Tuesday, August 16, 2011

Mid of Ramadhan.

Hari ke 16 Ramadhan.

Pagi tadi memurid dah start Ujian Formatif 2 untuk bulan Ogos ni. Paper Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Paper aku English dan Science lambat lagi – Khamis ni. Esok cuti Nuzul Al-Quran. Harap-harap bebudak ni akan buat la revision sepanjang cuti sehari esok ni kat rumah. Bukan ape, mase aku buat sesi ulangkaji untuk English Year 5 dan Science Year 4 tadi serius rase nak terduduk terlentang jap* bile dengar jawapan-jawapan yang dilontarkan dengan penuh konfiden tapi SALAH. Errkk..

4g

Some of my kids – Science class, Year 4

Oh ye, malam 2 hari lepas aku mimpi dapat menjejakkan kaki ke Masjidil Haram. Siap dapat rase lagi buat tawaf bersama-sama jemaah yang lain dan kemudian Saie’. Paling tak boleh aku lupe, perasaan sedih yang amat sangat menyelubungi hati bila mana aku dah selesai tawaf wida’ – tawaf selamat tinggal. Teruja rase dapat mimpi tu. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti. InshaAllah. Doakan sama, ya!.

Masjidil Haram

 

283 days. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Syukran jzk for your comments, readers!.