Friday, June 22, 2012

Pengalaman di Tanah Suci: Bahagian III – Ziarah ke Pusara Mak Tercinta @ Ash Sharaya, Makkah Al-Mukarramah

Ziarah kami ke pusara Mak pada petang selepas Asar hari pertama kami tiba di Makkah tersebut cukup menyentuh kalbu. Pintu gerbang di kawasan perkuburan Ash Sharaya yang terbuka luas seolah-olah menggamit kedatangan kami. Untuk pengetahuan para pembaca, Mak saya telah meninggal dunia semasa masih dalam ihram Haji pada tanggal 6 November 2010 yang lalu. Saat itu, hanya Allah yang tahu bagaimana peritnya rasa menerima perkhabaran dari Makkah yang menyatakan Mak tersayang telah pun pergi buat selama-lamanya. Perkuburan Ash Sharaya ini terletak lebih kurang 15 kilometer dari Masjidil Haram, namun ia masih dalam Tanah Haram. Setakat ini ia menempatkan hampir 40 blok perkuburan dan Ibu saya ditempatkan di blok perkuburan ke-35. Di Arab Saudi, hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan. Perempuan adalah dilarang sama sekali untuk masuk, apatahlagi untuk memijak tanah di kawasan perkuburan. Perempuan hanya dibenarkan duduk menunggu di dalam van.

20120531_165727

Pintu gerbang di Perkuburan Ash Sharaya terbuka luas seolah-olah Mak sedang melambai-lambai kat dalam tu menanti kedatangan kami.. Allahuakbar..

20120531_170121

Semakin menghampiri blok kubur Mak

Kubur-kubur di sini tidak seperti di Malaysia. Ia hanya bertandakan batu putih tanpa nama. Namun, mereka mempunyai sistem berkomputer yang sistematik dan membolehkan waris mengenalpasti lokasi kubur dengan memasukkan nama dan tarikh kematian si mati. Lebih meyakinkan apabila Abah saya memang mengingati lokasi liang lahad Mak saya memandangkan Abah berpeluang mengikut jenazah Mak semasa pengebumian dijalankan di sini. Syukur!

20120531_170245

Dah sampai – Blok 35, Perkuburan Ash Sharaya, Makkah

20120531_170813

“Assalammualaikum Mak, kami datang ni Mak… Firah pun datang, tapi Firah tak boleh masuk.. Firah ade kat luar tu”

20120531_173807

AlHamdulillah, Allah permudahkan urusan kami ke sini menjejaki kubur Mak

20120601_173221

Ziarah ke kubur Mak kali ke-2: Dibantu oleh Kak Gee Harun & Abang Nazrall yang sangat baik hati. Syukur! Mak kepada Kak Gee Harun pun meninggal dunia di Mekah 11 tahun yang lalu. Kak Gee lah tempat saya selalu berkongsi rasa sebelum saya mampu menjejakkan kaki ke sini. Allah pertemukan kami buat kali pertama di Makkah Al-Mukarramah. Walaupun boleh bertemu di Malaysia, tapi inilah yang dinamakan kuasa Allah.

20120601_180444

Abah, abang, adik dan ‘Mak’

20120601_180555

Abah dan ‘Mak’

20120605_075421

Ziarah terakhir (kali ke-4) untuk sesi Umrah kali ini – Saya dapat mencucurkan air ke pusara Mak tersayang. AlHamdulillah, puas rasa. Dapat baca Yaasin dan Tahlil di tepi kubur Mak sendiri. Selama hampir 1 tahun 6 bulan ni hanya ‘ziarah’ melalui Google Maps dan wikimapia sahaja dengan bantuan talian internet dan laptop

Syukur padaMu Ya Allah, akhirnya saya dan adik-beradik beserta Abah dapat menziarahi pusara Mak tercinta. Al-Hamdulillah. Sepanjang kami di Tanah Suci, Allah telah memudahkan kami menziarahi kubur Mak kami sebanyak 4 kali. Syukur. InshaAllah, ada rezeki pasti kami akan bertandang lagi. Rindu yang tak terubat. Al-Fatihah.

20120605_080005

“Selamat tinggal Mak.. InshaAllah ada rezeki kami akan datang lagi…”

15 comments:

  1. salam cikgu muzem tuu.. syukur ke hadrat illahi krn smpi juga hajat menziarah makam bonda cikgu tuuu.. muger rohnye dicucuri rahmat senantiasa.. aminn ya robbal alamin..

    me pon rindu sesangat kat kaabah tuu.. uhhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. AlHamdulillah.. Terima kasih hj_me sentiasa mendoakan.. Moge kite berpeluang ke sana lagi.. Doakan saye dapat buat Haji macam hj_me.. InshaAllah..

      Delete
  2. salam muzem..seronok bace..tentu sgt gembira kan..Alhamdulillah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. AlHamdulillah.. Memang seronok dan gembira pi sana, Ilya.. Rasa memang nak ke sana je lepas ni.. Tapi macam biasa sedih mase nak balik dah.. Nak tinggalkan Kaabah, Masjidil Haram, Masjidil Nabawi, Tanah Suci.. dan arwah Mak kat sane.. InshaAllah, semoga kita sentiasa ade peluang untuk ke sana :)

      Delete
  3. Salam my friend...sayunya aku baca...moga dikuatkan semangat...Alhamdulillah hang dah sampai sana...

    ReplyDelete
  4. Salam my friend...sayunya aku baca...moga dikuatkan semangat...Alhamdulillah hang dah sampai sana......

    ReplyDelete
  5. Menangis sy baca entries INI.sambar byk2.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Arwah bonda saya pun meninggal di Tanah Suci Makkah pada April 2011 dan dikebumikan di Sharaya. Blok 34 Kubur 110. Alhamdulillah syukran, dapat melawati kubur arwah pada Mac 2012. Saya fahami perasaan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Subhanallah.. Semoga saudara terus kuat.. Alhamdulillah, Allah pertemukan kita di sini... Semoga kita terus bertabah hati.. Ibu-ibu kita terpilih.. They are the chosen ones.. Al-Fatihah..

      Delete
  7. Sayu membaca entri ini.. Moga ada peluang utk saudara menziarahi pusara ibu tersayang sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. Mudah-mudahan dipermudahkan.. Terima kasih sudi singgah sini.. Ramadhan Kareem

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    Arwah abah juga dikebumi disana tapi tak tahu dimana kuburnya. Agak2 kepada siapa saya boleh bertanya ya? dan ada yg kata kuburan disana tak dibuka utk diziarah oleh keluarga.. adakah perlu sebarang prosedur utk saya menziarahi kuburan lelaki sedangkan anak2 arwah perempuan semuanya? terima kasih.

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.