Tuesday, February 15, 2011

Bubur Jagung.

Tengah hari tadi singgah rumah Wancu (adik Mak yang bongsu) kat TUDM Subang. Abah dengan adik laki aku tu pun join sekali. Lunch kat sane. Abah memang ade kat rumah sewa aku ni dari Ahad hari tu lagi sebab nak uruskan beberapa perkara kat KL nu. Kirenye lunch kami tadi meriah sebab lauk-pauknye memang marvellous - dimasak oleh Wancu. Tapi, dalam banyak-banyak menu tu, tetibe aku tersentak jap bile makan ‘dessert’ lunch tu tadi: bubur jagung. Sebijik sama rase macam bubur jagung yang Mak aku selalu buat dedulu kalau tibe waktu makan petang – pekat nya, manis nya dan lemak nya.

Dalam rase enak dok gigih mengunyah biji-biji jagung dan menghirup lemak kuahnye tu, terbit juge rase sayu. Dah lame tak dapat rase kelazatan air tangan Mak. Rindu. Tetibe petang tadi aku seolah-olah diberi peluang oleh Allah untuk rase kembali salah satu daripade 1001 macam rase kelazatan masakan Mak yang takkan pernah aku dapat rasai lagi buat selama-lamanya..

Bubur_Jagung

Bubur Jagung – Gambar Hiasan

Yang lebih aku terharu bile aku diberitahu oleh Wancu yang rupanya bubur jagung tu dibuat khas oleh Opah aku; Mak kepada Mak aku. Betullah kata pepatah: Manakan tumpah kuah kalau tak ke nasi. Syukur, terima kasih Ya Allah atas nikmat peluang ini.

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW.

Monday, February 14, 2011

100 hari.

Hari ni cukup 100 hari Mak berpindah ke alam barzakh. Rindunye kat Mak. Apa lah khabar Mak kat sane tu ye.. Harap Mak sihat dan tenang menjawab segala soalan Mungkar dan Nangkir, InshaAllah. Hari ni tadi turn aku bertugas sebagai guru bertugas mingguan kat sekolah. Pagi tadi hati memang sebak dan sayu, namun demi tugas aku gagahkah juga naik ke pentas dan berucap sebaik mungkin. Semoga Mak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah buat Mak yang sangat aku rindui..

100_2120

Thursday, February 10, 2011

Untitled.

Qaba2

Hati terasa begitu teruja bersulam sayu setiap kali terlihat gambar Kaabah. Kat sinilah jenazah Mak disembahyangkan di hening solat Subuh. I wish I could be there and joined the jamaah to perform the janaza prayer for my Mom. Apepun, semuanya telah ditentukan. I’m still adapting myself with this lost. Cakap memang mudah – redha’, tak baik menangis, setiap orang akan pergi dan sebagainya. Allah Maha Mengetahui.

Tuesday, February 8, 2011

Sepi.

Minggu ke-5 sesi persekolahan tahun ni. Rase macam baru je mula, rupenye dah sebulan lebih aku dan geguru lain terpekik terlolong depan papan hitam kelas.. Hehe. Begitula adanya asam garam jadi cikgu ni. Level suara kene make sure tinggi dan kuat. Yang paling penting seisi kelas mampu menikus once suara tu dilontarkan! LOL.

Last week sekolah aku cuti seminggu sempena CNY. Syok dapat balik Bote, berehat dan paling penting menemani Abah yang keseorangan kat rumah tu. Mase balik haritu memang aku akui aku sendiri berasa sangat sunyi mase dok rumah sorang-sorang kalau Abah keluar rumah ataupun ke surau. Kekadang terbit rase sayu mengenangkan Abah yang perlu lalui kesunyian tu kala kami adik-beradik kembali pulang bekerja mahupun ke asrama.

DSCF0305

Jauh di sudut hati kalau boleh aku mahu pulang mengajar di Perak berdekatan dengan rumah supaye dapat duduk dengan Abah. Harap-harap ade rezeki untuk pertukaran bulan Jun ini nanti. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku sentiasa berdoa supaya agar dipercepatkan kedatangan bulan April ni moga Abah dapat kembali terbang ke bumi para ‘anbiya tersebut dan melepaskan kerinduan terhadap Mak. Mudah-mudahan semuanya lancar dan dipermudahkan perjalanannya. InshaAllah.

Al-Fatihah juga disedekahkan buat Almarhum Cikgu Khalid, ayah kepada Ilyani; one of my classmate in Bainun ’97-‘99 yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 5 Feb yang lalu. Mudah-mudahan Yani dan Maknya diberi kekuatan mengharungi hari-hari yang mendatang.

Allah dah start panggil insan-insan yang Dia sayang..