Thursday, August 1, 2013

Kek Permaisuri.

Kek Permaisuri.

Kuih ni antara kuih raya yang dinanti-nantikan dalam keluarga aku tiap kali raya tiba. Arwah Mak dulu sangat suka buat kuih ni. Hasil air tangan Mak memang takde tolok bandingnya.

Terlihat gambar ni tadi kat page Facebook abang. Ni hasil air tangan kakak ipar.

Rasa sayu. Syahdu. Rindu.
Semua rasa datang berbondong-bondong.

Aku rindu Mak.

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan Kareem.

Salam to all Readers,

AlHamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-9 berpuasa. Pelbagai urusan dan rutin aktiviti harian dipermudahkanNya, berkat kemuliaan bulan Ramadhan ni. Syukur, Ya Allah.

Terima kasih kepada para pembaca yang sudi singgah dan tinggalkan jejak di bahagian ulasan, walaupun blog ni kadang-kadang saja dikemaskini. Kekangan masa, ditambah dengan peredaran masa yang memangkinkan penggunaan media sosial lain menyebabkan diri kurang bertandang ke sini. Syukran jzk!

Sedikit update aktiviti harian, semalam berkesempatan beriftar bersama 2 orang bekas rakan serumah semasa zaman bekerja di USM Penang dahulu - Ir. Hasznil Afis dan Dr. Muhammad Khairulnizam. Kedua-dua sahabat ni merupakan antara teman yang rapat sepanjang berada di Penang dulu. Syukur Ya Allah atas ukhuwah ini!


Beriftar bersama engineer Proton & calon Ph.D @ Puri Pujangga, UKM

Selain itu, anak-anak murid Tahun 6 kini sedang bertempur di medan Peperiksaan Percubaan UPSR 2013 peringkat negeri Selangor. Ketika entry blog ini di taip, mereka sedang menjawab kertas terakhir peperiksaan ini iaitu kertas Sains 018. Semoga berjaya semuanya.

Suasana dalam dewan peperiksaan percubaan UPSR

Selamat beribadah semua!

Rindu Makkah!
Sayang Madinah!  

Tuesday, February 5, 2013

InshaAllah.

Salam,

Dah lama rasanya tak update blog ni. Bukan malas, cuma kekangan masa membataskan diri ini untuk duduk mengadap blog. Lately, banyak benda perlu diuruskan dan semuanya hook by crook, bak kata omputeh. Ni pun ada kelapangan waktu sedikit sebelum diri ini masuk ke kelas, jadi sempatlah menjengah sekejap. InshaAllah.

Minggu ni dah masuk minggu ke-6 persekolahan. Sekejap je rase. AlHamdulillah, urusan data-data murid dan sekolah dah siap, malah urusan data EMIS telah pun dihantar pada minggu lepas. Lega sikit kepala otak ni. Data SMM (maklumat murid) sahaja yang masih menunggu waktu untuk penghantaran ke PPD, lusa! InshaAllah.

Tahun ni merupakan tahun terpenting buat diri ini dan keluarga. InshaAllah, tahun ni bakal menyaksikan pertambahan ahli-ahli keluarga baru dalam keluarga besar kami yang memang dah semua sedia besar – besar gelak, besar ukhuwah, besar saiz.. Haha! InshaAllah.

Apepun, diri ini rindu sangat kat Mekah + Madinah. Kalaulah Mekah ni macam jarak Puchong ni ke Alamanda, Putrajaya tu je, hari-hari InshaAllah akan berusaha untuk pergi (dengan izin Allah). Sebab Mak ada kat sana.

20120605_095426

Rindu suasana tenang + damai di dataran Haram!