Monday, October 10, 2011

Her birthday.

Assalammualaikum w.b.t.

Baru lepas ‘balik’ dari ziarah kubur birthday girl hari ni - Mak.

Kubur Mak, Oct. 10th

Hari ni hari jadi Mak yang ke-59. Hari ke-338 Mak bersemadi di Pemakaman Ash Sharaya, Makkah. Tiap kali kalau aku pi ziarah kubur Mak gune wikimapia ni, pasti hati ni rase berdebar-debar, terutamanya mase page Internet Explorer ni tengah loading. Rase berdebar-debar tu terubat kala page siap di-loading dan nampak sebidang tanah yang luas terbentang mengunjur. Walaupun hanye dapat ziarah gune bantuan internet, tapi dengan izin Allah jugalah aku rase dekat dengan Mak melalui cara moden ni.

Alhamdulillah.

Cerita lain, seorang jemaah wanita Malaysia dari Shah Alam meninggal dunia di Madinah setelah terjatuh dari tingkat 9 hotel. Bile aku dapat tau cerita ni dari rakan sekerja mase kat makmal komputer sekolah tadi, terus rase sebak mengenangkan suaminya yang pastinya akan keseorangan bermusafir untuk hari-hari mendatang selepas ini. Macamane lah keadaan ahli keluarga arwah untuk menerima berita ni di Malaysia - tambahan lak ade satu gambar yang jelas menunjukkan jasad jenazah dilitup di tempat kejadian. Allahuakbar. Al-Fatihah.

Selamat Hari Jadi Mak.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosanya dan dihimpunkan ke dalam golongan solehah. Amin" ~ doa Abah. 

3 comments:

  1. Al-fatihah.. berita kematian jemaah kat sana memang mengingatkan pd Mak :'(

    ReplyDelete
  2. tahniah encik muzem...kerana tak pernah lupe doakan mak encik muzem...:D

    alfatihah...

    trus kuat kawan

    ReplyDelete
  3. @Kakyong: Al-Fatihah.. Tu ler, memory remains.. Moge Mak tenang di sane..

    @OmbakBaik: Syukran Ilya.. Amiiin..

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.