Monday, November 29, 2010

Abah is with us now, Mak is with Allah.

154845_1754942357374_1353399681_31989646_3499389_n

My lovely father – the beloved husband of arwah Mak

Al-Hamdulillah, abah dah selamat sampai dari Jeddah dan mendarat di airport Senai 2 hari lepas. Syukur, segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Abah dapat pulang awal dan dapat mendarat di airport Senai. Kebetulan kami semua adik-beradik sedang berkumpul di rumah kakak sulung (Kakyong) di Taman Universiti, Skudai Johor.

Sayu melihat kelibat abah yang berseorangan berjalan menolak troli bagasi arwah mak keluar dari balai ketibaan. Luluh hati ni melihat air mata abah berderai membelah keheningan pagi. Aku pasrah Ya Allah, aku redha’. Hanya ciuman beg bagasi arwah Mak menjadi pengubat rindu. Juga pakaian terakhir arwah yang dipakai ketika saat mengadap Ilahi.

Cuma satu yang aku harap agar abah akan terus kuat semangat. Titisan air mata yang keluar dari mata abah bagaikan halilintar buat diri ini.

Abah kena kuat ye bah.. Kuat bah.. Mak pun tak nak kita sedih macam ni bah..”

Memang perit dugaan ini. Hanya yang melaluinya dan sedang melaluinya saja yang tahu bagaimana bentuk perasaan nya itu. Usah bicara tentang soal “Sabar ye, aku memahami kehilangan tersebut” andai belum pernah melaluinya sendiri..

Mudah-mudahan dipermudahkan pertemuan kembali kami sekeluarga bersama arwah ibunda tercinta di pertemuan yang kekal abadi - di Jannah.

… burst into tears*

6 comments:

  1. salam dari Makkah...


    salam takziah dari CL...doa kami moga allah mencucuri rahmat keatas roh ibu cikgu...insyallah..ameen


    pssst: saat yang paling sedih dalam hidup cl bila kehilangan ibu yang tercinta...cl pernah mengalaminyer dan faham akan situasinyer...


    waslam

    ReplyDelete
  2. Salam Cukgu,
    Salam pengenalan...hati akak terasa kuat untuk menjengah blog ini dan sedih bila baca your writing..akak doakan semoga roh ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin..pada abah jaga lah ia yg sekarang mesti kesunyian tanpa isteri disisinya..berilah semangat padanya..

    ReplyDelete
  3. @CL: Terima kasih, CL.. Kunjungan ke blog CL banyak membantu saye mengubat rindu terhadap arwah mak.. Bile tengok gambar-gambar terkini kat blog CL tu, terasa macam arwah Mak saya masih di sana, sedang beribadat.. InsyaAllah, satu hari nanti memang teringin nak ke sana. Harap boleh juga berjumpa dengan CL di sana nanti, dengan izin Allah. Al-Fatihah juga buat CL. Semoga kita sentiasa tabah. Amin..

    Kak Sidah: Salam berkenalan.. Terima kasih Kak Sidah atas keprihatinan dan sifat ambil peduli Kak Sidah.. InsyaAllah.. Diri ini redha, walaupun dugaan ni amat perit.. Fasal abah, InsyaAllah kami adik-beradik akan teguh dengan Abah. Terima kasih lagi sekali Kak Sidah.. Terharu rase.. Salam ukhuwah fillah.

    ReplyDelete
  4. entry ni buat sesiape yg membace nye pasti akan titiskan airmata...sekeping gamba dapat membuatkan saya berfikir byk perkara..

    encik muzem dah melaluinye..saya belum lagi..taktahulah nnt macammane...

    semoga muzem trus kuat..

    ReplyDelete
  5. @Ilya: InshaAllah.. Mudah-mudahan semuanya lancar.. Cuma yang buat aku kuat masa ni bila aku fikir betapa beruntungnya Mak aku terpilih untuk jenazahnya disembahyangkan di Masjidil Haram oleh jutaan jemaah Haji dan berdepanan Kaabah.. Sesuatu peluang yang orang lain idam-idamkan..Syukur, aku masih ada Abah - insan yang aku perlu jaga dengan baik-baik hingga akhir hayatnya.. Kirim salam kat Mak ko ye Ilya.

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.