Bangun pagi tadi rase seronok bersulam sayu. Dengan izin Allah, untuk kali ke-7 aku mimpi Mak. Mak balik rumah. Rase happy sangat mase nampak Mak berjalan menuju dan melangkah masuk ke pintu pagar rumah. Dalam mimpi tu, kepulangan Mak disambut oleh aku, adik perempuan aku dan Abah. Adik perempuan aku yang bukak pintu pagar. Aku dan Abah hanya menanti di ruang legar hadapan luar rumah. Abah gelak dan senyum lebar bile nampak Mak dah balik.
Aku sempat salam dan cium tangan Mak. Mak cuma senyum dan letak beg yang di jinjitnya atas kerusi besi kat ruang legar tu. Aku tatap wajah Mak.
Dalam syok aku melayan menyambut kepulangan Mak tu, tetibe aku terjaga.
Dah Subuh.
Al-Hamdulillah.
Mimpi bertemu arwah merupakan satu rahmat buat orang-orang macam aku. Bukan senang nak dapat mimpi ‘berjumpa’ macam ni. Untung sabut timbul. Sesekali je mimpi ni akan ‘lalu’ dalam beribu mimpi. Terbit rasa puas dan lega walaupun ianya merupakan rasa puas dan lega yang amat sedikit tatkala dapat menatap dan mengamati wajah dan susuk tubuh Mak yang setelah sekian lama tak nampak depan mata. I miss her so much.
Hari yang ke-266.
Al-Fatihah.
Aku pun pnah mimpi gtu dlu smpai mak aku kta "kak,klu kamu mimpi ayah lg,tnya dia sihat x..kta ibu kim salam"..sdey gler..bkn snang kte nk mimpi arwah..mcm mnjadi kpuasan kan biarpun hnya dlm mmpi..
ReplyDeleteSelamat Berpuasa cikgu Muazam
ReplyDeleteKakyong mimpi dengar suara Mak bercakap-cakap macam selalu kat rumah.. Sgt jelas. Tapi sambil tu sedar yg Mak dah takde sebenarnye.. And then I cried :'(
ReplyDeleteCamne la nak menempuh raya nanti.. Moga Allah berikan kita kekuatan..
Al-fatihah buat Mak.
@Anonymous: Allahuakbar.. Semoga kita senantiasa tabah.. Amiiin. Salam Ramadhan!.
ReplyDelete@Puan Aida: Selamat berpuasa juga buat Puan Aida.
@Kakyong: InshaAllah, mudah-mudahan kite kuat.. Tak sanggup nak bayangkan lagi.. Nak tau tak, mimpi yang ni bersambung lagi mase Ajam terlelap jap waktu nak dekat tengah hari semalam. Dalam mimpi sambungan tu, Mak siap join kite sekeluarga pi jalan-jalan rumah jiran. Hmmm, rase macam Mak memang 'balik' rumah sempena Ramadhan ni. Mungkin rahmat dari Allah.. Wallahua'lam. Al-Fatihah buat Mak.. Rindu.
Syukur, dpt bertemu dalam mimpi ye...Saya belum mimpi ayah datang...yang ada cuma mimpi kejadian lama-lama, macam terkenang gitu...Nak juga bermimpi jumpa ayah dtg. Semalam semasa ke tarawikh, nampak sorang pakcik pakai jubah putih, sebiji macam ayah dalam gambar dia umrah hari tu...berkali2 saya pandang dia, perkara yang jarang saya buat....rindu pada ayah...semoga kita semua dapat menyambut raya dengan tabah ye cikgu...
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu Muazam,
ReplyDeleteInilah keadaan bila kita kehilangan seseorang yang sangat kita sayangi.....bersabarlah menghadapi hari raya yang bakal tiba bersama ayah yang masih ada.......
Sekali lagi Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Bonda Cikgu yang meninggal di Tanah Suci semuga Allahyarhamah Bonda Cikgu ditempatkan bersama orang-orang beriman......
Kalau bertemu org yg di sayang di alam mimpi, bila bangun esuk hari rindu akan berganda..sedih!
ReplyDeleteello..salam.. lama x singgah blog hang...semoga hang dikurniakan kekuatan..aku pun berharap dikurniakan kekuatan bila tiba masanya mak aku menghadap Illahi nanti.. :(
ReplyDelete@Fatimah: AlHamdulillah, itu pun satu rahmat dari Allah bila Fatimah nampak pakcik yang mirip dengan arwah. Memang kalau boleh setiap hari berdoa pada Allah supaya dapat dipertemukan dengan Mak dalam mimpi. Sekejap pun jadilah. Moga-moga kita sekeluarga bertabah, terutamanya dalam menghadapi bulan-bulan kebesaran seperti ini. InshaAllah..
ReplyDelete@pesona: Syukran jzk. InshaAllah, terima kasih atas doa dan sokongan. Selamat beribadah di bulan Ramdhan :)
@hani: Ya, memang benar. Memang sedih yang datang bila bangun dari mimpi bertemu ni sangat tak dapat dibendung. Jadi lemah yang amat buat seketika. Apepun banyakkan beristighfar dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mampu menangkis rasa sedih tu. InshaAllah
@Shahrill: InshaAllah.. Syukran jzk, mate. Aku masih beradaptasi dengan kehilangan Mak, walaupun dah nak dekat hampir setahun Mak pergi ke alam sana. It still hurts, but I can deny the power of Allah. Al-Fatihah. Send my regards to you Mom.