Friday, December 9, 2011

A Visit to Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang: Recap.

AlHamdulillah, dengan izin Allah aku berkesempatan sekali lagi setelah beberapa tahun lamanya untuk pergi kembali ke bumi Minden, Pulau Pinang iaitu tempat di mana diri ini berhempas pulas bersama rakan-rakan demi segulung ijazah sepanjang sidang akademik 2003 - 2006 yang lalu. Rindu yang membungkam hanya Allah yang tahu tatkala kereta menyusur masuk ke jambatan Pulau Pinang seraya melintas pos pak guard pintu Sungai Dua, USM di hening petang 6 Disember hari tu. Memang banyak perubahan yang aku rasakan dah berlaku sejak meninggalkan kampus Menara Ilmu yang tercinta ni.

USM 1

On the way to USM: Atas jambatan Pulau Pinang

USM 2

Pintu masuk yang sinonim dengan USM: Pintu Sungai Dua

Peluang yang datang sekali dua ni aku gunakan sepenuhnya untuk mengimbau momen-momen indah walaupun kesunyian tetap terasa tanpa gelak tawa rakan-rakan se-batch. Setiap tempat yang dilewati pasti ada momen indahnya yang tersendiri serta menggamit seribu kenangan. Dari pintu Sungai Dua, Masjid Al-Malik Khalid, Pusat Pengajian hinggalah ke segenap pelosok desasiswa-desasiswa semuanya aku ziarah. AlHamdulillah, sedikit sebanyak terubat kerinduan tu.

USM 3

Pusat Pengajian aku sepanjang sidang akademik 2003-2006: School of Biological Sciences

USM 4

Foyer DK: Thousands of memories occured here

USM 5

Desasiswa penginapan aku masa mula-mula masuk USM: Desasiswa Fajar Bakti

USM 6

Jambatan ke Aman Damai: Dedulu aku selalu jalan kaki dari Bakti ke Aman Damai

USM Lib

Main Library I: Back view

USM Library New

Extended building of Main Library I: Nampak futuristik & sofistikated!

USM 7

Main Library I: Tempat pertapaan tiap kali musim exam tiba

USM 8

Laluan ke DK U

USM 9

Dewan Peperiksaan (DP)

USM 10

Tempat berkonvo: DTSP

USM 11

Kedai-kedai lot di Sungai Dua: Kedai wajib aku dedulu – Maju Jaya!

USM 12

Shopping complex yang famous mase aku belajar dedulu sebelum adanya Queensbay Mall: Kompleks BJ

Selain tu, aku sempat gak ziarah ke Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang; tempat di mana karier perguruan aku ni bermula dan jugak ke IPPTN, institut penyelidikan yang pernah aku berkhidmat sebagai pegawai penyelidik sebaik sahaja aku berijazah satu masa yang lalu. Syukur, semuanya telah dapat dilunaskan dalam tempoh singkat lawatan ziarah kali ini.

IPPPP

IPPTN

Apepun, terima kasih kepada pihak pengurusan Desasiwa Tekun yang membenarkan aku dan rakan-rakan menginap selama kami di Penang. InshaAllah, ade rezeki akan aku kembali lagi!

USM Z

View dari tingkap bilik penginapan aku sepanjang aku di USM: Bilik E-8-01

Monday, November 21, 2011

One step closer.

 

submit

Sekadar nota untuk bacaan diri sendiri akan datang.

Dah submit.

Masa untuk bertawakkal.

Untung sabut, timbul.

Sunday, November 20, 2011

Syukran jzk Ya Allah!

Hari tu aku ade jumpa sorang kawan kepada kawan aku ni mase dok lepak kat Bangi. Dia pun same macam aku - dah hilang salah seorang yang tersayang. Cume yang bezanya dia hilang ayah, aku hilang Mak. Banyak la cerita yang aku + dia kongsikan dan share ape yang patut. Kawan aku yang sorang lagi tu diam + dengar je, sebab mungkin dia belum ade that lost feeling macam yang kami rase. Rase puas dapat luah dengan dia, sebab energy tu sama. Aku bagitau dia yang aku dah lama tak mimpi Mak. Dan, mase dok berborak tu, dia ade pesan kat aku, kalau nak mintak doa kat Allah supaye datangkan Mak dalam mimpi, kene buat macam merayu-rayu seolah-olah Allah tu ade depan kita, selitkan unsur-unsur lawak sikit. Jangan meratap dalam doa tu. Kena konsisten doa tu. Then, lepas balik dari lepak-lepak dengan diorang tu aku try. Dan hari ni tadi, Allah tunjukkan kebesaranNya Yang Maha Mendengar. Mak datang dalam mimpi semula setelah dah lama sangat tak muncul. Allahuakbar. Dapatlah aku melepaskan rindu jap tadi. AlHamdulillah. Syukran jzk Ya Rahman Ya Rohim!

