Thursday, August 12, 2010

Mixed Feelings.

Ya Allah, rasa penat ya amat hari ni. Taktau la kenapa, tapi badan rase lemah. Otot kepala rase nak cari bantal je. Nasib baik la kelas dah habis. Tekak rase perit; mungkin sebab terlontar vokal secara ‘over-do’ mase sesi ulangkaji  tadi.

Bimbang.

Macam-macam perasaan bercampur-baur.

Minggu depan start exam PKBS (Penilaian Kurikulum Berasaskan Sekolah) bebudak ni.. Mase revision tadi entahlah.. Tengok gaya macam so-so je.. Suara aku je yang lebih sudu dari kuah. Haha.. Lebih ramai blur. Adehh.. Mungkin sebab bulan puasa kot. Momentum keaktifan bebudak menurun secara drastik. (ayat penyedap hati).

Ok lah, singgah sekejap je ni. Nak sambung buat skema jawapan – English Paper 1, Paper 2 (Year 4 & Year 5) dan Pendidikan Sivik Tahun 4.

Wassalam.

Salam dari bilik guru.

*sighh.

Liat Bangun Sahur.

"Burp!".

Al-Hamdulillah, baru lepas bersahur. Sekali lagi hidangan morning meal yang simple-simple tu bisa membuatkan diri ni sendawa dua tiga kali.. Hehe. Syukur. Bila dah jadi anak perantau macam ni, rase rindu nak bersahur dengan family tu masih kuat dan tetap mencongkam. Tak sabar rasenye nak balik kampung esok petang, InsyaAllah. Nak sambut awal Ramadhan ni dengan emak dan abah kat Titi Gantong, Bota, Perak. Moh kome!

Oh ye, bercerita tentang bangkit Sahur ni, aku ni memang jenis yang liat nak bangun. Kalau tak nak bangun pun, aku akan bersahur lebih awal; around pukul 12 tengah malam camtu. Tapi tahun ni sejak ade service Banu Malizi's Wake Up Call untuk Sahur ni, Al-Hamdulillah aku dapat bangun dan bersahur tepat jam 5 pagi. Dah 2 hari dah depa call suruh bangun. Syukur. Thanks to a friend of mine, Nursyamsiah binti Shamsuddin yang promote kat aku pasal bende ni.

37780_140549239310940_108662969166234_240260_6557345_n

Sahur Wake Up Call

Kalau nak try service Sahur Wake Up Call ni, cume perlu register je kat web dia:

http://www.tinyurl.com/sahurwakeup

Simple as that, and then wait for their call around 5 a.m.

Setakat ni, depa memang call on time. No regret :)

Ok lah, nak sign out dulu. Nak rest jap sementara menunggu azan Suboh. Hari ni jadual mengajar agak padat. Kena save energy terutama dari segi kawalan vokal dalam kelas. Kalau tak, tak pasal-pasal semput cari air lak karang. Hehe.

Semoga selamat semuanya.

Wednesday, August 11, 2010

1st day of Ramadhan at School.

Bercerita tentang keletah anak-anak murid pada hari pertama Ramadhan tadi memang sangat mengujakan. Ada antaranya yang mengundang lucu bila diingat kembali. Seperti yang diduga, kebanyakan daripada mereka jelas mempamerkan wajah-wajah keletihan yang teramat sangat. Tambahan pula waktu mengajar pada hari ni kebetulan di masa terakhir; 12.35 – 1.35 tengah hari. Masuk-masuk kelas je semua berkelakuan agak pasif dan tidak hyperaktif seperti selalu. Sampaikan ada yang tertidur berbantalkan lengan dalam kelas tadi. Alahai..

untitled

My Lovely Kids.

Apatahlagi bila bercerita tentang gelagat murid-murid Tahun 1 yang sememangnya diakui rata-rata majoritii berpuasa 'yang-yok'. Pelbagai botol air yang mengandungi air pelbagai warna menghiasi sudut belakang kelas murid-murid Tahun 1. Ada warna purple, oren, coklat dan sebagainya. Tercabar juga iman dan pandangan mata ni tadi. Slurppp.. ops* Hehe..

Esok sudah pastinya menjanjikan pelbagai lagi ragam serta 1001 cerita. Mudah-mudahan urusan puasa diri ini dan juga anak-anak murid dipermudahkan oleh-Nya. Amiiin.

"Sir, berbuka ni saya nak makan ayam percik, murtabak daging, nasi tomato, ayam masak merah, sambal udang dan ketam. Air saya nak teh ais dan air pepsi KFC. Emmm, sedapnyer!" ~ A Year 4 pupil. ..terus terpelanting*

Salam Ramadhan.

Tuesday, August 10, 2010

The Untold Emotions.

Baru lepas bersahur.

Al-Hamdulillah, hidangan 'bujang' untuk sahur yang julung-julung kali tahun ni walaupun simple, tetap menambat anak tekak ni. Sahur kali pertama tahun ni berseorangan. Agak sayu rase mase mule-mule nak bukak bungkusan plastik roti Gardenia tadi. Rase sunyi. Kebetulan housemate yang keje kat Proton tu sekarang ni dah pun terbang ke China selama seminggu.

Mase tengah Sahur tadi fikiran ni bermain-main teringat mase puase zaman-zaman belajar dulu kat Penang. Kalau dulu, waktu berbuke dan sahur sangat meriah. Satu-satu muka kengkawan yang pernah berbuke dan bersahur sekali muncul kat anak mata ni. Entah apa agaknya juadah sahur mereka pagi ni.. Berseorangankah? Beramaikah?..

Bahagianya saat tu.

Bile usia dah menginjak macam ni, pastinya saat-saat itu dirindui. Kadang-kadang terlupa bahawa saat yang dirindui tu bukan milik diri ni lagi.

Time flies..

Apepun, sangat teruja dengan plan nak balik Bote Jumaat ni, InsyaAllah. Nak sambut awal Ramadhan dengan mak dan abah kat Perak. Rindu nak dikejut sahur oleh mak. Hehe.. Walaupun it sounds so childish, but I have to admit - really missed it much.

Bangkit sahurku tadi dikejut oleh jam loceng. No excitement at all..

Sempat jugak mata ni menyelinap tengok jadual mengajar hari ni - hari Rabu.. Wooh, kebetulan hari ni akan masuk kelas waktu last period; 12.35 - 1.35 pm.. Tak sabar nak tengok keletah anak-anak murid di mase-mase 'kecederaan' ketika panas membahang tu karang :)

Mudah-mudahan Ramadhan kali ni lebih bermakna.

Doakan juga mudah-mudahan semua anak-anak murid dapat menjalani ibadah dibulan yang mulia ni dengan jayanya. (tak dilupakan cikgu-cikginya juga..) Hehe..

 

Ramadhan Kareem~
3:05 am,
In the midst of Sahur.
August, 11th 2010.