Tuesday, September 20, 2011

Word-hunt: English, Year 5.

Minggu lepas sempat buat game ala-ala treasure hunt dengan bebudak Tahun 5 mase slot English. Sekali-sekala buat outdoor learning, best gak kan. Asyik terperuk dalam kelas je. Hehe. Dalam game ni, diorang kene cari jawapan untuk soalan-soalan berkaitan topik conjunctions kat 10 checkpoint sekitar sekolah secara berkumpulan. Hehe, tergelak gak tengok aksi bebudak ni cari jawapan – ade yang terlompat-lompat, ade yang melingkar bawah meja tak kurang juge yang dok meniarap cari dalam longkang besar pun ade. LOL!

Untuk memastikan game ni berjalan lancar dan yang paling penting - tak mengganggu bebudak Tahun 6 yang sedang asyik menjawab UPSR, beberapa penalti telah ditetapkan:

    • Bercakap sepatah perkataan: – 50 marks per word
    • Melintasi ZON UPSR (‘black area’): – 100 marks per person
    • Berlari: – 50 marks per person
    • Ambil envelope group lain: – 50 marks per envelope

Apart from that, ade juge merit points yang akan diberikan, if

    • Use dictionary: + 50 marks per person
    • Teamwork: + 150 marks
    • Betul semua jawapan: + 100 marks
    • Betul semua checkpoint (envelopes): + 50 marks per envelope

Word Hunt 0

Hunt! Hunt! Hunt!

Word Hunt 1

Check point 7: Playground

Word Hunt 2

Sempat berposing – kain penutup mulut diwajibkan sepanjang game ni

Word Hunt 4

Checkpoint 8: Waqaf chairs

Word Hunt 3

Spot the kids!

Monday, September 19, 2011

Jamuan Raya @ School.

Pagi tadi Allah murahkan rezeki. Ade jamuan raye antara cecikgu dan staf kat sekolah. Syukur. Syok gak sekali-sekala dapat makan bersantai-santai sambil bersila ramai-ramai dengan rakan-rakan sekerja. Release la sikit segala urat-urat stress tu. Hehe. Lauk pauk tadi usah dikenang, memang marvellous dan sedap. Satay dia yang gebu tu memang mencongkam tekak ni. Roti jala pun mantap.

Raya 1 

Riang ria santai sila

Raya 2

Gigih beratur

Raya 3

Cikgu Kajian Tempatan, Cikgu English, Cikgu Sains

Tuesday, September 6, 2011

10 months.

Dapur

 

She used to be here all this while,

She used to cook, bake, eat and wash dishes here,

She used to chat with us too here,

She loves to be here.

And we too,

Love her to be in this lovely kitchen,

Love to eat her foods here,

Love to chat with her here.

 

But Allah love her most.

Al-Fatihah.

Saturday, September 3, 2011

Sebening Aidilfitri.

Baru lepas ziarah kubur Mak. Via wikimapia je pun. Hari ni dah masuk hari ke-301 Mak disemadikan di Mekah nun. Walaupun hanye dapat ziarah gune komputer dan berbantukan internet ni, tapi sekurang-kurangnya rase dekat dengan Mak. Yang membezakannya, tak dapat nak duduk dan sentuh tanah kat tempat kubur Mak tu. Apepun, aku percaya doa dari tempat mana-mana pun akan sampai. Sebab Allah Maha Mendengar.

Persemadian Mak: Pemakaman Ash Sharaya, Mekah

Raya kali ni agak meriah la jugak. Semua saudara-mara balik. Walaupun macam biase - semua suara ade, cuma suara riuh Mak je yang takkan pernah kedengaran lagi. Rindu!. Tak dinafikan pagi 1 Syawal tu memang rase sebak tu datang menusuk-nusuk kalbu ni. Tambah bile part salam dengan Abah. Lain rasenye bile tahun ni tengok Abah sensorang je dok kat kerusi panjang tu. Tanpa Mak di sebelah. Masih terngiang-ngiang kata-kata dari bibir Mak untuk setiap anak-anaknye tiap kali sesi salam bersalam ni pada pagi Syawal. Al-Fatihah.

Raya di Rumah Opah Me (Mak arwah Mak)

Raya Rumah Opah Nek (Mak Abah)

Ziarah saudara-mara ke rumah aku

Le Tour De' Raya 2011 (Raya ke-2)
Raya Gala Gathering Kelas Tingkatan 3M '99 (SMK Raja Permaisuri Bainun)
di rumah Teacher Hanida - our class teacher