mak

Dalam mimpi tadi, Mak berdiri kat depan pintu utama bahagian dalam rumah. Aku perasan kelibat Mak mase dok sibuk layan adik perempuan aku tu bersembang. Aku nak tegur Mak, tapi mulut terkunci rapat. Mak diam je, sambil mata Mak tepat dan tak berkelip tengok ke arah aku. Dan, pakaian Mak sejibik macam dalam gambar kat atas ni.

Al-Fatihah.

Thursday, November 10, 2011

2nd attempt: (Also) failed.

 

Untitled

2nd time try, tak dapat. Tapi kali ni rasenye boleh terima. Lebih tenang berbanding yang mase first time tak dapat mase Jun aritu. Entah ler, mungkin sebab dah agak lali kot. Hehe. Takpe, InshaAllah cuba lagi Jun ni nanti. Peluang tu ade. Allah dah janji rezeki tiap seseorang tu. Cuma cepat atau lambat je.. Amiiiin.

Sunday, November 6, 2011

A Year.

Hari ni dah genap setahun Mak bersemadi nun di Tanah Haram. Kejap je rase, tau-tau dah setahun. Timing pun kene dengan Hari Raya AidilAdha tahun ni. Tengah hari tadi ade buat kenduri tahlil arwah. Semoga Mak tenang di sana. Deeply missed. Al-Fatihah..

Sijil Mak

Hati anak mane yang tak luluh bile menatap sijil kematian ibunya?

 

A Year

My Abah

Kenduri

Kenduri tahlil arwah

 

My Mak

Deeply missed!

Thursday, November 3, 2011

Congrats!.

Tahniah buat adik aku yang ke-3, yang telah pun selamat melalui Majlis Konvokesyen pagi tadi bertempat di Putrajaya Convention Centre, Putrajaya. Hard work paid-off.

DSCF0542

Tuesday, November 1, 2011

A note to friends: Selamat berwukuf!

Wukuf: 4 hari lagi.

Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan selamat berwukuf di Arafah buat 2 rakan blogger yang kini telah pun berada di Kota Suci Mekah: Blogger Haji-to-be En. Me & Hajjah-to-be Bella Muslim. Semoga perjalanan kalian selamat dan dipermudahkan segala urusan di sana. InshaAllah.

Kalau mase musim Haji tahun lepas, waktu nak dekat-dekat Wukuf ni Abah dah start berseorangan kat Mekah. Mak dah meninggal dunia mase ni. Mak meninggal dunia 4 hari setelah berada di Mekah. Masih dalam ihram.

Buat En. Me, terima kasih sebab selalu menghupdate blog dengan bingkisan-bingkisan fresh dari Tanah Suci berserta gegambar yang sangat live dan cantik. Rase dekat sangat dengan Tanah Suci. Walaupun belum pernah menjejakkan kaki lagi ke sana. Syukran jzk ya akhi!.

100_2187

Gambar musim Haji tahun lepas dari kamera Abah

A Day @ School: Action Song coaching.

Hari ni tadi seharian suntuk bermastautin kat Makmal Sains - latih bebudak Tahun 3 untuk Action Song sebagai salah satu slot persembahan mase majlis Hari Anugerah Cemerlang next Friday ni nanti. Untuk makluman yang tak tahu, action song ni merupakan nyanyian lagu dalam Bahasa Inggeris dan disertai dengan pergerakan-pergerakan badan. Cecikgu lain pun sibuk uruskan persembahan yang lain – nasyid, pra sekolah dan lain-lain. Geguru kelas macam biase – siapkan report book dan analisis result final exam. Actually action song ni tinggal nak polish up dan kemaskan step-step yang tak berapa nak kemas tu. Ye lah, sejak pertandingan Action Song peringkat daerah bulan Mac aritu, langsung dah tinggal. So far tengok macam dah konfiden. Konfiden lah sangat kan, sampai mase spacing kat atas pentas tadi ade gak tu yang hampir nak tergolek sebab pentas agak sarat dengan bebudak ni. Oppss* Hehe, apepun hope diorang boleh buat yang terbaik mase hari sebenar ni nanti.

Action Song 1

Sesi touch up steps

Action Song 2

The members

Action Song 3

Arkib: Naib Juara Action Song peringkat Daerah (Mac 2011)

Monday, October 31, 2011

Happy faces: A (natural) teraphy.

