Tuesday, March 22, 2011

Day 136.

Bila tetibe rase rindu kat arwah Mak tu datang, selain sedekahkan Yaasin dan Al-Fatihah, antara benda-benda lain yang akan aku buat ialah dengan tengok semua video-video yang ade kaitan dengan jenazah kat Mekah di Youtube. Video kat atas ni merupakan antara video yang sangat bermakna buat aku. Walaupun video ni merupakan video yang dirakam oleh orang lain beberapa tahun yang lalu, tapi isi kandungan video ni cukup memberikan aku gambaran mengenai cerita yang Abah pernah suarakan tentang keadaan masa jenazah Mak diusung ke arah van selepas selamat di solatkan di Masjidil Haram, Mekah.

Abah sembahyang betul-betul tepi keranda jenazah Mak. Lepas dah habis solat jenazah tu, memang berebut-rebut pak-pak Arab nak tolong usung keranda Mak tu. Selipar Abah entah ke mana. Pak-pak Arab ni diorang macam taksub kalau pasal orang mati kat Mekah ni. Diorang ni kalau dapat sentuh keranda tu pun dah cukup. Usung pulak tu laju. Abah sampai bergayut-gayut pegang keranda Mak tu, ye lah diorang kan tinggi. Sampai dalam van pun pak-pak Arab tu ikut”.

Teringat doa’ yang pernah dibaca oleh Munir, 9 tahun - Juara Program Adik-adikku kat TV1 mase dia berpidato untuk topik "Mencintai Rasulullah":

Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah, Engkau sampaikanlah kami ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah, dan Engkau sampaikanlah kami ke Mekah untuk mengunjungi BaitullahMu

******

“...Dan Engkau sampaikanlah hambaMu ini sekeluarga ke tanah perkuburan Ash Sharaya untuk menzirahi Mak tercinta di sana”.

Amin. Amin, Ya Rabbal’alamin..

3 comments:

  1. Hello Cikgu, regret my bahasa sebelum Merdeka, out of tune, so unable to comment re your posting.
    But noticed you a teacher....
    It's one of the noblest of careers, never can tell one of your students may one day be a Prime Minister, or head, CEO of a large conglomerate.

    A good teacher is like a candle, it consumes itself to light the way for others.
    The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires.

    And the best teacher is the one who suggests rather than dogmatizes, and inspires his listener with the wish to teach himself.

    As well, a teacher's purpose is not to create students in his, her own image, but to develop students who can create their own image.
    You have a nice day and keep a song in your heart.
    Best regards, Lee.

    ReplyDelete
  2. Baca ur cerita ni cikgu, teringat pulak cerita abah kak gee.. mmg diorg akan usung jenazah tu laju, kalau tak terkejar, mungkin akan tercicir kita. Alhamdullilah, kak gee pun tak pernah terlintas nak google youtube ni.. thks sharing

    ReplyDelete
  3. @Uncle Lee: Many thanks, Uncle Lee. :)

    @Kaka Gee: :-( Tu lah, hanye video-video macam ni lah yang dapat bantu saya imagine camana keadaan sebenar kat sane tu.. Kak Gee beruntung selalu gak dapat pi sane.. AlHamdulillah.. Doakan kami same ye Kak :)

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.