Tuesday, June 14, 2011

Labbaikallah: Penawar Jiwa.

Teruja.

Baru habis bace buku yang bertajuk ‘Labbaikallah’ ni, karya seorang pesara guru Haji Zainal Haji Bujang. Buku ni berjaya disambar oleh tangan ni mase gigih mencari baju uniform bersama rakan cikgu kat Warta, Bangi dua hari lepas. Satu bahan bacaan santai yang cukup menarik dan padat dengan 40 buah kisah corat-coret pengalaman jemaah-jemaah haji dan umrah sepanjang kat sane.

Ade yang lucu, tragis dan sadis.

Ade gak yang same macam cerita-cerita yang telah diceritakan oleh Abah dan Kakyong melalui pengalaman mereka sendiri kat sane – Malaysia bagus, Sadaqah, Sindiket Hajar Aswad, Tariq ya Haaj!. Mase bace kisah penyeluk saku dan sewaktu dengannya, terpikir gak takkan ade jugak orang-orang yang berniat tak baik sedangkan tu kat Tanah Suci. Namun, macam kata Ustaz dalam buku ni ade benarnya: “Di mana ada Muhammad, pasti disitu juga akan ada Abu Dajal dan Abu Lahab, Iblis dan Syaitan”.

Labbaikallah

Tak sabar rasenye nak menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti, InshaAllah. Ya Allah, sampaikanlah kami ke Makkah dan Madinah sebagai tetamu istimewaMu. Nak rase sendiri macamana lazatnya beribadah kat sane. Tertarik dengan sebuah cerita dalam buku ni berkenaan merpati-merpati di Mekah yang hanya akan makan makanan yang halal, bersih dan terbaik sahaja. Ditintakan bahawa jika merpati-merpati Sayyidatina Khadijah ni tak makan ape yang diberikan oleh tangan kita, maka faham-fahamlah sendiri. Ade yang tak kena di situ. Refleksi dan muhasabah diri.

Bile bace kisah-kisah macam ni, selain untuk terapi jiwa, ia secara tak langsung dapat mengubat rindu terhadap arwah Mak. Beruntungnya Mak. Dah tenang kat sana. AlHamdulillah. Sebagaimana ade tercatat hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aisyah r.h.a di muka surat 103 buku ini:

Sesiapa yang berpergian ke arah ini untuk mengerjakan haji dan umrah kemudian mati di dalamnya, maka dia kelak tidak akan diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya, ‘Masuklah ke dalam syurga!’.”

Allahuakbar.

5 comments:

  1. "Ya Allah, sampaikanlah kami ke Makkah dan Madinah sebagai tetamu istimewaMu." ~ saya aminkan cikgu.. ~nuraz.

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu....

    baru first time baca blog nih ..tergerak nak komen...

    bil tgk ayat Malaysia Bagus, ya..pengalaman saya di sana baru2 nih ..akhir bulan 4 di mekah...

    Peminta sedekah menyeluk beg saya....di mana mereka mengambil uncang duit dan kebetulan ada hp di sana...sebelum tuh, mereka mendekati saya dan berkata "malaysia bagus Malaysia bagus"...

    oh memang pengalaman pahit, tp akhirnya redha..kerana namanya Tanah Suci kan..Nauzubillah....

    semoga dapat ke sana lagi..InshaAllah

    ReplyDelete
  3. @Anonymous: Syukran jzk. Amiiin :)

    @rose: AlHamdulillah, rose terpilih menjadi tetamuNya. Tu lah, macam-macam cerita dapat di dengar terjadi kat sane.. InshaAllah, tu semua dugaan tu. Doakan kami-kami yang belum berkesempatan untuk pergi ni akan pergi satu hari nanti ye.. Ikut jejak rose. InshaAllah.. Terima kasih atas komen dan perkongsian cerita.

    ReplyDelete
  4. tq cikgu....

    saya baru mengikuti blog nih ....

    sedih membacanya....

    Al-Fatihah untuk arwah ibu cikgu, semoga rohnya ditempatkan di kalangan muslimat solehah....untung baginya kerana jenazahnya di sembahyangkan oleh berjuta jemaah dr seluruh dunia.....

    pengalaman sy yg baru2 nih juga...pertama kali solat jenazah jemaah di sana selepas solat fardhu....sgt insaf...

    semoga cikgu juga boleh jadi tetamu-Nya....InshaAllah....

    ReplyDelete
  5. @rose: Syukran jzk. InshaAllah, memang perit hilang ibu ni, tambahan pula ibu saya meninggal di sana.. Tak nampak.. Rasa macam ibu saya masih ada kat sana.. Sedang beribadat kat sana.. Perkara itu lah yang saya ingat tiap kali saya rase sedih dan rindu - fikir bertuahnya Mak saya disembahyangkan di Masjidil Haram dan meninggal dunia dalam ihram. Syukur.. Doakan ya.. Syukran atas komen yang menyuntik semangat diri ini :)

    ReplyDelete

Syukran jzk for your comments, readers!.