Monday, August 29, 2011

A phone call to remember.

Dah terbau rendang ayam dari dapur. Enak bangat.

Hari ni spent masa dok rumah. Kemas dan cuci ape-ape yang patut. Mase dok tolong alih pepasu bunga kat luar rumah pagi tadi, aku ade dapat call dari salah seorang bekas anak murid sekolah aku Tahun 6 batch tahun lepas - Ikhwan Hakimi. Dia ni bekas Ketua Murid sekolah aku tahun lepas, dan merupakan antara top scorer dalam UPSR 2010.

Al-Hamdulillah, seronok dengar tentang perkembangan terbaru tentang dirinya. Buat mase ni, Ikhwan ni merupakan pelajar di Maahad Tahfiz Integrasi Sains & Teknologi Bandar Istana, Banting lepas dapat result cemerlang 5A dalam UPSR tahun lepas. Bakal hafiz. InshaAllah. Dan, yang paling membanggakan dia turut bagitau yang dia telah dapat tempat pertama dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ni. Syukur!.


Nur Ikhwan Hakimi bin Azhar

Beginilah resamnya bile dah jadi seorang Cikgu. Murid-murid akan pasti silih berganti untuk saban tahun, namun selain daripada kejayaan, ingatan ikhlas daripada seorang murid tu merupakan nilai yang sungguh tak ternilai dalam sanubari seorang guru. Syukur, masih ada sebutir anak murid yang masih mampu berusaha untuk bertanyakan khabar para mua'llimnya. Mudah-mudahan sentiasa dirahmati Allah dan cemerlang di dunia mahupun ukhrawi.

Cikgu sentiasa doakan.

Thursday, August 25, 2011

Short update.

Pagi tadi ade sesi photo-shoot untuk bebudak sekolah aku - acare wajib tiap kali bile dah nak masuk hujung-hujung sesi persekolahan ni. Bukan main lagi diorang dok posing. Tiap satu kelas tu makan mase nak dekat setengah jam gak la nak dapatkan posisi yang betul dan manthop. Aku pun tak ketinggalan join sekaki bergambar. Istilah join sekaki digunakan kat sini sebab aku bukan guru kelas. Hehe. Saje nak buat kenang-kenangan dengan memurid kelas yang aku ajar tahun ni. So, here are the pics of my kids:-

 

4G

Science - 4 Gemilang

 

5C

English - 5 Cemerlang

 

Esok nak balik kampung dah. Rase kejap je dah nak habis Ramadhan. Sedih gak rase nak tinggalkan bulan 'istimewa' ni. Doakan perjalanan aku esok selamat. Begitu juge dengan pemandu-pemandu lain yang akan same-same berkelana di atas pelosok-pelosok jalan menuju ke desa kelak.

Indahnya beraya di desa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Wednesday, August 24, 2011

Published.

Rase teruja hari ni bile bukak web portal Maxis My Launchpad News tu tadi terpampang cerita yang aku coretkan dan hantar kat Maxis hari tu. Actually, artikel ni aku taip secara spontan – mase rase rindu kat Mak datang tetibe secara mencurah-curah ade satu malam haritu. Bukan niat ape pun, just nak share the feelings with the other readers, I guess. And to make things better + calm back again. Hmmm.. Lepas siap taip malam tu, terus aku send kat Maxis. And today, it finally published. Excited!.

Artikel Mak

 

Here are the full content:

Mak, Selamat Hari Raya

By Muazam Mohd Yunus


This coming 1st Syawal will mark the 297th day of my mum’s (Mak) departure forever to Allah Almighty. It will also mark our 1st Hari Raya ever without her. My Mak passed away during Hajj last year on 6 November 2010. She is buried at Ash Sharaya Cemetery, Mecca. I am still hoping that one day I will be able to bring my siblings and my Abah to visit Mak there.


I still remember, in past years, Mak would be the busiest person whenever Syawal approached. She would ensure that everything was perfect – from the living room, our bedrooms, kitchen and even toilets! I would normally get the ‘windows’ portfolio. Mak would give me rags and soap water for me to clean all the windows. She would also bake our favourite cookies – kek permaisuri and pineapple tart. My whole family- Abah and my siblings- would crave for her Raya cookies.


