Monday, November 21, 2011

One step closer.

 

submit

Sekadar nota untuk bacaan diri sendiri akan datang.

Dah submit.

Masa untuk bertawakkal.

Untung sabut, timbul.

Sunday, November 20, 2011

Syukran jzk Ya Allah!

Hari tu aku ade jumpa sorang kawan kepada kawan aku ni mase dok lepak kat Bangi. Dia pun same macam aku - dah hilang salah seorang yang tersayang. Cume yang bezanya dia hilang ayah, aku hilang Mak. Banyak la cerita yang aku + dia kongsikan dan share ape yang patut. Kawan aku yang sorang lagi tu diam + dengar je, sebab mungkin dia belum ade that lost feeling macam yang kami rase. Rase puas dapat luah dengan dia, sebab energy tu sama. Aku bagitau dia yang aku dah lama tak mimpi Mak. Dan, mase dok berborak tu, dia ade pesan kat aku, kalau nak mintak doa kat Allah supaye datangkan Mak dalam mimpi, kene buat macam merayu-rayu seolah-olah Allah tu ade depan kita, selitkan unsur-unsur lawak sikit. Jangan meratap dalam doa tu. Kena konsisten doa tu. Then, lepas balik dari lepak-lepak dengan diorang tu aku try. Dan hari ni tadi, Allah tunjukkan kebesaranNya Yang Maha Mendengar. Mak datang dalam mimpi semula setelah dah lama sangat tak muncul. Allahuakbar. Dapatlah aku melepaskan rindu jap tadi. AlHamdulillah. Syukran jzk Ya Rahman Ya Rohim!

mak

Dalam mimpi tadi, Mak berdiri kat depan pintu utama bahagian dalam rumah. Aku perasan kelibat Mak mase dok sibuk layan adik perempuan aku tu bersembang. Aku nak tegur Mak, tapi mulut terkunci rapat. Mak diam je, sambil mata Mak tepat dan tak berkelip tengok ke arah aku. Dan, pakaian Mak sejibik macam dalam gambar kat atas ni.

Al-Fatihah.

Thursday, November 10, 2011

2nd attempt: (Also) failed.

 

Untitled

2nd time try, tak dapat. Tapi kali ni rasenye boleh terima. Lebih tenang berbanding yang mase first time tak dapat mase Jun aritu. Entah ler, mungkin sebab dah agak lali kot. Hehe. Takpe, InshaAllah cuba lagi Jun ni nanti. Peluang tu ade. Allah dah janji rezeki tiap seseorang tu. Cuma cepat atau lambat je.. Amiiiin.

Sunday, November 6, 2011

A Year.

Hari ni dah genap setahun Mak bersemadi nun di Tanah Haram. Kejap je rase, tau-tau dah setahun. Timing pun kene dengan Hari Raya AidilAdha tahun ni. Tengah hari tadi ade buat kenduri tahlil arwah. Semoga Mak tenang di sana. Deeply missed. Al-Fatihah..

Sijil Mak

Hati anak mane yang tak luluh bile menatap sijil kematian ibunya?

 

A Year

My Abah

Kenduri

Kenduri tahlil arwah

 

My Mak

Deeply missed!

Thursday, November 3, 2011

Congrats!.

Tahniah buat adik aku yang ke-3, yang telah pun selamat melalui Majlis Konvokesyen pagi tadi bertempat di Putrajaya Convention Centre, Putrajaya. Hard work paid-off.

DSCF0542

Tuesday, November 1, 2011

A note to friends: Selamat berwukuf!

Wukuf: 4 hari lagi.

Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan selamat berwukuf di Arafah buat 2 rakan blogger yang kini telah pun berada di Kota Suci Mekah: Blogger Haji-to-be En. Me & Hajjah-to-be Bella Muslim. Semoga perjalanan kalian selamat dan dipermudahkan segala urusan di sana. InshaAllah.

Kalau mase musim Haji tahun lepas, waktu nak dekat-dekat Wukuf ni Abah dah start berseorangan kat Mekah. Mak dah meninggal dunia mase ni. Mak meninggal dunia 4 hari setelah berada di Mekah. Masih dalam ihram.

Buat En. Me, terima kasih sebab selalu menghupdate blog dengan bingkisan-bingkisan fresh dari Tanah Suci berserta gegambar yang sangat live dan cantik. Rase dekat sangat dengan Tanah Suci. Walaupun belum pernah menjejakkan kaki lagi ke sana. Syukran jzk ya akhi!.

100_2187

Gambar musim Haji tahun lepas dari kamera Abah

A Day @ School: Action Song coaching.

Hari ni tadi seharian suntuk bermastautin kat Makmal Sains - latih bebudak Tahun 3 untuk Action Song sebagai salah satu slot persembahan mase majlis Hari Anugerah Cemerlang next Friday ni nanti. Untuk makluman yang tak tahu, action song ni merupakan nyanyian lagu dalam Bahasa Inggeris dan disertai dengan pergerakan-pergerakan badan. Cecikgu lain pun sibuk uruskan persembahan yang lain – nasyid, pra sekolah dan lain-lain. Geguru kelas macam biase – siapkan report book dan analisis result final exam. Actually action song ni tinggal nak polish up dan kemaskan step-step yang tak berapa nak kemas tu. Ye lah, sejak pertandingan Action Song peringkat daerah bulan Mac aritu, langsung dah tinggal. So far tengok macam dah konfiden. Konfiden lah sangat kan, sampai mase spacing kat atas pentas tadi ade gak tu yang hampir nak tergolek sebab pentas agak sarat dengan bebudak ni. Oppss* Hehe, apepun hope diorang boleh buat yang terbaik mase hari sebenar ni nanti.

Action Song 1

Sesi touch up steps

Action Song 2

The members

Action Song 3

Arkib: Naib Juara Action Song peringkat Daerah (Mac 2011)