Secare jujur, kebanyakan mase bile aku tengok muka anak-anak murid yang ceria dan happy, hilang rase stress. Seolah-olah dah jadi macam satu terapi. Tetambah bile layan bebudak ni berborak. Hilanggggg semua rase-rase tekanan yang tak sepatutnya wujud. AlHamdulillah. Praise to Allah.

My Kids 1

My Kids 2

(Anak-anak murid Tahun 4, 31 Oktober 2011)

Saturday, October 29, 2011

7-1.

Me Familia

Gambar kenangan: Makan-makan @ Sitiawan, 2009

Bile Mak dah takde ni, semua benda kene tolak 1. Dah biasa sebelum ni ber-7, kini kene biasakan dengan angka 6. Lepas Mak dah takde, pernah gak beberapa kali terambil pinggan berlebih 1. Tak kurang juge pernah terfikir nak order makanan yang tak de bubuh ayam waktu kat kedai makan mase nak tapau bawak balik rumah - sebab Mak tak makan ayam.

Bile dah tersedar tu, macam biase... hujan.

Tuesday, October 25, 2011

Life plans.

Lately, ade banyak plan yang memenuhi canting fail peribadi diri ni. Ade yang untuk short term, tak kurang juge list untuk long term. Antara yang mendapat tempat di top list tu – further studies, performing Umrah, transfer balik kampung + lain-lain lagi. Tapi, pusing ikut mane pun, I plan the best, but Allah is the best planner. Hanye doa yang dibingkiskan untuk merealitikan segala plan-plan tersebut. InshaAllah, ada jalannya.

Plans

Monday, October 10, 2011

Her birthday.

Assalammualaikum w.b.t.

Baru lepas ‘balik’ dari ziarah kubur birthday girl hari ni - Mak.

Kubur Mak, Oct. 10th

Hari ni hari jadi Mak yang ke-59. Hari ke-338 Mak bersemadi di Pemakaman Ash Sharaya, Makkah. Tiap kali kalau aku pi ziarah kubur Mak gune wikimapia ni, pasti hati ni rase berdebar-debar, terutamanya mase page Internet Explorer ni tengah loading. Rase berdebar-debar tu terubat kala page siap di-loading dan nampak sebidang tanah yang luas terbentang mengunjur. Walaupun hanye dapat ziarah gune bantuan internet, tapi dengan izin Allah jugalah aku rase dekat dengan Mak melalui cara moden ni.

Alhamdulillah.

Cerita lain, seorang jemaah wanita Malaysia dari Shah Alam meninggal dunia di Madinah setelah terjatuh dari tingkat 9 hotel. Bile aku dapat tau cerita ni dari rakan sekerja mase kat makmal komputer sekolah tadi, terus rase sebak mengenangkan suaminya yang pastinya akan keseorangan bermusafir untuk hari-hari mendatang selepas ini. Macamane lah keadaan ahli keluarga arwah untuk menerima berita ni di Malaysia - tambahan lak ade satu gambar yang jelas menunjukkan jasad jenazah dilitup di tempat kejadian. Allahuakbar. Al-Fatihah.

Selamat Hari Jadi Mak.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosanya dan dihimpunkan ke dalam golongan solehah. Amin" ~ doa Abah. 

Wednesday, October 5, 2011

Approaching a Year: Hajj Season.

 

"Hotel bakal full. Jemaah makin ramai. Semalam pergi Jeddah"
Sender: Faiz (Makkah)
+96659024XXXX
Received:
06:44:23 pm

Musim Haji tiba lagi. Sedar tak sedar, dah nak dekat setahun Mak pergi. Bersemadi di bumi Mekah nun jauh di sana. Esok genap 11 bulan Mak pergi menyahut seruan Ilahi. Pedihnya masih terasa kuat. Aku harap biarlah rase rindu ni akan terus berkekalan macam ni. Dan biarlah mimpi-mimpi tentang Mak terus menghiasi malam. Tapi akhir-akhir ni aku dah lama tak mimpi Mak. Aku pernah gak terbace tentang akan berlakunya proses putus mimpi. Apepun aku yakin Allah sentiasa bersama kami.

Buat semua jemaah Haji, selamat berkelana dan bermusafir di bumi suci - terutama buat rakan blogger: En. Me yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci semalam. Semoga mendapat Haji yang mabrur dan dapat memotivasikan diri-diri yang masih belum menjejakkan kaki ke sana melalui cerita-cerita yang akan dibingkiskan. InshaAllah.

seruan haji_001

Arwah Mak + Abah: Last year Hajj

Tuesday, September 20, 2011

Word-hunt: English, Year 5.