One the morning of the 1st of Syawal, Mak would always be the first person to wake up. She would shout out from kitchen to wake us up. (Oh God, I miss her voice!). Mak would set up all the delicacies for that holy morning. We would normally eat lemang jagung and her delicious rendang ayam for breakfast before going to the mosque.


I will definitely miss all this for this year’s Raya celebration. May my Mak rest in peace and may Allah bless her always. I miss her so much. It really hurts when I can still feel her presence, but the reality is that she isn’t here.


“Mak, Selamat Hari Raya.”


Al-Fatihah for Allahyarhamah Zainab bt. Hj. Mahyuddin,
Passed away at Mecca, 6 November 2010.

To view it at Maxis portal:

http://news.mylaunchpad.com.my/YourStory/Article?Key=28f3f857-92bc-45fc-be12-45b186a428c0

Friday, August 19, 2011

Approaching Syawal: Exam fever & Belasungkawa.

Al-Hamdulillah, dah selesai menanda kertas-kertas Ujian Formatif 2 bebaru ni. Result bebudak pun agak ok. Syukur, ade peningkatan. Untuk Sains Tahun 4, AlHamdulillah 100% lulus. Bilangan yang dapat ‘A’ pun meningkat daripada 3 orang untuk exam yang sebelum ni kepada 9 orang kali ni. Paling manis, ade juge few pupils yang amazed me by upgrading themselves from ‘C’ to ‘A’. Terharu rase bile semak kertas bebudak ni – sangat jelas diorang ikut ape yang aku ajar dalam kelas.

Untuk English lak, memandangkan kelas yang aku ajar ni merupakan kelas yang last, tapi aku tetap berbangga dengan pencapaian diorang kali ni. Tiada gred ‘E’ kali ni. Syukur. Diorang boleh lulus ramai lagi sebenarnya, tapi biaselah, ‘cuai’ yang terlalu banyak terutama untuk Section B (Paper 2) – bahagian Information Transfer. Ramai yang sepatutnye boleh score full mark of 10 untuk bahagian tu, tapi terpaksa dideduct marks sebab kesalahan ejaan, tanda baca dan beberapa lagi ‘silly mistakes’ yang lain. But, somehow I do believe that there’s always rooms for improvement. InshaAllah.

4G

Science Year 4 – the 1st class

 

5C 

English Year 5 – the last class

****************************************

Al-Fatihah. Buat Allahyarham Muhammad Amir Faris bin Fozli, murid Pra Sekolah kat sekolah aku ni yang telah kembali kepangkuan Ilahi petang semalam bersama seorang lagi sepupunya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan para solihin. InshaAllah. Seluruh warga sekolah bersedih, namun redha’ atas pemergiannya. Allah lebih sayangkannya.

Petikan Berita Harian Online:

2 Kanak-kanak Lemas Dalam Kolam Takungan

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
BHarian
2011/08/19

Mangsa terjatuh ketika bermain berhampiran kediaman

PUTRAJAYA: Tindakan tiga bersaudara berusia empat hingga enam tahun yang keluar bermain bersama tanpa pengawasan orang dewasa berhampiran sebuah kolam takungan air berhampiran kediaman mereka diakhiri dengan tragedi apabila dua daripada kanak-kanak itu ditemui lemas Pulau Meranti, dekat sini, kira-kira jam 4 petang, semalam.

Sebelum kejadian itu, Amir Fariz Mohd Fozli, 6, dan sepupunya, Nor Shafiza Batrisya Ahmad Syukri, 4, dikatakan bermain di tepi kolam bersama abang Nor Shafiza, Mohd Fikri, 6, kira-kira jam 3 petang.

Ibu Nor Shafiza Batrisya yang terkejut dengan berita itu, kemudian memaklumkan kejadian menimpa anak perempuannya itu kepada suaminya Ahmad Syukri Ismail, 41, sebelum meminta bantuan jiran untuk mencari kedua-dua mangsa. - Maznah Mat Noor, Ibu saudara mangsa Ibu saudara mangsa, Maznah Mat Noor, 39, berkata selepas sejam keluar bermain Mohd Fikri pulang ke rumah seorang diri dalam keadaan seluar dan kakinya kotor memberitahu ibunya, Faridah Mat Noor, 38, adiknya dan Amir Fariz terjatuh ke dalam kolam.

