Tuesday, August 10, 2010

The Untold Emotions.

Baru lepas bersahur.

Al-Hamdulillah, hidangan 'bujang' untuk sahur yang julung-julung kali tahun ni walaupun simple, tetap menambat anak tekak ni. Sahur kali pertama tahun ni berseorangan. Agak sayu rase mase mule-mule nak bukak bungkusan plastik roti Gardenia tadi. Rase sunyi. Kebetulan housemate yang keje kat Proton tu sekarang ni dah pun terbang ke China selama seminggu.

Mase tengah Sahur tadi fikiran ni bermain-main teringat mase puase zaman-zaman belajar dulu kat Penang. Kalau dulu, waktu berbuke dan sahur sangat meriah. Satu-satu muka kengkawan yang pernah berbuke dan bersahur sekali muncul kat anak mata ni. Entah apa agaknya juadah sahur mereka pagi ni.. Berseorangankah? Beramaikah?..

Bahagianya saat tu.

Bile usia dah menginjak macam ni, pastinya saat-saat itu dirindui. Kadang-kadang terlupa bahawa saat yang dirindui tu bukan milik diri ni lagi.

Time flies..

Apepun, sangat teruja dengan plan nak balik Bote Jumaat ni, InsyaAllah. Nak sambut awal Ramadhan dengan mak dan abah kat Perak. Rindu nak dikejut sahur oleh mak. Hehe.. Walaupun it sounds so childish, but I have to admit - really missed it much.

Bangkit sahurku tadi dikejut oleh jam loceng. No excitement at all..

Sempat jugak mata ni menyelinap tengok jadual mengajar hari ni - hari Rabu.. Wooh, kebetulan hari ni akan masuk kelas waktu last period; 12.35 - 1.35 pm.. Tak sabar nak tengok keletah anak-anak murid di mase-mase 'kecederaan' ketika panas membahang tu karang :)

Mudah-mudahan Ramadhan kali ni lebih bermakna.

Doakan juga mudah-mudahan semua anak-anak murid dapat menjalani ibadah dibulan yang mulia ni dengan jayanya. (tak dilupakan cikgu-cikginya juga..) Hehe..

 

Ramadhan Kareem~
3:05 am,
In the midst of Sahur.
August, 11th 2010.

1 comment:

  1. slmt bposa & berblog baru. kitorang rasenye balik bote sehari sebelum raye. tak merase le nak bersahur kat kg nampaknye huhu

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.