Saturday, December 25, 2010

The Untold Stories: Asar ‘terakhir’.

Baru balik dari ziarah rumah Pakcik Din dan Makcik Chom kat Gelong Pepuyu. Makcik Chom ni merupakan rakan sebilik arwah Mak mase kat Mekah dan Madinah. Syukur, banyak cerita yang aku dan adik-beradik dapat dengar dari mulut Makcik Chom sendiri – insan yang ada di sisi Mak di saat-saat akhir Mak mengadap Ilahi.

 pak din, makcik chom

Pakcik Din & Makcik Chom

Menurut Makcik Chom, Mak pergi dalam keadaan yang cukup tenang. Tiada tanda-tanda bahawa Mak akan pergi pada petang 6 November tersebut. Rakan-rakan sebilik Mak (5 orang yang lain) pun langsung tak menyangka Mak akan pergi buat selama-lamanya pada petang tu. Mak hanya mengadu sedikit penat dan lantas berbaring atas katil di bilik.

Kami ingatkan penat biasa”.

Mak sempat bangun dan menunaikan solat Asar sebelum dijemput Ilahi ketika berbaring atas katil usai selesai solat. Mak ade beritahu kat Makcik Chom yang Mak rasa puas sangat dapat tawaf dan buat Sai’e haji bersama Abah. Mak sempat khatam Al-Quran bersama Makcik Chom mase kat sana. Al-Hamdulillah.

Bersyukurlah Mak kamu disembahyangkan berjuta-juta jemaah di Masjidil Haram. Bukan senang nak dapat tu. Ade jemaah yang sakit bertongkat mintak kat Tuhan nak meninggal kat sane pun tak dapat”.

Terima kasih yang tak terhingga buat kesemua rakan-rakan sebilik Mak – Makcik Chom, Cikgu Rohaya, Makcik Rohayati dan Makcik Kiah yang sentiasa berada di sisi Mak tak kira waktu susah dan senang Mak kat sana. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka berlima. Di doakan agar mereka sentiasa dirahmati dan diberkati Allah di dunia dan akhirat. Juga buat rakan-rakan sebilik Abah yang banyak membantu Abah di kala Abah terkapai-kapai keseorangan di sana setelah pemergian Mak. Amiiin.

Esok pagi dah nak kena balik Puchong. Lusa ada mesyuarat guru kali 1/2011. Berat rasa sebenarnya nak balik ni. Berat hati nak tinggalkan Abah di rumah.

Ya Allah, please take care of him.

6 comments:

  1. @sI tEDI: Syukur, dari cerita Makcik Chom ni memang Mak pergi dengan tenang dan amat mudah. Nasib baik ade rakan-rakan Mak yang sangat membantu sejak dari awal lagi.. Saya dan adik-beradik memang ternanti-nanti cerita dari Makcik Chom ni. Hanya imiginasi yang mampu kami lakarkan tatkala mahu menggambarkan suasana dalam bilik Mak ketika tu. Yang pasti, kami panjatkan kesyukuran sebab jenazah Mak dapat diuruskan dengan pantas dan efisien.. Semuanya urusan Allah di sana.

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu,

    Semoga cikgu terus memelihara persahabatan dgn kawan mak cikgu tu..

    ReplyDelete
  3. Betul tu Cikgu, semuanya urusan Allah bila meninggal di sana..sepantas kilat. MashaAllah

    Kak gee dulu pun macam tu la.., selalu nak dengar cerita dari kawan2 arwah mak kak gee. Saja nak tahu apa perubahan dia, sakit mcm mana sebelum nak pergi tu, etc. Tapi bila dah tahu sebak rasanya.. ye la, masa dia sakit anak2 tak ada depan mata, dah tentu dia terkenangkan kita masa tu dan mcm2lah fikiran di kepala kak gee. tapi dgn semua cerita yg kita dpt tu sangat2 terubat kerinduan. Selalunya kawan2 sebilik tu yg lebih rapat tahu apa perubahan ibu kita tau cikgu. Alhamdullilah, sangat baik cara arwah mak cikgu pergi, tenang sangat..

    ReplyDelete
  4. Bestnye.. Kakyong memang nantikan sgt2 nak jumpe dgn Mcik Chom ni tapi tak bkesempatan lg :( Next time mesti nak jumpe gak nak peluk die ucap tkasih byk2. Pengorbanan Abah Mak kenang sampaikan seblum pergi pun disebut2nya.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. @Kak Sidah: InshaAllah, memang bercadang ke arah itu :)

    @Kak Gee: AlHamdulillah Kak Gee, memang benar sedikit sebanyak cerita-cerita dari Makcik Chom ni dapat mengubat rindu dan sebagai bahan bantu imiginasi kami waktu Mak mengadap Ilahi. Memang berharap dapat jumpa dengan kawan-kawan sebilik Mak yang lain tu kalau diizinkan Allah. Excited nak tahu, disamping mengambil iktibar terhadap ketentuan Ilahi ni. Al-Fatihah buat Almarhum Mak Kak Gee dan Mak tersayang. Amiiin.

    @Kakyong: Makcik Chom pun memang nak jumpe Kakyong nanti. InshaAllah. Banyak benda nak ditanya sebenarnya, tapi takpelah, mungkin di lain kali. Ade juga Makcik Chom beritahu yang ade kawan sebilik Mak yang berhajat nak jumpe Opah Me. Apepun rase lega dapat dengar cerita Makcik Chom tentang pemergian Mak lewat sore itu. :-S

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.