AlHamdulillah, dengan izin Allah aku berkesempatan sekali lagi setelah beberapa tahun lamanya untuk pergi kembali ke bumi Minden, Pulau Pinang iaitu tempat di mana diri ini berhempas pulas bersama rakan-rakan demi segulung ijazah sepanjang sidang akademik 2003 - 2006 yang lalu. Rindu yang membungkam hanya Allah yang tahu tatkala kereta menyusur masuk ke jambatan Pulau Pinang seraya melintas pos pak guard pintu Sungai Dua, USM di hening petang 6 Disember hari tu. Memang banyak perubahan yang aku rasakan dah berlaku sejak meninggalkan kampus Menara Ilmu yang tercinta ni.
On the way to USM: Atas jambatan Pulau Pinang
Pintu masuk yang sinonim dengan USM: Pintu Sungai Dua
Peluang yang datang sekali dua ni aku gunakan sepenuhnya untuk mengimbau momen-momen indah walaupun kesunyian tetap terasa tanpa gelak tawa rakan-rakan se-batch. Setiap tempat yang dilewati pasti ada momen indahnya yang tersendiri serta menggamit seribu kenangan. Dari pintu Sungai Dua, Masjid Al-Malik Khalid, Pusat Pengajian hinggalah ke segenap pelosok desasiswa-desasiswa semuanya aku ziarah. AlHamdulillah, sedikit sebanyak terubat kerinduan tu.
Pusat Pengajian aku sepanjang sidang akademik 2003-2006: School of Biological Sciences
Foyer DK: Thousands of memories occured here
Desasiswa penginapan aku masa mula-mula masuk USM: Desasiswa Fajar Bakti
Jambatan ke Aman Damai: Dedulu aku selalu jalan kaki dari Bakti ke Aman Damai
Main Library I: Back view
Extended building of Main Library I: Nampak futuristik & sofistikated!
Main Library I: Tempat pertapaan tiap kali musim exam tiba
Laluan ke DK U
Dewan Peperiksaan (DP)
Tempat berkonvo: DTSP
Kedai-kedai lot di Sungai Dua: Kedai wajib aku dedulu – Maju Jaya!
Shopping complex yang famous mase aku belajar dedulu sebelum adanya Queensbay Mall: Kompleks BJ
Selain tu, aku sempat gak ziarah ke Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang; tempat di mana karier perguruan aku ni bermula dan jugak ke IPPTN, institut penyelidikan yang pernah aku berkhidmat sebagai pegawai penyelidik sebaik sahaja aku berijazah satu masa yang lalu. Syukur, semuanya telah dapat dilunaskan dalam tempoh singkat lawatan ziarah kali ini.
Apepun, terima kasih kepada pihak pengurusan Desasiwa Tekun yang membenarkan aku dan rakan-rakan menginap selama kami di Penang. InshaAllah, ade rezeki akan aku kembali lagi!
View dari tingkap bilik penginapan aku sepanjang aku di USM: Bilik E-8-01
weh, cane ko leh nginap kt tekun tu? kena apply eh?
ReplyDelete@eL_kz: Buat surat nak apply sewa bilik kat Tekun then fax ke Unit Perumahan & Penginapan Universiti. Rate sewa sehari haritu RM13, dia bagi bantal, tilam, cadar + sarung bantal sekali. Ok la, murah dan selesa. Sambil tu dapat imbau balik dok kat Desasiswa :)
ReplyDelete