“Ibu Nor Shafiza Batrisya yang terkejut dengan berita itu, kemudian memaklumkan kejadian menimpa anak perempuannya itu kepada suaminya Ahmad Syukri Ismail, 41, sebelum meminta bantuan jiran untuk mencari kedua-dua mangsa.

“Bagaimanapun, sejurus tiba di tempat kejadian adik ipar saya terkejut apabila melihat keadaan Amir Fariz dan Nor Shafiza Batrisya sudah terapung di permukaan air dipercayai akibat lemas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Serdang di sini, malam tadi.

Maznah berkata, mereka kemudian membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan bantuan kecemasan, sebelum doktor bertugas di situ mengesahkan Amir Fariz dan Nor Shafiza Batrisya sudah meninggal.

Sementara itu, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, sebelum diserahkan kepada ahli keluarga terdekat untuk urusan pengebumian.

Tuesday, August 16, 2011

Mid of Ramadhan.

Hari ke 16 Ramadhan.

Pagi tadi memurid dah start Ujian Formatif 2 untuk bulan Ogos ni. Paper Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Paper aku English dan Science lambat lagi – Khamis ni. Esok cuti Nuzul Al-Quran. Harap-harap bebudak ni akan buat la revision sepanjang cuti sehari esok ni kat rumah. Bukan ape, mase aku buat sesi ulangkaji untuk English Year 5 dan Science Year 4 tadi serius rase nak terduduk terlentang jap* bile dengar jawapan-jawapan yang dilontarkan dengan penuh konfiden tapi SALAH. Errkk..

4g

Some of my kids – Science class, Year 4

Oh ye, malam 2 hari lepas aku mimpi dapat menjejakkan kaki ke Masjidil Haram. Siap dapat rase lagi buat tawaf bersama-sama jemaah yang lain dan kemudian Saie’. Paling tak boleh aku lupe, perasaan sedih yang amat sangat menyelubungi hati bila mana aku dah selesai tawaf wida’ – tawaf selamat tinggal. Teruja rase dapat mimpi tu. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti. InshaAllah. Doakan sama, ya!.

Masjidil Haram

 

283 days. Al-Fatihah.

Sunday, August 14, 2011

Pagi 14 Ramadhan.

Pejam-celik-pejam-celik dah 2 minggu berpuasa. Minggu ni tak balik Perak. Ade program iftar malam Jumaat hari tu kat Antan Batura, Shah Alam. So, semalam sempat pi jalan-jalan kat area Masjid India dan Jalan TAR, KL nun dengan kawan. Window shopping, bak kate orang. Hehe. Dapatlah jugak sambar barang dua jubah, kain pelikat dengan kopiah. Umat Nabi Muhammad SAW memang ramai, tak dinafikan macam semut bertebaran kat segenap pelosok tempat. Sementalah dengan tu, berbuka puasa sekali kat tepi kaki lima area gerai-gerai kat situ. Hujan renyai-renyai menambahkan kesyahduan suasana berbuka bersama-sama dengan ratusan lagi pelanggan kat situ. Memang rase agak kurang selesa sebab terpaksa berhimpit-himpit, namun terbit satu nikmat kat situ tatkala melihat gelagat pelbagai ragam rencah sifat manusia. Macam-macam fi’il. Meriah!.

Sekadar tazkirah di pagi 14 Ramadhan ini:

Janganlah kamu bermegah-megah dengan rumah yang besar, kerna akhirnya kelak rumah kamu adalah:

liang lahad

Janganlah kamu bermegah-megah dengan pakaian yang mewah, kerna akhirnya kelak pakaian kamu adalah:

kain_kapan

Janganlah kamu bermegah-megah dengan pangkat yang tinggi, kerna akhirnya kelak pangkat kamu adalah:

maklumat-pada-batu-nisan

Janganlah kamu bermegah-megah dengan kereta yang besar, kerna akhirnya kelak kereta kamu adalah:

08122009006