Minggu ke-5 sesi persekolahan tahun ni. Rase macam baru je mula, rupenye dah sebulan lebih aku dan geguru lain terpekik terlolong depan papan hitam kelas.. Hehe. Begitula adanya asam garam jadi cikgu ni. Level suara kene make sure tinggi dan kuat. Yang paling penting seisi kelas mampu menikus once suara tu dilontarkan! LOL.
Last week sekolah aku cuti seminggu sempena CNY. Syok dapat balik Bote, berehat dan paling penting menemani Abah yang keseorangan kat rumah tu. Mase balik haritu memang aku akui aku sendiri berasa sangat sunyi mase dok rumah sorang-sorang kalau Abah keluar rumah ataupun ke surau. Kekadang terbit rase sayu mengenangkan Abah yang perlu lalui kesunyian tu kala kami adik-beradik kembali pulang bekerja mahupun ke asrama.
Jauh di sudut hati kalau boleh aku mahu pulang mengajar di Perak berdekatan dengan rumah supaye dapat duduk dengan Abah. Harap-harap ade rezeki untuk pertukaran bulan Jun ini nanti. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku sentiasa berdoa supaya agar dipercepatkan kedatangan bulan April ni moga Abah dapat kembali terbang ke bumi para ‘anbiya tersebut dan melepaskan kerinduan terhadap Mak. Mudah-mudahan semuanya lancar dan dipermudahkan perjalanannya. InshaAllah.
Al-Fatihah juga disedekahkan buat Almarhum Cikgu Khalid, ayah kepada Ilyani; one of my classmate in Bainun ’97-‘99 yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 5 Feb yang lalu. Mudah-mudahan Yani dan Maknya diberi kekuatan mengharungi hari-hari yang mendatang.
Allah dah start panggil insan-insan yang Dia sayang..
salam orang lucu..setiap yang hidup pasti mati, kita yang hidup kena amik pengajaran..supaya hari ini adalah lebih baik dari semalam,kita dihidupkan dengan 1 tujuan..di mana arah tuju kita di dunia, kelak akan membawa kita ke penghujung jalan ketika di akhirat..sama ada baik atau buruk..al-fatihah kepada yang sudh pergi
ReplyDeleteVery nice blog;)) A great and wonderful .. I ho that you visit me, too, sending Kisses *; **
ReplyDeleteCuba dan terus cuba transfer ke sane k... Sedih tinggalkan Abah tu sorang2 :'(
ReplyDelete@Amar: 'Orang lucu'??. Haha.. Teringat kat Ramzi. InshaAllah, doakan semuanya akan ok.. Benda ni terlalu subjektif untuk diulas, hanya yang pernah melaluinya sahaja yang tahu bagaimana rasa peritnya kehilangan ibu mahupun ayah.. Tiada pernah berulang lagi, hanya sekali seumur hidup.. Apepun diri tetap redha' atas ketentuanNya.
ReplyDelete@Kakyong: InshaAllah, mudah-mudahan doa diperkenankanNya..