Friday, January 28, 2011

Selamat Hari Jadi, Abah.

untitled

Selamat Hari Jadi buat Abah tersayang, En. Mohd Yunus bin Abdul Karim. Hari ke –83 tanpa Mak. Semoga Abah terus kuat dan tabah. InshaAllah..

Thursday, January 13, 2011

Muram Malam.

Mak.. Hari ni hari ke-68 Mak pergi. Pergi ke pangkuan Ilahi.. Tinggalkan Abah dan kami adik-beradik.. Sedihnya Ajam rase Mak, hanye Allah yang tahu. Sampai sekarang Ajam masih terase yang Mak masih ade kat rumah kat Bote tu.. Berdua dengan Abah.. Macam selalu bile semua anak-anak Mak kembali bekerja dan pulang ke asrama..

Mak, Ajam rindu nak sembang-sembang dengan Mak.. Rindu nak telefon Mak.. Rindu nak dapat SMS Mak.. Kadang-kadang Ajam selalu berharap yang semua ni mimpi belaka..

Abah, Mak

Ajam dah tak larat nak menanggung rase rindu ni Mak.. Hanye bacaan bingkisan coretan internet dan video klip di Youtube tentang pengebumian di Mekah menjadi pengubat rindu.. Air mata mengalir laju tiap kali tengok gambar-gambar Kaabah.. Juga tatkala menonton video jenazah di depan Kaabah kat Youtube tu.. Walaupun tu bukan jenazah Mak, Ajam terbayang - macam tu lah agaknya jenazah Mak diusung hingga ke tanah perkuburan di Mekah.. Ditemani Abah yang setia di sisi keranda Mak. 

Ajam ingat lagi, di pagi keberangkatan Mak dan Abah ke Mekah kat Kelana Jaya, Ajam cium kedua-dua belah pipi Mak.. Tapi Mak tak cakap apa-apa. Hanya mata Mak jelas berkaca.. Ajam pun tak sempat nak pesan kat Mak supaya "jaga diri" sebab masa tu air mata mengalir laju.. Tak sangka pagi tu merupakan pagi terakhir Mak ade dengan kami semua kecuali Pirah.. Pagi tu juge merupakan sarapan terakhir yang sempat kita sekeluarga jamah bersama-sama bermenukan nasi goreng bersambal dan teh tarik bungkus di khemah menunggu jemaah haji.

Ajam tak sempat nak minta maaf kat Mak sebelum Mak pergi.. Namun Ajam redha'.. Hari-hari Ajam berdoa supaya kita sekeluarga ditemukan kembali di Syurga kelak. Ajam rindu Mak.. Rindu sangat Mak..

Ajam hilang tempat untuk meluah yang utama.. Takde dah pendengar sebaik Mak.. Selalunye bile dah dengar nasihat Mak, semua masalah tu berlalu macam air.. Tetambah kalau tibe sakit datang – demam, pening dan sebagainye. Petua-petua Mak yang macam-macam tu la menjadi penawar mujarab perginya sakit-sakit tu. Paling Ajam tak boleh lupe mase Ajam kena suspect denggi dulu. Ajam terkejut bile Ajam telefon Mak dan Mak cakap Mak dan Abah sedang on the way ke Puchong dari Bote petang tu. Mak buat macam-macam campuran air untuk Ajam minum berdasarkan petua-petua yang Mak tau. AlHamdulillah, esok pagi pergi check darah, platlet darah Ajam turun. Terus doktor cakap Ajam dah ok.

Mak tau tak, lepas Mak pergi ni, kalau Ajam rasa ada masalah, Ajam cuma luah dengan cakap sorang-sorang sambil menatap potret Mak dalam bilik.. Walaupun Ajam tahu yang potret Mak tu bisu..

Ajam cemburu dengan orang-orang yang ade Mak.. Jeles bile tengok diorang masih boleh jumpe Mak diorang mase balik kampung dan telefon bertanya khabar.. Ajam dah takde peluang tu dah Mak.. Sampai bila-bila..

InshaAllah, Ajam memang nak sangat menjejakkan kaki ke Mekah. Nak lawat Mak. Ajam nak bace Yaasin tepi kubur Mak, kalau boleh. Walaupun Ajam dengar cerita yang kubur kat Mekah ni akan dipindahkan bila dah sampai mase tu..

Ya Allah, peritnya dugaan Mu ini.. Tabahkanlah hatiku dan keluargaku.. Rahmatilah Mak ku kat sane.. Tempatkanlah Mak ku dalam kalangan orang-orang yang beriman..

