Friday, August 19, 2011

Approaching Syawal: Exam fever & Belasungkawa.

Al-Hamdulillah, dah selesai menanda kertas-kertas Ujian Formatif 2 bebaru ni. Result bebudak pun agak ok. Syukur, ade peningkatan. Untuk Sains Tahun 4, AlHamdulillah 100% lulus. Bilangan yang dapat ‘A’ pun meningkat daripada 3 orang untuk exam yang sebelum ni kepada 9 orang kali ni. Paling manis, ade juge few pupils yang amazed me by upgrading themselves from ‘C’ to ‘A’. Terharu rase bile semak kertas bebudak ni – sangat jelas diorang ikut ape yang aku ajar dalam kelas.

Untuk English lak, memandangkan kelas yang aku ajar ni merupakan kelas yang last, tapi aku tetap berbangga dengan pencapaian diorang kali ni. Tiada gred ‘E’ kali ni. Syukur. Diorang boleh lulus ramai lagi sebenarnya, tapi biaselah, ‘cuai’ yang terlalu banyak terutama untuk Section B (Paper 2) – bahagian Information Transfer. Ramai yang sepatutnye boleh score full mark of 10 untuk bahagian tu, tapi terpaksa dideduct marks sebab kesalahan ejaan, tanda baca dan beberapa lagi ‘silly mistakes’ yang lain. But, somehow I do believe that there’s always rooms for improvement. InshaAllah.

4G

Science Year 4 – the 1st class

 

5C 

English Year 5 – the last class

****************************************

Al-Fatihah. Buat Allahyarham Muhammad Amir Faris bin Fozli, murid Pra Sekolah kat sekolah aku ni yang telah kembali kepangkuan Ilahi petang semalam bersama seorang lagi sepupunya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan para solihin. InshaAllah. Seluruh warga sekolah bersedih, namun redha’ atas pemergiannya. Allah lebih sayangkannya.

Petikan Berita Harian Online:

2 Kanak-kanak Lemas Dalam Kolam Takungan

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
BHarian
2011/08/19

Mangsa terjatuh ketika bermain berhampiran kediaman

PUTRAJAYA: Tindakan tiga bersaudara berusia empat hingga enam tahun yang keluar bermain bersama tanpa pengawasan orang dewasa berhampiran sebuah kolam takungan air berhampiran kediaman mereka diakhiri dengan tragedi apabila dua daripada kanak-kanak itu ditemui lemas Pulau Meranti, dekat sini, kira-kira jam 4 petang, semalam.

Sebelum kejadian itu, Amir Fariz Mohd Fozli, 6, dan sepupunya, Nor Shafiza Batrisya Ahmad Syukri, 4, dikatakan bermain di tepi kolam bersama abang Nor Shafiza, Mohd Fikri, 6, kira-kira jam 3 petang.

Ibu Nor Shafiza Batrisya yang terkejut dengan berita itu, kemudian memaklumkan kejadian menimpa anak perempuannya itu kepada suaminya Ahmad Syukri Ismail, 41, sebelum meminta bantuan jiran untuk mencari kedua-dua mangsa. - Maznah Mat Noor, Ibu saudara mangsa Ibu saudara mangsa, Maznah Mat Noor, 39, berkata selepas sejam keluar bermain Mohd Fikri pulang ke rumah seorang diri dalam keadaan seluar dan kakinya kotor memberitahu ibunya, Faridah Mat Noor, 38, adiknya dan Amir Fariz terjatuh ke dalam kolam.

“Ibu Nor Shafiza Batrisya yang terkejut dengan berita itu, kemudian memaklumkan kejadian menimpa anak perempuannya itu kepada suaminya Ahmad Syukri Ismail, 41, sebelum meminta bantuan jiran untuk mencari kedua-dua mangsa.

“Bagaimanapun, sejurus tiba di tempat kejadian adik ipar saya terkejut apabila melihat keadaan Amir Fariz dan Nor Shafiza Batrisya sudah terapung di permukaan air dipercayai akibat lemas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Serdang di sini, malam tadi.

Maznah berkata, mereka kemudian membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan bantuan kecemasan, sebelum doktor bertugas di situ mengesahkan Amir Fariz dan Nor Shafiza Batrisya sudah meninggal.

Sementara itu, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, sebelum diserahkan kepada ahli keluarga terdekat untuk urusan pengebumian.

No comments:

Post a Comment

Syukran jzk for your comments, readers!.