Minggu lepas sempat buat game ala-ala treasure hunt dengan bebudak Tahun 5 mase slot English. Sekali-sekala buat outdoor learning, best gak kan. Asyik terperuk dalam kelas je. Hehe. Dalam game ni, diorang kene cari jawapan untuk soalan-soalan berkaitan topik conjunctions kat 10 checkpoint sekitar sekolah secara berkumpulan. Hehe, tergelak gak tengok aksi bebudak ni cari jawapan – ade yang terlompat-lompat, ade yang melingkar bawah meja tak kurang juge yang dok meniarap cari dalam longkang besar pun ade. LOL!

Untuk memastikan game ni berjalan lancar dan yang paling penting - tak mengganggu bebudak Tahun 6 yang sedang asyik menjawab UPSR, beberapa penalti telah ditetapkan:

    • Bercakap sepatah perkataan: – 50 marks per word
    • Melintasi ZON UPSR (‘black area’): – 100 marks per person
    • Berlari: – 50 marks per person
    • Ambil envelope group lain: – 50 marks per envelope

Apart from that, ade juge merit points yang akan diberikan, if

    • Use dictionary: + 50 marks per person
    • Teamwork: + 150 marks
    • Betul semua jawapan: + 100 marks
    • Betul semua checkpoint (envelopes): + 50 marks per envelope

Word Hunt 0

Hunt! Hunt! Hunt!

Word Hunt 1

Check point 7: Playground

Word Hunt 2

Sempat berposing – kain penutup mulut diwajibkan sepanjang game ni

Word Hunt 4

Checkpoint 8: Waqaf chairs

Word Hunt 3

Spot the kids!

Monday, September 19, 2011

Jamuan Raya @ School.

Pagi tadi Allah murahkan rezeki. Ade jamuan raye antara cecikgu dan staf kat sekolah. Syukur. Syok gak sekali-sekala dapat makan bersantai-santai sambil bersila ramai-ramai dengan rakan-rakan sekerja. Release la sikit segala urat-urat stress tu. Hehe. Lauk pauk tadi usah dikenang, memang marvellous dan sedap. Satay dia yang gebu tu memang mencongkam tekak ni. Roti jala pun mantap.

Raya 1 

Riang ria santai sila

Raya 2

Gigih beratur

Raya 3

Cikgu Kajian Tempatan, Cikgu English, Cikgu Sains

Tuesday, September 6, 2011

10 months.

Dapur

 

She used to be here all this while,

She used to cook, bake, eat and wash dishes here,

She used to chat with us too here,

She loves to be here.

And we too,

Love her to be in this lovely kitchen,

Love to eat her foods here,

Love to chat with her here.

 

But Allah love her most.

Al-Fatihah.

Saturday, September 3, 2011

Sebening Aidilfitri.

Baru lepas ziarah kubur Mak. Via wikimapia je pun. Hari ni dah masuk hari ke-301 Mak disemadikan di Mekah nun. Walaupun hanye dapat ziarah gune komputer dan berbantukan internet ni, tapi sekurang-kurangnya rase dekat dengan Mak. Yang membezakannya, tak dapat nak duduk dan sentuh tanah kat tempat kubur Mak tu. Apepun, aku percaya doa dari tempat mana-mana pun akan sampai. Sebab Allah Maha Mendengar.

Persemadian Mak: Pemakaman Ash Sharaya, Mekah

Raya kali ni agak meriah la jugak. Semua saudara-mara balik. Walaupun macam biase - semua suara ade, cuma suara riuh Mak je yang takkan pernah kedengaran lagi. Rindu!. Tak dinafikan pagi 1 Syawal tu memang rase sebak tu datang menusuk-nusuk kalbu ni. Tambah bile part salam dengan Abah. Lain rasenye bile tahun ni tengok Abah sensorang je dok kat kerusi panjang tu. Tanpa Mak di sebelah. Masih terngiang-ngiang kata-kata dari bibir Mak untuk setiap anak-anaknye tiap kali sesi salam bersalam ni pada pagi Syawal. Al-Fatihah.

Raya di Rumah Opah Me (Mak arwah Mak)

Raya Rumah Opah Nek (Mak Abah)

Ziarah saudara-mara ke rumah aku

Le Tour De' Raya 2011 (Raya ke-2)
Raya Gala Gathering Kelas Tingkatan 3M '99 (SMK Raja Permaisuri Bainun)
di rumah Teacher Hanida - our class teacher