Selamat malam, Mak.

Tidurlah Mak dengan aman.

Tuesday, January 11, 2011

Gawat.

Petang tadi puas dok tawaf keliling kedai-kedai berdekatan area flat ni nak cari satu benda - yang tetibe payah sangat nak cari sekarang ni:

Minyak masak!

LOL!. Actually aku nak kena guna minyak masak untuk eksperimen Sains dengan memurid darjah 4 esok pagi ni – basic needs of animals (presence of air). Gawat gak rase tadi bile semua tokey kedai runcit memberikan jawapan: “Minyak masak abis dik!” ..klise! Hoho. Terus terbayang muka anak-anak murid.

Tapi tu la, mase tak nak dipakai tu, berlambak-lambak ade kat kedai - tak dipandang pun. Bile dah jadi macam ni, aku pun kena tempiasnya. Hehe. Memandangkan aku dan housemate ni bujang trang-tang-tang, jadi aktiviti main masak-masak kat rumah ni langsung tak pernah wujud! Haha.. Ripley’s believe it or not~

Nasib la ade Plan B – menagih simpati kat rakan guru yang dah berumahtangga supaye bawak sepeket dua minyak masak segar dari dapur diorang esok. Hehe. Syukur. Harap eksperimen esok berjalan lancar. Bukan ape, tak nak la menghampakan bebudak kelas aku tu yang dah semangat collect berudu untuk eksperimen esok. Siap ade yang dah tangkap telur-telur katak lagi tadi.. Adehhh la.. Hehe. I love my job :)

Wednesday, January 5, 2011

Gusar.

Tarikh untuk Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang semakin dekat. Namun, sampai sekarang aku masih tak jumpe lagi bakat-bakat baru dalam kalangan bebudak Tahap 2 yang betul-betul boleh main ping pong. Maksud ‘boleh main’ kat sini - at least bola tu masuk dan melantun atas meja mengikut corak lantunan yang sepatutnya. Ni tidak - bola tak landing pun atas meja.

Sebenarnye aku dah latih dah dua orang murid Tahun 4 dari tahun lepas lagi. Diorang berdua ni memang aku nampak ade potensi. Lepas dah banyak kali latih tu, memang banyak la perubahan yang aku tengok mula muncul dari skill lantunan bola dan bet ping pong diorang. Hajat hati memang nak bawak diorang ni pergi bertanding kat kejohanan tu awal Februari ni nanti. In fact, bebudak berdua ni teruja dan asyik tanye bile nak pergi lawan.

Tapi, Allah itu Maha Mengetahui.

Aku hanya mampu merancang. Dia yang menentukan. Baru pagi tadi aku dapat tau yang diorang berdua ni dah pun berpindah ke sekolah lain.

Aisehh..”

Hmmm, tetibe aku rase tak senang duduk. Jenuh gak pikir. Kalau boleh aku nak perbaiki keputusan pertandingan tahun lepas – tempat ketiga ping pong (kategori beregu) peringkat negeri. Tapi tu lah, otai-otai ping pong sekolah aku dah pun tamat sekolah. Dah selamat ke sekolah menengah.

Aku pun bukanlah hebat sangat main ping pong. Tapi bile dah jadi Cikgu ni, nak-tak-nak kena tahu semua benda. Bila dah diberi tanggungjawab menggalas melatih pasukan ping pong sekolah ni, aku cube. Sambil melatih, aku pun belajar sekali memahirkan lagi skill ping pong ni. Tak dinafikan, kejayaan menggondol pingat gangsa peringkat negeri tahun lepas merupakan kenangan paling indah dalam lipatan tahun 2010.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Aksi tahun lepas - Kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri Selangor (3rd place)

Masa terus berjalan. Harap-harap ade solusi kelak. Esok nak jumpe beberapa orang budak Tahun 4 dan 5. Nak bincang masa yang sesuai untuk selection ping pong. Walaupun mase dah agak suntuk, aku try lah sedaya yang boleh. Sign-off.

Tuesday, January 4, 2011

Tantalizing Tuesday.

Hari ni tadi dah masuk hari ke-2 persekolahan untuk tahun 2011. 4 Januari 2011. So far so good. Setakat tadi aku dah pun mula mengajar topik first untuk Science Year 4 – Basic Needs. Terbelit gak lidah ni nak speaking balik setelah sebulan lebih dok ber-loghat Bote je kat rumah. Hehe.. Bebudak biase la, mase hari pertama tu masih berkeadaan agak blur. Masing-masing buat muka macam takde perasaan. Mungkin masih teringat kat bantal dan tilam barangkali. Cikgu nye ni pun same kot. Hehe..

