Runut bunyi talbiyah dalam video yang kat bawah ni sama seperti apa yang diperdengarkan kat corong-corong pembesar suara sewaktu Mak dan Abah masuk ke pintu check-in di Kelana Jaya pada pagi 25 Oktober 2010 yang lalu. Dan yang pasti, melodi inilah yang mengiringi pemergian Mak buat selama-lamanya dari mata kami adik-beradik. Al-Fatihah.
Saturday, March 26, 2011
Tuesday, March 22, 2011
Day 136.
Bila tetibe rase rindu kat arwah Mak tu datang, selain sedekahkan Yaasin dan Al-Fatihah, antara benda-benda lain yang akan aku buat ialah dengan tengok semua video-video yang ade kaitan dengan jenazah kat Mekah di Youtube. Video kat atas ni merupakan antara video yang sangat bermakna buat aku. Walaupun video ni merupakan video yang dirakam oleh orang lain beberapa tahun yang lalu, tapi isi kandungan video ni cukup memberikan aku gambaran mengenai cerita yang Abah pernah suarakan tentang keadaan masa jenazah Mak diusung ke arah van selepas selamat di solatkan di Masjidil Haram, Mekah.
“Abah sembahyang betul-betul tepi keranda jenazah Mak. Lepas dah habis solat jenazah tu, memang berebut-rebut pak-pak Arab nak tolong usung keranda Mak tu. Selipar Abah entah ke mana. Pak-pak Arab ni diorang macam taksub kalau pasal orang mati kat Mekah ni. Diorang ni kalau dapat sentuh keranda tu pun dah cukup. Usung pulak tu laju. Abah sampai bergayut-gayut pegang keranda Mak tu, ye lah diorang kan tinggi. Sampai dalam van pun pak-pak Arab tu ikut”.
Teringat doa’ yang pernah dibaca oleh Munir, 9 tahun - Juara Program Adik-adikku kat TV1 mase dia berpidato untuk topik "Mencintai Rasulullah":
“Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah, Engkau sampaikanlah kami ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah, dan Engkau sampaikanlah kami ke Mekah untuk mengunjungi BaitullahMu”
******
“...Dan Engkau sampaikanlah hambaMu ini sekeluarga ke tanah perkuburan Ash Sharaya untuk menzirahi Mak tercinta di sana”.
Amin. Amin, Ya Rabbal’alamin..
Monday, March 7, 2011
Masih ku ingat: Hari Mak ‘pergi’.
Malam.
Jam kat desktop laptop menunjukkan jam lebih kurang 11.45 malam. Aku tetap gigih melayari Facebook di ruang tamu walaupun pade zahirnye kelajuan Maxis broadband kat kawasan perumahan aku ni agak slow. Sambil tu, abang aku pun turut melayari internet kat komputer utama - kat ruang tamu gak. Adik perempuan aku yang bongsu masih belum balik dari pertandingan nasyid di SMKA Sultan Azlan Shah, Bote. Adik lelaki aku tu pulak keluar bersama kawan. Cuti hujung minggu kali ni lebih panjang sikit memandangkan kebetulan cuti ni jatuh bersama-sama dengan cuti sambutan Deepavali. Dapat lah aku dan adik-beradik aku yang lain berkumpul lebih lama untuk teman adik perempuan bongsu tu yang balik rumah dari asrama tiap kali hujung minggu.
Mak dengan Abah masih kat Mekah. Ade la lebih kurang sebulan lagi sebelum Mak dan Abah dijadualkan pulang ke tanah air.
Tibe-tibe, handphone abang aku berbunyi. Ringtone yang seakan-akan bunyi siren polis tersebut menandakan panggilan tersebut dari salah seorang ahli keluarga kami. Aku terus mengadap laptop – berfacebook.
Sepantas kilat, aku terdengar abang aku melaungkan:
“ALLAHUAKBAR!!..”
Abang aku rebah…..
Aku lantas meninggalkan laptop menuju ke arah abang aku yang masih rebah dalam keadaan terduduk dengan handphone masih erat digenggam ditelinga. Bunyi sedu tangis menyelubungi.
“Kenape Mir? Weh kenapa???”
Aku menggoncangkan badan abang aku untuk dapatkan kepastian.
Ibarat panahan halilintar, telinga aku dapat menangkap satu persatu bait suara sedu-sedan abang aku:
“MAK DAH TAKDE AJAM!!.. MAK DAH TAKDE!! MAK DAH MENINGGGGALLL…”
Gelap.
Rupenya itu panggilan daripada Kakyong – kakak sulung kami.
Aku menggigil. Terus meraung. Aku pun dah tak ingat ape yang jadi lepas tu. Yang pasti aku terus meraung. Aku duduk di kerusi panjang sambil menenangkan perasaan. Lantas telefon bimbit dicapai dan terus call adik lelaki aku.
Adik perempuan aku balik. Berita dikhabarkan. Mase ni hanya Allah yang tahu berat rasenye nak khabarkan berita kematian Mak pade adik bongsu yang sorang ni. Tak mampu aku nak pandang wajahnye.
Saudara mara mula menelefon. Jiran-jiran dah mula penuh kat ruang tamu rumah.
Aku lantas beristighfar. Terus ke bilik air. Berwuduk. Ambil Yaasin.
Tak di sangka, bacaan Yaasin tengah malam tu merupakan bacaan Yaasin untuk Mak. Arwah Mak. Perit rasanya nak melafazkan tiap-tiap ayat tersebut. Allahuakbar..
Adik lelaki aku sampai dirumah. Meluru ke bilik. Aku memeluknya. Air mata makin laju. Saat itu aku terbayang Abah. Yang berseorangan di bumi Mekah. Ya Allah..~
Pakcik Ramly datang menenangkan kami berdua kat dalam bilik.
Dunia terasa sunyi.
… Bermulalah kehidupan kami sekeluarga tanpa Mak – insan yang paling kami sayangi. Semalam dah genap 4 bulan Mak pergi. Tiap kali kalendar menunjukkan angka 6hb, pasti cerita ini berlegar dan bermain-main di minda. Rase macam baru semalam episod kehilangan ni berlaku. Al-Fatihah..