Seronok sebenarnye dah start sekolah ni. Tetambah bile tengok gelagat murid-murid Tahun 1 dan Pra Sekolah datang mendaftar. Ade yang nangis, ade yang asyik berkepit dengan mak dan ayah, tak kurang juge ade yang masih hisap puting!. LOL. Sekolah pun jadi riuh dengan suara hingar bingar memurid terutamanye waktu bunyi loceng rehat dan of course loceng balik sekolah!. Hoho..

Aku, macam biase awal tahun ni agak sibuk dengan data – Data SMM (Sistem Maklumat Murid), Data EMIS (Data Guru & Staf Online) dan Data sisMakan (Sistem Maklumat Kantin). Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun ke-3 aku jadi Guru Data. Bak kata sesetengah orang tu, “tetap dan berpencen la jawatan Guru Data ni..”. Hehe. Memang tak dinafikan jawatan Guru Data ni agak tough, tapi jika dilihat pade sudut yang positif, aku akan jadi lebih ‘kenal’ dengan seseorang murid tu berdasarkan kepada segala maklumat latar belakang diri dan keluarga mereka yang aku key-in kan.

Tahun ni agak mencabar sikit sebab berlakunye pertambahan jumlah murid yang mendaftar dalam jurang yang agak luar biasa berbanding tahun-tahun lepas. Means, kali ni aku kena kerja ‘overtime’ lebih sikit. Harap-harap semua benda alah ni dapat disiapkan sebelum date line oleh PPD. Kalau tak, merasalah menjawab dengan pihak atasan.. Hehe. Tapi InshaAllah, sebelum-sebelum ni pun masih under control. On time.

smm

Sistem Maklumat Murid (SMM)

Tadi Abah call. Rase ralat lak sebab hampir terlupa nak call Abah malam ni sebab dok mengadap data dari tadi. Selalunye akan call sebelah malam. InshaAllah, di doakan mudah-mudahan Abah akan sentiasa kuat dari hari ke hari. Rindu terhadap arwah Mak masih bersisa dan takkan pernah pudar. Makin kuat lagi rindu tu adelah. Aku ni pun kekadang mase kat sekolah masih rase macam Mak masih ade kat rumah kat Bote tu. Tu yang buat diri ni jadi ok sikit ni. Walaupun semua tu hanyelah fantasi semata-mata. Ok lah, singgah sekejap je ni. Mata dah ngantuk. Esok hari ke-4 kena pi sekolah. Hope it will shines as always. Amiiin. Salam..

Al-Fatihah buat Mak tersayang.

Saturday, January 1, 2011

Back to School.

Pagi tadi pergi sekolah. Ade orientasi murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan Program ‘Naik Kelas’ untuk murid-murid senior; Tahun 2 – 6. Syok gak tadi sebab dapat jumpe balik anak-anak murid yang dah hampir sebulan lebih tak jumpe. Sambil tu, sempat gak menyelit beramah-mesra dengan mak bapak diorang yang datang sekali tadi.

2011

Pagi tahun baru di perkarangan sekolah

Untuk tahun 2011 ni, aku akan ajar Sains Tahap 2. No more English, sebab mulai tahun ni semua guru mesti mengajar opsyen utama terlebih dahulu sebelum opsyen minor. Jawatan di luar bilik darjah lebih kurang sama je dengan tahun lepas. Cuma ade la beberapa tu yang di add-on and size-up kan :)

Ni la antara jawatan-jawatan luar bilik darjah yang aku dapat untuk tahun baru ni:

Unit Pentadbiran

Setiausaha Projek ICT Sekolah
Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan Sekolah
Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Sekolah
Pegawai Pemeriksa Aset
Jawatankuasa SKPM

Unit Hal Ehwal Murid

Guru Data
Jawatankuasa Badan Disiplin Murid
Jawatankuasa Program Pencegahan Dadah (PPDa)

Unit Kokurikulum

Setiausaha Induk Kokurikulum
Jurulatih Pasukan Ping Pong Sekolah
Penasihat Kelab Komputer
Guru Rumah Kuning

Tak sabar rasanya nak masuk kelas hari Isnin ni. Tak sabar nak dengar hiruk-pikuk bunyi suara bebudak. Tak sabar nak bagi homework kat bebudak. Hehe.. Welcome back to school!